Bismillah. Alhamdulillah.
Segala pujian bagi Allah Yang Maha Pemurah.
1 Ramadhan 2014, Allah anugerahkan aku sekeluarga merasai nikmat berpuasa di bumi Mekah. 3 hari kami dapat mendengar alunan tarawikh dan berbuka puasa ditanah haram.
1 Ramadhan 2015, Allah anugerahkan pula aku dan isteri bertarawikh di dataran madrasah rumah Habib Alwi di Jakarta.
Terlalu besar rahmat dan kasih sayang Allah. Sungguhpun hanya sekitar 5 jam kami disana, terlalu banyak nasihat dan pesanan oleh habib.
Kedatangan yang dirancang singkat 2 minggu sungguh bermakna buat kami.
Tanggal 15 Jun 2015 kami ke Bandung, sempatlah shopping telekung di Pasar Baru, Rumah Mode, makan-makan di Sambara dan Kampung Daun, dan melihat keindahan kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu.
16 Jun kami dah bertolak ke Jakarta. Perjalanan lebih kurang 4 jam setengah, sungguh mencabar disebabkan permukaan jalan highway yang tak berapa ok.
Trip pendek 4 hari 3 malam disini cukup untuk recharge semula emosi dan energi yang ada.
Ni aku nak share sikit beberapa tip penting yang boleh digunakan oleh pembaca blog ini.
1. Tukar half duit di Malaysia. Dan half di Indonesia. Ada tempat yang lebih bagus ratenya dari Money Changer di Malaysia. Jangan tukar di Airport, rate lebih rugi.
2. Dapatkan van sewa dan pak supir sekali. Rate sekitar RM150 – RM180 sehari. Lebih jimat masa dan banyak tempat boleh pergi.
3. Di Bandung tempat yang wajar pergi adalah Rumah Mode, Pasar Baru, Tangkuban Perahu, Kampung Daun.
4. Waktu shopping cuba minta harga terendah 30 – 50% diskaun dari harga dibuka. Masa kira wang usah lihat nombornya tapi lihat ejaannya. Jika lihat nombor khuatir berlaku kesilapan sebab di Indonesia jumlahnya jutaan rupiah.
5. Di Jakarta boleh shopping di Thamrin City, Tanah Abang, Mangga Dua dan banyak lagi. Dapatkan hotel dekat dengan tempat shopping sebab jem disana sangat teruk.
6. Kena pergi juga Gramedia, toko buku terbesar di Indonesia. Ada banyak cawangan. Cuma perlu google sahaja lokasi yang dekat dengan hotel anda.
7. Makan memang heaven. Bagusnya cuba makanan tradisi mereka yang tak ada di Malaysia.
8. Hati-hati dengan penjual jalanan dan penyeluk saku.
Ini sahaja serba ringkas yang boleh dijadikan panduan bila korang ke Jakarta Bandung.
Terima kasih tak terhingga buat mentor Tn Hj Asri dan isteri yang banyak belanja kami disini.
Sesungguhnya ini semua telah diatur olehNya. Syukur Alhamdulillah.
:: www.MasterYus.com ::