Fenomena ‘Facebook’ perlu digunakan dengan cara yang betul.

Share

Salam muhibbah semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu info yang cukup berharga kepada anda semua. Saya pernah kongsikan post berkenaan ‘Promosikan Khidmat Tuisyen di Facebook‘. Dan kali ini saya nak kongsikan satu lagi cara untuk kita gunakan ‘Facebook’ sebagai medium hebahan bahawa anda sedang menjalankan khidmat tuisyen. Sebelum kita nak buat hebahan, kita kena pastikan kenalan kita ramai.

Kredit diberikan kepada Tuan Mohd Zulfadli aka SmartZul dengan hasil penulisan beliau ini.

***************************************************

Cara Menambah ‘Friends’ Ke Akaun ‘Facebook’

Saya ditanya, bagaimana saya boleh mendapat jumlah Friends yang ramai untuk akaun personal Facebook (FB) saya. Semasa artikel ini ditulis, jumlah Friends saya sudah mencecah lebih 4,600 orang. Saya sendiri masih menyiasat, apakah faktor begitu ramai yang Add saya.

Saya amat jarang Add orang. Kebanyakan orang yang Add saya. Dalam seminggu, boleh mencecah 200 orang yang Add saya. Saya jangkakan dalam 2 minggu ini (bermula dari artikel ini ditulis), jumlah Friends akaun FB saya akan mencecah 5000 orang iaitu had maksimum untuk akaun FB personal.

Saya cuba simpulkan seperti berikut:

Tip 1: Gunakan gambar profile yang menarik. Kalau ada foto yang hensem, jadikan sebagai gambar profile. Elakkan menukar-nukar gambar profile secara kerap. Gunakan satu gambar secara konsisten. Gambar profile itu umpama logo kita di FB ini.

Tip 2: Perbanyakkan pengisian seperti menulis artikel. Orang akan klik SHARE dan kemudian orang lain akan Add kita selepas membaca artikel yang telah diSHARE oleh rakan mereka tersebut.

Tip 3: Melayari Wall rakan FB lain dan berikan komen pada status (post), foto, imej, video atau artikel mereka.

Tip 4: BLOG: Letak Widget FB di blog. Selitkan juga link ke profile FB kita di artikel blog.

Pilihan Widget FB: http://www.facebook.com/facebook-widgets/

Tip 5: Letak link FB kita di signature emel (di akhir emel).

Tip 6: Sertai Groups yang aktif di FB. Antara group yang saya sertai adalah seperti Kelab Tidur Dengan Buku dan Baca@LRT. Aktifkan diri di sana seperti memberi komen pada status semasa dan pada mana-mana bahagian yang boleh diberikan komen. Pastikan memberi komen yang membina. Sertai juga program yang mereka anjurkan.

Tip 7: Bantu rakan FB secara ikhlas atau bekerjasama dengan mereka. Mereka biasanya akan Tag nama kita pada ruang status mereka. Daripada Tag itu, rakan-rakan mereka akan klik pada nama kita dan akan memasuki profile FB kita. Mereka akan Add kita jika mereka berminat.

*Cara Melakukan Tag: http://www.facebook.com/video/video.php?v=181273154593

Itulah sahaja 7 Tip secara ringkas. Lakukan semua cara dan saranan di atas secara konsisten.

Tambahan:

1. Saya telah ber-FB selama setahun. Saya dapati, untuk capai hasil marketing di FB, kita perlu konsisten. Tidak boleh tenggelam timbul, sekejap aktif, sekejap tidak.

2. Pastikan kita mengenali sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih di FB ini sebagai rakan tetap kita di mana kita sering melawati ruangan FB mereka, termasuk memberikan komen yang membina dan bermotivasi.

3. FB adalah laman web sosial. Promosi secara agresif (direct marketing) adalah amat kurang sesuai. Keberkesanan pemasaran di FB adalah terletak kepada sejauh mana keikhlasan kita, komunikasi kita dengan rakan-rakan FB dan juga sebanyak mana kita memberikan informasi yang berguna. Cara pemasaran di FB lebih kepada ‘soft marketing’ seperti berkenal-kenalan, bertegur-sapa, berkongsi informasi, memberi pendapat dan lain-lain lagi.

4. Kuantiti bukanlah segala-galanya. Tidak semua akaun FB Friend kita adalah aktif. Ada yang sekadar suka-suka, masuk FB tidak terlalu kerap dan ada juga akaun yang belum lengkap profile mereka. Untuk itu, jika berkesempatan, Remove Friend yang berkaitan seperti Friend yang menyertai kita sekadar mahu mempromosi program buat duit atau skim cepat kaya semata-mata.

5. Urus akaun FB kita dari semasa ke semasa seperti Wall dan ruangan Profile.

Sekian, semoga bermanfaat.

Ditulis oleh,
Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul
Usahawan Internet

*********************************************************

Anda juga boleh wujudkan ‘Fans Page’ untuk mengkhususkan kepada sesuatu perkhidmatan khususnya khidmat tuisyen ataupun sekiranya ada mempunyai pusat tuisyen. Saya berikan contoh yang telah Cikgu Hazar lakukan dimana beliau telah mewujudkan pages ‘Home Tuition Tutor‘ dan satu lagi page khas untuk pusat tuisyen beliau iaitu ‘Pusat Tuisyen tunas Saujana. Contoh pages belau anda boleh klik link yang telah saya berikan di perkataan tersebut.

Contoh lain, anda boleh taip sahaja ‘keyword’ seperti Cikgu Tuisyen, Pusat Tuisyen, Tutor Tuition, Tuition Teacher dan lain-lain. Taip dibahagian ‘Search’ di atas sebelah kiri page Facebook. Bina komuniti disana dan anda boleh promosikan apa yang sedang anda jalankan kepada kenalan/rakan facebook anda.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda bagi memberitahu kepada lebih ramai orang bahawa anda sedang menawarkan khidmat tuisyen kepada sesiapa yang memerlukan. Ingat! Promosi sangat penting. Namun pastikan promosi yang bakal anda lakukan mengikut landasan dan etika yang betul.

Selamat ber’facebook’ dengan mengenali lebih ramai kawan-kawan baru.

Penulis:

Master Yus
Pelopor Industri Tuisyen di Malaysia

Share

Related Posts

About The Author

6 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.