Master Yus di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 20 Mac 2010.

Share

Salam muhibbah pembaca semua.

Syukur alhamdulillah, semalam saya diberi kesempatan oleh tuhan untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2010 ini. Pada tahun ini PBAKL diadakan pada bulan Mac berbanding pada tahun lalu ianya diadakan pada April. Namun sambutan untuk pesta buku kali ini cukup meriah. Ianya masih berlangsung diperingkat awal iaitu bermula pada hari Jumaat lalu 19 Mac dan akan berakhir pada Ahad minggu hadapan 28 Mac 2010.

Kemeriahan pesta buku kali ini amat dirasakan oleh pencinta dan pengamal ilmu. Tidak kiralah ilmu apa sekalipun, semuanya berhimpun dipesta yang hanya dilangsungkan sekali dalam setahun.

Walaupun buku ke-2 saya tidak dapat bersama-sama mewarnai pesta buku kali ini, namun saya melihat bahawa industri penulisan di Malaysia semakin berkembang dengan pesat. Ramai penulis-penulis baru yang muncul. Dan tak kurang hebat juga kepada penulis-penulis yang berpengalaman terus menerus mencipta karya-karya hebat mereka. Saya sebagai salah seorang antara ribuan penulis di Malaysia merasakan segelintir masyarakat Malaysia semakin celik untuk menghasilkan karya yang bermanfaat kepada orang ramai. Dan yang pasti, selebihnya menantikan sumbangan dan karya-karya yang bermutu daripada penulis-penulis. Tanpa pembaca apalah ertinya kepada penulis, tak gitu ?

Saya sampai ke sana bermula jam 1.30petang selepas solat Zohor, saya berlegar-legar di sekitar PWTC mencuci mata melihat buku-buku yang dijual. Daripada koleksi buku sekolah, novel, majalah, poster, CD, DVD, dan buku-buku semuanya terdapat disana. Hinggakan kelabu mata untuk memilih. Namun bagi saya tiada ruginya kita membeli apa buku sekalipun kerana ilmu didalamnya sungguh bermanfaat.

Jam 2 petang saya ke booth PTS Publication yang mana lokasinya di seberang sungai. Pada tahun ini booth lebih banyak dibuka berbanding tahun lepas. Di booth PTS berlangsungnya sesi ‘sembang-sembang petang bersama penulis’ di ruang pentas kecil di booth tersebut. Penulis pada masa itu yang hadir daripada Sarawak iaitu Tuan Hj Syahrul Nizam Junaini, seorang pensyarah di UNIMAS telah berkongsi ilmu menerusi buku ‘berhantu’ beliau ‘Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni’. Dipengerusikan oleh editor Tuan Ifran Jani, sesi yang lebih berkonsepkan soal jawab itu sungguh banyak faedahnya.

Kenapa saya istilahkan buku tersebut sebagai ‘berhantu’? Kerana saya difahamkan buku tersebut telah memecah panggung rekod diulang cetak selepas 3000 naskah telah habis terjual dalam masa sebulan. Amat hebat..itulah yang boleh saya katakan. Saya juga turut terpengaruh kerana habis sahaja sesi tersebut, tangan saya terus mencapai untuk dapatkan senaskah. Dan inilah peluang untuk berjumpa dengan insan hebat tersebut sambil mendapatkan berkat dakwat pena beliau (autograf).

Selepas itu saya terus ke booth True Wealth Sdn Bhd, kerana jam 3petang, giliran saya pula untuk memeriahkan suasana di booth tersebut. Ternyata memang meriah. Ramai juga yang berkunjung ke booth True Wealth. Slot bersama penulis Zamri Nanyan & Nasrul Amri juga ada bersama. Mungkin dengan kewujudan mereka yang mampu menarik lebih ramai pengunjung. Jadi saya hanya sekadar menumpang kemeriahan tersebut 🙂

Sepanjang di pesta buku pada kali ini, saya amat bersyukur dipertemukan dengan ramai orang-orang hebat. Sempatlah saya bertegur sapa, bertanya khabar dan merapatkan ukhwah perkenalan yang selama ini mungkin hanya mengenali profail mereka di alam maya (internet).

Antara kenalan baru & lama yang sempat bersua muka di pesta buku adalah Cikgu Hazar & wife (yang sarat menanti hari), Tuan Zamri Nanyan (rakan penulis & juga sifu Internet Marketing), Tuan Azizi Ali (Bos True Wealth & Mentor Jutawan), Tuan Dr Tengku Asmadi (pakar motivasi dari MAP Training), Tuan Nasrul Amri (rakan penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook), Tuan Mohd Zulfadli (Otai Usahawan Internet) , Cik Puan Qashryn Nabeela (pakar Kuasa Minda dari BrilliantDrift), Tuan Shamsuriyadi (Otai Usahawan Internet), Tuan Harlym Yeo (penulis), Tuan Fazla (usahawan),Cik Puan Azzah (penulis & trainer), Cik Waida (blogger), Tuan Aizat (senior editor pts), Tuan Haeqal Zulqarnain (penulis pts), Puan Ainon (Bos besar pts), Tn Hj Syahrul (penulis pts), Tuan Noorizam Shah (Otai ebay),Tuan Yusop Rejap (usahawan), Cik Fatin & Tuan Azam (subsriber SeminarTuisyen), Ust. Ramadhan Fitri (mantan Pres MPP), Tuan Nuar (kawan di 7th kolej dulu), Tuan Mursyidul Jum’an (kawan sekolah di Sambest), Tuan Farizal & Cik Aisyah &  Tuan Kamarul (subscriber seminar) dan beberapa orang lagi yang saya tak ingat nama mereka (maaf atas kelemahan mengingat nama).

Jika anda belum lagi sempat ke sana, sempat-sempatkanlah masa tu kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh. Bawa kenalan dan ahli keluarga bersama-sama. Biar sesak dan berpeluh-peluh dalam ‘air-cond’ namun anda pasti puas.

Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat ditembak sepanjang meronda-ronda di Pesta Buku Antarabangsa KL pada kali ini. Sekiranya ada gambar-gambar daripada pembaca blog ini, boleh la kita berkongsi ya!

Wartawan lokasi,
– Master Yus –

Sumber: http://masteryus.com/aktiviti-terkini/master-yus-di-pesta-buku-antarabangsa-kl-pada-20-mac-2010/

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment