Perubahan wajah-wajah 2010

Share

Salam hebat semua pembaca.

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi dan membuat sedikit pengumuman berkenaan dengan beberapa pembaharuan yang saya sedang saya jalankan. Antaranya yang boleh saya kongsikan disini adalah dua web saya iaitu SeminarTuisyen.Com dan CikguTuisyen.Com

Web SeminarTuisyen.Com telah diwujudkan sejak tahun 2007 lagi. Dan pada waktu itu adalah pembabitan awal saya dalam menggunakan medium internet sebagai salah satu cara pemasaran perniagaan. Web ini (lebih tepatnya Minisite) adalah satu usaha saya untuk memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang potensi industri tuisyen. Kandungan web ini adalah untuk memberitahu pelawat bahawa saya ada menjalankan satu seminar yang akan membongkar rahsia dan berkongsi pengalaman saya dalam bidang tuisyen.

Web CikguTuisyen.Com pula adalah satu medium saya memberi peluang kepada rakyat Malaysia (dan juga dunia) untuk mendapatkan buku fizikal saya secara online. Di pasaran Malaysia, buku saya ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama seperti MPH, Kinokuniya dan lain-lain. Namun saya tampil untuk memberikan kemudahan kepada anda semua, bahawa ianya boleh didapati hanya menerusi depan komputer di bilik masing-masing (rumah la). Dengan hanya beberapa klik dan proses, buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ akan saya poskan terus ke depan pintu rumah anda. Mudah bukan?

Post kali ini juga saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Mazlie Nadzri yang telah mengubah penampilan web SeminarTuisyen.Com dan Saudari Nurul Luvleey kerana berjaya menampilkan persembahan yang amat bertenaga bagi web CikguTuisyen.Com

Bagi saya, mereka berdua adalah insan yang tidak asing lagi dalam dunia merekabentuk minisite yang menepati citarasa anda. Hasil kreativiti dan sentuhan tangan mereka amat saya kagum. Dan saya sangat gembira dalam berurusan dengan mereka sepanjang proses perubahan tersebut. Khidmat yang sangat tip top. Saya amat rekemenkan mereka untuk anda!

Ini dia hasil penangan mereka, saya tak akan lupa sampai bila-bila.

Penulis,
MasterYus.Com

Sumber: http://masteryus.com/tuisyen/perubahan-wajah-wajah-2010/

p/s: Apa pendapat tuan & puan sekalian dengan penampilan baru ini? Saya nak tahu juga respon daripada mata tuan & puan. Tinggalkanlah respon dibahagian komen ya!

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment