Program Kecemerlangan Pelajar 2009

Share

Sabtu dan Ahad semalam, saya dan beberapa orang rakan telah mengendalikan satu program di Kolej Pendita Za’ba, UKM Bangi. Program ini berbentuk motivasi dan persediaan pelajar untuk menempuh peperiksaan yang tak lama lagi akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Disertai oleh 90 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 6 hingga tingkatan 3. Program ini diadakan 2 hari sahaja. Dan respon daripada peserta, 2 hari memang tak cukup. Mereka tak puas menikmati keindahan UKM yang telah memberikan perangsang kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Saya diberi peluang untuk berkongsi satu slot ceramah yang bertajuk ‘Raja & Perdana Menteri’. Kandungan modul adalah berkaitan dengan Hati dan Akal manusia. Ini kerana dua organ tersebut amat penting kepada manusia. Hati adalah Raja yang akan memberikan arahan kepada Perdana Menterinya. Jika Raja ada masalah, maka PM juga akan bermasalah. Jika Raja bersih, suci dan terhindar daripada sifat Negatif, sudah pasti kepimpinannya akan terbukti berjaya.

Perdana Menteri pula, akan laksanakan segala arahan yang diterima oleh Raja. Arahan akan diterima oleh Rakyat dengan baik. Rakyat akan berkerja mengikut arahan yang betul. Rakyat adalah anggota kita yang lain. Selepas terdetiknya sesuatu arahan daripada Hati, maka Perdana Menteri iaitu Akal akan terus memberikan arahan kepada anggota.

Saya bagi contoh, sedang kita asyik menonton TV, tiba-tiba hati kita tergerak untuk membaca buku Motivasi. Mesej akan terus disampaikan kepada Akal, dan kaki kita akan terus bergerak ke meja untuk membaca. Inilah proses yang berlaku dalam kehidupan kita.

Apa pula terjadi jika Hati kita hitam, kotor, banyak tompok-tompok? Sudah pasti orang tersebut, hidupnya amat bermasalah. Inilah yang berlaku diluar sana, berapa ramai orang yang meragut (sampai ada kes yang membawa kematian), kes kecurian, kes dadah dan bermacam-macam lagi gejala yang tak elok. Ini semua akibat daripada Hati yang tidak dijaga dengan baik.

Jika Hati kita diselaputi oleh perkara-perkara yang positif, maka tindak tanduk kita juga akan melakukan perkara yang hebat. Antara cara untuk memastikan Hati kita bersinar adalah dengan bergaul dengan orang-orang positif, baca buku-buku motivasi, menonton video orang berjaya dan pergi ke program-program motivasi.

Saya bersyukur kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan semua peserta memberikan respon yang amat positif. Pihak kami berharap objektif program telah tercapai. Dan reaksi peserta memang terbukti menampakkan mereka makin bersemangat untuk belajar dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Ini antara gambar-gambar peserta Program Kecemerlangan Pelajar 2009 di Kolej Pendita Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment