Hadiah paling istimewa kepada isteri tercinta

Share

Pada mulanya saya tak plan untuk tulis post tentang topik ini. Saya takut pembaca cop saya riak. Kerana ini topik yang privacy untuk saya kongsikan. Tetapi bila saya duduk sembang-sembang dengan isteri sambil menonton Rancangan Mentor malam tadi, isteri saya bagi pendapat apa salahnya untuk berkongsi kepada pembaca setia blog ini.

Semalam selepas menonton Rancangan Bual Bicara Bijak Wang di TV3 jam 7petang, saya duduk termenung seketika. Kerana 2 bulan ini tanpa sedar, saya telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar.

Keputusan dan tindakan Drastik.

Direct to the point, saya telah hadiahkan isteri tercinta saya sebuah kondo yang bernilai 185k di Bandar Sri Permaisuri, Cheras KL. Jika anda tinggal dikawasan sana, saya telah beli Cengal Condo. Tingkat 11, view swimming pool. Beli kondo sebab si puteri saya suka swimming.

Dah masuk 2 minggu selepas sign S&P (Sales & Purchase) Agreement. Rumah subsale ni kenalah keluarkan downpayment 10% daripada harga rumah iaitu RM18,500. Ditambah dengan S&P Fees dalam RM3k++. InsyaAllah ada rezki hujung tahun baru boleh masuk rumah baru.

Keduanya, saya juga telah hadiahkan sebuah kereta kepada beliau. Jenis apa? hmm..nak beritahu juga ke? Baiklah…disebabkan anda pembaca setia blog ini, saya taknak hampakan anda.

Toyota Caldina 2.0 (bukan turbo) berharga RM140k++. Yang bestnya, tak perlu bayar downpayment kerana saya beli melalui kawan. So dia tolong setlekan dengan bank. Ini untungnya kawan ramai. ๐Ÿ™‚ Dia adalah Car Dealer di Bangsar. InsyaAllah dalam masa terdekat ni, wife saya boleh bawanya.

Saya tak perlu ulas lagi semua diatas. Ini semua saya buat ada sebab yang hanya kami berdua sahaja yang tahu. Isteri saya adalah sahabat karib, teman dikala susah senang, isteri, ibu, pembantu peribadi, tempat segalanya. Tanpa beliau saya rasakan kosong dunia ini.

Apa pendapat dan pandangan anda tentang tindakan saya ini? Komen dan pandangan anda, saya yakin bermanfaat untuk diri saya ini.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

14 Comments

Add Comment