Assalamualaikum dan salam sayang buat semua tatapan pembaca setia teratak buruk ini.
Langit tidak selalunya cerah. Kadang-kadang mendung ianya tidak bererti hujan akan membasahi bumiNya. Teringat saya pada ayat “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).
Setinggi-tinggi saya merafakkan syukur Alhamdulillah kepada Allah Yang Maha Agong diatas segala kurnia nikmat dan kasih sayangNya kepada setiap hambaNya dimuka bumi ini. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata untuk menggambarkan apa yang telah Allah kurniakan kepada saya dan semua makhluk yang hidup. Saya hanya mampu mengucapkan kalimah “Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah”.
Saya amat percaya dengan beberapa perkara;
1. Setiap Ujian yang datang dari Allah, adalah satu Rahsia Besar yang Allah nak kita ambil pengajaran daripadanya.
2. Setiap Ujian yang diberikan kepada hambaNya adalah mengikut kemampuan untuk kita menerimanya.
3. Setiap Ujian dan Cabaran yang melanda, Allah nak beri kita peluang untuk menjadi Manusia yang Lebih Baik daripada sebelumnya.
4. Setiap Ujian dan Cabaran Hebat yang melanda diri kita, ada orang lain lagi yang Lebih Hebat diuji oleh Allah Yang Maha Mengetahui.
5. Setiap Jodoh dan Ajal Maut adalah Ketentuan Allah Yang Maha Esa.
Suka saya untuk berkongsi Pengalaman Besar dalam Sejarah Kehidupan Master Yus kepada semua pembaca setia blog ini. Saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya kemanakah Master Yus menghilang selama ini. Dah lama teratak buruk ini tidak dicoret dan diisi dengan kalimah-kalimah yang bermanfaat untuk pembaca.
Pertamanya, saya minta maaf kepada semua. Minta maaf sebab saya abaikan segala hasrat dan permintaan pembaca untuk membaca lagi dan lagi coretan-coretan saya. Saya minta maaf juga tidak dapat membalas komen-komen, emel-emel mahupun apa yang dihantar kepada saya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membalasnya dalam sedikit masa lagi.
Setiap senyuman yang saya lemparkan difoto-foto saya, terpaut seribu satu makna pada diri saya yang tidak seorang pun ketahui melainkan Allah Yang Maha Mengetahui. Setiap ungkapan yang keluar dari mulut ini, tidak seorang pun yang perasan segala perit jerih masalah yang saya tanggung selama ini.
Dan di Hari Yang Penuh Makna ini, maka saya akan Bongkarkan Rahsia Master Yus kepada semua!
Oktober 2010, ianya bermula. Namun masih boleh dikawal walaupun ianya mula dirasakan pedih.
Februari 2011, keadaan semakin kritikal dan lebih berat. Februari hingga September 2011 tidak dapat bertemu dengan dua orang puteri kesayangan.
Sepanjang 2011 berulang alik ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menyelesaikan keadaan, namun takdir telah menetapkan Yusnizam bin Mohamad Yusoff tiada lagi jodoh dengan bekas isteri, Noorizan binti Md Noor. Dengan hina dan berat, namun terpaksa digagahkan jua, akhirnya Mac 2012 jatuh talak satu antara saya dengan bekas isteri.
Segala kesedihan dan perit jerih saya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Saya Redha dan Akur dengan ketetapan ini. Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan hanya berserah diri kepadaNya. Saya amat percaya, setiap ketentuan Allah adalah yang Terbaik buat hambaNya yang hina ini.
Apa yang saya boleh lakukan, perbaiki diri dan ambil pengajaran besar daripada segala kejadian yang berlaku. InsyaAllah segala ujian yang diberikan adalah ‘signal’ kepada saya untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. Setiap ujian ini untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Sama ada kita mudah berputus asa atau terus menerus perbaiki diri kepada yang lebih cemerlang daripada sebelumnya.
Saya mohon doa daripada pembaca semua, agar segala yang berlaku ini memberikan kebaikan kepada kami dan menjadi pengajaran kepada semua yang membaca. Alhamdulillah, kehidupan saya hari ini bertambah baik dan bertambah gembira dengan segala bantuan nasihat yang diterima.
Dan saya juga mohon agar sahabat handai dan kenalan semua tidak membesarkan hal ini. Tidak perlu melemparkan fitnah kepada sesiapa. Ianya akan menarik kita semua ke murka dan neraka Allah S.W.T, apa yang telah berlaku anggaplah sebagai cerita pengajaran dan lembaran baru ini lebih menenangkan diri saya yang kerdil ini.
Saya doakan anda semua lebih berjaya dengan cemerlang didunia mahupun diakhirat, insyaAllah…
-MasterYus.com-
Assalamualaikum saudara…..setelah sy baca kisah saudara,banyakkan bersabar sesungguhnya Allah s.w.t sayang kepada hambanya yang banyak bersabar…Disini sy ingin berkongsi kisah kehidupan sy dengan saudara agar menjadi seorang insan yang lebih tabah lg..
Assalam MY..saya sangat sedih apabila membaca entry di atas . Apa2 pun saya doakan MY tabah menghadapi hidup dan terus berjaya dalam hidup. Allah sentiasa ada bersama hambanya. MY telah byk membantu ramai org dlm industri tuisyen termasuklah diri saya ,dgn ilmu yg saya dpt dr seminar tuisyen MY..saya kira saya telah berjaya sebagai guru tuisyen yg berpendapatan agak mewah …Alhamdulillah..syukur atas rezeki yg Allah berikan . MY dah byk bantu org , saya yakin segala kebaikan yg MY buat , Allah akan membalasnya. AMIN …Moga MY terus tabah dan berjaya dlm hidup ini …dunia dan akhirat .
Assalamualaikum saudara.. membaca kisah saudara ni buat sy tumpang sedih atas perpisahan yg telah berlaku.. tapi bersabarlah, ssungguhnya memang benar ada lagi org lain yg mendapat dugaan yg lebih hebat dari itu.. di sini benarkan saya berkongsi kisah hidup sy sbagai tauladan dan pengajaran kita semua.. sy bertemu suami sy sejak 8 tahun yg lepas, kami berkawan sejak lepas SPM dan akhirnya kami membuat keputusan utk berkahwin setelah masing2 bekerjaya.. pada tahun ke 8 itulah berlakunya musibah ke atas beliau, dia disihir oleh org2 yg tak diketahui hingga kini.. ibu nya pula menuduh keluarga sy yg melakukan sihir tersebut tanpa usul periksa dan sekadar mempercayai bomoh2 kampung yg memfitnah kami.. fitnah itu membuatkan ibunya serta merta membatalkan rancangan perkahwinan kami dan seterusnya kami terpaksa memutuskan hubungan.. setelah suami sy sembuh, kami akhirnya membuat keputusan utk senyap2 berhubung semula dan melangsungkan pernikahan yg sah tanpa pengetahuan ibunya.. niat kami hanya satu pada masa itu, demi mengelakkan diri dari melakukan maksiat.. dalam pada itu, saya dan suami berusaha memujuk ibunya utk menerima sy tetapi tetap ditolak.. maka perkahwinan kami berterusan dengan izin Allah hingga bulan ke 6 (bulan ni, Disember 2012 adalah bulan terakhir kami masih berkahwin) dan tiba2 ibunya memaksa suami sy berkahwin seorang wanita lain pilihan keluarga.. hancur luluh hati sy diberitahu berita ni.. puas kami memujuk, berbagai2 cara kami lakukan utk membuka hati ibunya.. tapi tetap x berjaya.. pada mulanya, sy sanggup berpoligami kerana semua soal cemburu telah ditolak tepi.. suami sy seorng yg soleh dan beriman, dia mendidik sy dgn segala ilmu agama yg cukup dan sy x sampai hati nak berpisah dengannya.. dia menolak poligami dan mengatakan dia tak sanggup menduakan sy.. dia meminta sy memikirkan hal ni betul2 sebelum mmberi kata putus. semalam, sy diberikan petunjuk oleh Allah agar lepaskan suami sy dan benarkan dia berkahwin dgn wanita pilihan ibunya.. kesian tengok suami sy terpaksa memikirkan penyelesaian masalah sampai jatuh sakit.. sy juga khuatir sekiranya poligami ini akan membawa dia ke lembah neraka kerana dia menyatakan mustahil baginya utk berlaku adil pada kedua2 isterinya.. kerana dia sememangnya tidak rela berkahwin dgn wanita lain.. cinta kami terlalu kuat, maka sy akhirnya terpaksa membuat keputusan utk melepaskan suami sy dgn harapan kami sama2 dapat berjumpa di syurga kelak.. sedihnya kami hanya Allah yg tahu.. suami sy tetap enggan meninggalkan sy tetapi dia terpaksa juga krana kami tahu kuasa ibu lebih kuat dari seorg isteri.. tapi sy tetap redha dan bsyukur sekurang2nya hubungan selama 8 tahun ni banyak mendidik sy ke arah yg benar.. 6 bulan perkahwinan ini byk mengajar sy erti iman dan takwa.. sgt2 sedih, bagaikan kehilangan separuh nyawa sy bila kehilangan suami tercinta kerana terpaksa memutuskan utk berpisah.. suami sy yg x pernah menangis, tiba2 menitis air matanya kerana kami benar2 x sanggup utk berpisah.. tapi suami sy memberi nasihat dan berkata smbil menangis “dunia ni sementara.. akhirat itu pasti dan selamanya.. sama2la kte usaha utk dimasukkan ke syurga.. abg jumpa awk di sana ya?” astaghfirullah.. sedihnya.. tapi itulah.. mungkin ada hikmahnya.. so sy harap saudara redha la dgn apa yg berlaku.. selain sy, ada ramai lagi yg bernasib serupa kita dan ada yg lebih teruk.. terima kasih krn berkongsi cerita saudara di blog ni.. sama2lah kte bersabar dgn ketentuan nya dan semoga kita akan dimasukkan dlm golongan org2 yg beriman :’)
Saya sangat setuju dengan MY (pernah alami). Ingatlah ini:
“Ketika Allah rindu hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah ujian”.
Terima kasih.
Setuju dengan pandangan positif MY ttg ujian ini….sy yakin MY akan lebih berdesuppppp lepas ni..