Pada Sabtu 23 Januari 2010, saya dan Cikgu Hazar telah ke satu seminar Perniagaan Internet iaitu diberi nama Seminar Pakar Affiliate. Seminar ini dikendalikan oleh 2 orang otai Internet Marketer yang tak asing lagi di Malaysia iaitu Sifu Zamri Nanyan & Jutawan Internet Patric Chan.
Seminar ini adalah kepada pembeli produk Pakar Affiliate yang berharga RM199.
Post kali ini saya akan sampaikan dalam intonasi berbentuk pertanyaan. Ini kerana saya tahu anda sebagai pembaca setia blog ini, pasti ada beberapa pertanyaan yang bakal ditanyakan kepada saya. Jadi sebelum anda tanya, saya dah boleh jangka apa yang pembaca akan tanya.
1) Minggu lepas baru sahaja MY ke Konvensyen Jutawan. Minggu ini ke seminar internet pula. Tak cukup lagi ke ilmu keusahawanan yang ada?
Ini bukan soal cukup ilmu atau belum. Saya berpegang pada prinsip, semakin banyak ilmu yang kita belajar semakin banyak lagi ilmu lain yang perlu kita tahu. Dan semakin banyak lagi usaha untuk kita mendalami ilmu tersebut. Ilmu tuhan tak pernah habis untuk dipelajari. Dan setiap ilmu yang dah melekat, perlu diaplikasikan sehingga berjaya.
2) Tak sayang duit ke? Asyik mengalir keluar sahaja. Ke seminar itulah, ke seminar inilah. Hasilnya tak nampak pun.
Siapa kata tak sayang duit. Disebabkan sayang duitlah, perlu digunakan duit ke arah yang betul. Ilmu yang diterima tak pernah habis tetapi duit akan habis. Maka dengan ilmulah akan digandakan semula duit yang habis tadi. Kan lebih untung tu. Mana saya nak tahu, dengan pelaburan sekali seumur hidup itu boleh memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tuhan tak pernah janji atau beritahu manusia. Jika semua orang tahu, maka orang tak takut untuk buat pelaburan terhadap ilmu.
Jangan persoal hasil yang cepat. Saya selalu pesan pada staff-staff saya “apa yang kita buat hari ini, bukan untuk hari ini”. Takkan semua hasil nak beritahu orang ramai. kadang-kadang ada yang perlu beritahu dan ada juga yang perlu dijaga. Yang penting adalah TUHAN sahaja yang lebih tahu apa hasil yang telah kita lakukan.
3) Berapa kos pelaburan yang telah MY keluarkan?
Anda boleh rujuk harga sebenar disini: Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan & Seminar Pakar Affiliate.
4) Apa yang telah MY dapat datang ke seminar?
Apa yang saya nak kongsikan adalah saya telah tulis di post berkenaan dengan Konvensyen Jutawan. Saya tak pernah nak kedekut atau buat perbandingan harga sekiranya seminar tersebut akan disampaikan oleh mereka yang telah terbukti berjaya. Saya tak kesah berhabis duit sekiranya saya dapat dengar secara LIVE yang disampaikan oleh orang yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Zamri Nanyan telah terbukti dan layak untuk dipanggil Guru Pemasaran Internet di Malaysia. Beliau telah berjaya mencipta beberapa kejayaan dalam membuat jualan produk-produk di internet. Pendapatan beliau hasil daripada menjual produk-produk digital amat luar biasa. Lihat sahaja, produk Pakar Affiliate telah menghasilkan lebih daripada RM50,000 selepas beberapa minggu pelancaran. Sebelum itu, produk Rahsia Clickbank yang mencipta sejarah tersendiri bersama Gobala Krishnan yang telah menghasilkan jumlah 6 angka penjualan dalam masa 3 hari sahaja. Amat mengagumkan.
Patric Chan pula adalah seorang Jutawan Internet Malaysia yang telah terbukti. Beliau lebih dikenali di luar negara, kerana penglibatan perniagaan internet yang lebih menumpukan ke pasaran luar Malaysia. Apa yang membuatkan saya dan peserta Seminar Pakar Affiliate amat kagum adalah beliau tunjukkan secara LIVE bukti pendapatan perniagaan internet beliau kepada peserta. Dan yang lebih mengujakan, beliau tunjuk juga Merc SLK (2 door) kemudian bertukar ke Merc CLK dan yang terbaru Porche hasil daripada pendapatan lumayan menerusi perniagaan internet.
Inilah yang dikatakan ‘belajar daripada guru yang sebenar’. Mereka tahu CARA yang BETUL untuk berjaya dalam perniagaan internet. Mereka tahu TEKNIK yang PANTAS untuk digunakan dalam modul bisnes perniagaan internet. Dan pastinya sistem dan modul bisnes yang telah mereka praktikan terbukti berkesan.
5) Tak kan itu sahaja yang MY dapat?
Banyak lagi. Ilmu dah dapat. Kawan baru juga kita akan dapat. Peserta yang hadir adalah individu yang inginkan perubahan dalam diri masing-masing. Mereka yang hadir adalah yang mempunyai minda usahawan, fikiran terbuka, positif. Yang datang bukannya mereka banyak duit, tetapi mereka tahu untuk menguruskan duit dengan sebaiknya.
Saya sendiri dapat bertukar-tukar idea, pandangan dengan peserta-peserta lain. Dapat juga bertukar-tukar kad perniagaan (biz card), yang mungkin boleh terjadinya untuk memperoleh peluang-peluang perniagaan yang baru.
Saya juga dapat kenal dengan lebih rapat dan bersemuka dengan usahawan-usahawan internet yang telah dikenali seperti Bro Mazlie Nazri, Bro Sham Raja Adsense, Bro Jamal (pemenang cabaran Top Affiliate produk Pakar Affiliate), Bro Noorizam Shah dan ramai lagi. Lihat, mereka yang juga telah ternama di dunia usahawan internet tempatan, namun masih lagi inginkan ilmu dan peluang-peluang baru. Dan dengan seminar lah peluang-peluang ini bakal muncul.
Terima kasih dengan Bro Mazlie yang tak lokek untuk berkongsi ilmu secara tak langsung (dapat duduk dekat dengan beliau).
Ada yang datang dari Singapura juga sanggup berhabis duit semata-mata untuk ilmu. Ada antara mereka yang pernah keluar akhbar, dan telah berjaya dengan perniagaan konvensional, namun masih lagi hadir ke seminar.
6) Lepas datang seminar boleh terus berjaya ke?
Ini soalan yang saya sangat suka. Jawapan saya mudah, YA. Berjaya untuk mulakan langkah pertama dalam industri baru. Berjaya membuka minda untuk bertindak mengikut landasan yang betul. Berjaya memperoleh CARA yang BETUL & CEPAT untuk bermula. Dan berjaya untuk memintas orang lain yang masih lagi bersikap tunggu dan lihat orang lain kehadapan.
Saya boleh simpulkan soalan begini datang daripada mereka yang CETEK AKAL (maaf, agak kasar) dan mempunyai unsur sindiran. Ye la, bila kawan ajak kita ke seminar, kita boleh siap tanya mereka seperti soalan diatas (sambil memberi senyuman sinis). Ini boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat mereka. Saya katakan CETEK AKAL kerana mereka telah HADkan pemikiran mereka. Mana ada orang yang datang seminar, balik terus berjaya? Kan tak siuman namanya tuu… Bahkan jika guru (dalam seminar) yang datang dari langit ke-7 pun belum tentu boleh menjayakan kita.
Namun percayalah, orang yang ada soalan seperti ini di fikiran mereka adalah individu yang tak akan pergi jauh dan pastinya mereka adalah MUSUH yang akan menjatuhkan (bisnes) orang lain.
7) Apa yang MY pelajari di seminar ini?
Ok saya nak kongsikan kepada pembaca, produk mahupun program affiliate amat banyak diinternet. (Jika anda masih belum tahu apa itu program Affiliate, saya akan kongsikan di post akan datang). Dalam banyak-banyak produk/program affiliate, anda perlu pilih daripada sumber yang betul dan dipercayai. Bagaimana caranya? Hah, inilah beza datang seminar dengan tidak. Yang datang seminar pasti akan tahu CARA yang ideal untuk memilih program affiliate.
Keduanya, produk/program affiliate adalah satu sistem ‘win-win situation’, dimana pihak yang terbabit sama-sama memperoleh keuntungan. Dan yang paling menariknya, boleh dilaksanakan tanpa mengeluarkan MODAL sesen pun.
Ketiga, moral yang paling berharga dalam seminar ini adalah perniagaan internet yang bakal dijalankan tidak memerlukan seseorang itu SEMPURNA untuk menjadi OTAI atau BERJAYA dalam industri ini. Kita tak perlu HEBAT dalam bidang teknikal IT (namun perlu tahu konsep & asas), kita tak perlu MAHIR dalam English bahkan kita tak perlu kesemuanya untuk menjalankan perniagaan internet. Cukup dengan kita mempunyai CARA yang IDEAL untuk menguruskan perniagan internet kita.
Saya harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama orang-orang yang baru ingin ceburi bidang perniagaan internet seperti saya sendiri (maklumlah orang tak kerja). Saya lampirkan gambar-gambar sekitar seminar berlangsung.
Ikhlas,
Master Yus
p/s: SeminarTuisyen.Com adalah salah satu seminar yang disampaikan oleh saya sendiri yang telah lama menceburi bidang tuisyen. Dan seminar ini adalah PELOPOR kepada Industri Tuisyen di Malaysia. Siapa lagi insan yang ingin memperjuangkan industri tuisyen selain insan yang sedang menulis blog ini?
Salam Chegu Hazar,
Saya adalah pak cik yang duduk sebelah anda dtg dari Melaka.di Seminar Pakar Aff. Syabas! very highly self motivation and you are on the right track. Di harap
teruskan usaha anda, pasti berjaya.
Saya amat suka kepada anak muda yang tahu halatujunya.
yg ikhlas
Mus
Salam Tuan Mustapah. Terima kasih dengan peninggalan tulisan ini di teratak buruk saya.
Selamat maju jaya!
Kalau diteruskan dengan usaha sebegini, insyallah semua akan jadi !
Jalan perlu kehadapan dan atas track yang betul. Terima kasih bro sudi singgah di teratak buruk ini.
Assalamu’alaikum semua,
Saya dah mula menyelinap masuk dalam ilmu Internet Marketing…Ini adalah salah satu persediaan saya untuk berhenti kerja makan gaji…
Saya juga mula menyelongkar ilmu-ilmu perniagaan dan peluang-peluang pendapatan dalam bidang lain (bukan education) untuk mempersiapkan diri saya dengan dunia yg penuh cabaran selepas berhenti kerja nanti…
Entah kenapa, semangat 2010 ni sangat berkobar-kobar dan saya tidak akan melepaskan peluang yang melintas dihadapan saya lagi…
Yang penting adalah tindakan…Bermakna 50% kejayaan sudah ada didalam genggaman jika kita bertindak…
Ilmu Tuisyen juga telah saya praktiskan dan telah mengalami sendiri pahit manis dalam bidang itu…Alhamdulillah, saya percaya pada teori ilmu + mentor + usaha = KEJAYAAN
InsyaALLAH…saya mahu mencari mentor-mentor untuk bidang yang lain pula supaya saya boleh menjadi manusia yang multi-income dan multi-purpose…
Kenapa tidak? Siapakah Rasulullah SAW?
Baginda adalah manusia yang multi-income dan multi-purpose di dunia dan di akhirat…Untuk jadi manusia yang hebat, tirulah manusia yang hebat, carilah mentor yang hebat dan usahalah dengan hebat…
Hadirlah ke seminartuisyen.com untuk menimba ilmu yang hebat dan untuk berjumpa mentor yang hebat…
Percayalah 50% kejayaan sudah berada dalam genggaman anda jika anda hadir ke seminar ini…
CikguHazar
~We Teach.We Help.We Care~
Wslm.
Betul-betul berkobar semangat Cikgu Hazar untuk tahun 2010. Siap nak berhenti kerja dan berniaga (buat tuisyen + internet bisnes).
Kalau orang lain sudah berjaya melakukannya, tiada mustahil kita pun boleh berjaya.
Semangat perlu berkobar-kobar Farhan…impian merupakan pemikiran dibawah sedar…
Jika kita lihat impian kita hari-hari, maka semangat berkobar-kobar akan dikeluarkan dan jika semangat berkobar-kobar itu tidak dibaja dengan ilmu dan dipandu oleh mentor yang hebat, ditakuti impian itu akan lebur dan berlalu begitu sahaja…
InsyaALLAH, semoga impian kita untuk tahun 2010 dan impian hidup kita akan menjadi kenyataan…
Actually, pasal nak berenti kerja tu lambat lagi la…sebelum tu saya kene pastikan saya bersedia mental, fizikal dan financial untuk berhenti kerja…
Bak kata jutawan pengurusan kewangan, Mr Abang Abu “Pastikan anda mempunyai 6 bulan simpanan sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja. Ini bagi memastikan anda tidak berhutang.”
InsyaALLAH, sama-sama kita berusaha untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN…
Ianya bukan mustahil kerana tiada yang mustahil didunia ini…
CikguHazar
~We Teach.We Help.We Care~
1) Sebagai umat Islam perlu PERCAYA 100% bulat bahawa rezki telah tuhan tabur dimuka bumiNya. Tugas manusia hanya kutip rezki tersebut.
2) Apabila telah tahu CARA, maka buatlah apa sekalipun maka semuanya akan menjadi mudah dan lancar.
3) CUBA & BERTINDAK adalah HANTU yang membuatkan ramai orang TAKUT untuk menghadapinya.
4) MASA adalah KEHIDUPAN, sesiapa yang tidak memilikinya bermakna ia sebenarnya MATI. Cuba renung, siapa yang memiliki MASA anda?
5) Ramai manusia yang menadah tangan kepada TUHAN meminta BEBAS, tetapi mereka sendiri yang MENUTUP PINTU kebebasan tersebut.
Fikir-fikirkan!
-MY-