Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Share

Dengan rendah diri daripada insan yang kerdil lagi hina ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada semua pembaca tegar setia blog hensem ini, andai ada terkasar bahasa, terkurang bicara, terlajak gosip petua, dan segala kekurangan yang datang daripada saya.

Bersempena dengan bulan kemuliaan Ramadhan Al-Mubarak 2010 ini, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Bersahur, Berpuasa dan Berbuka kepada semua umat Islam yang berpuasa sahaja’. Semoga dengan ketibaan bulan yang mulia ini, kita dapat merebut jutaan malah billion pahala yang tuhan sediakan kepada hambaNya yang beramal. Inilah saat dan waktunya untuk kita bercucuk tanam pahala dan berdoa dengan banyaknya. Semoga seluruh amalan dan doa kita akan mendapat ‘approval’ daripada tuhan yang Maha Esa.

Kepada cikgu-cikgu tuisyen, dibulan puasa ini kelas boleh kita susun mengikut masa yang sesuai. Jika saya, kelas akan saya jalankan pada hari Sabtu dan Ahad pada siang hari. Pada tahun ini (2010), saya ingin kekalkan rekod 100% solat terawikh sama seperti tahun-tahun lepas. Saya taknak abaikan peluang yang tuhan kurniakan setahun sekali ini. Saya suka lakukan kerja yang boleh saya uruskan masa saya dengan tuhan, isteri dan keluarga. Saya yang kawal masa, bukan orang lain yang kawal masa saya. Dan yang paling istimewa, pendapatan saya juga yang kawal :) .

Saya doakan pembaca semua (beragama Islam) agar berjaya mendapat kelas pertama sebagai graduan Universiti Ramadhan 1431H ini. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat apa yang kita idamkan sebagai hambaNya yang taat dan bertaqwa, amin.

Selamat maju jaya!

Share

Related Posts

About The Author

11 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.