Selamat hari lahir wahai isteriku!

Share

Post kali ini khas saya hendak tujukan kepada isteri saya yang amat saya sayangi. Sepatutnya post khas ini ditulis pada semalam kerana tanggal 1 Julai adalah tarikh lahir beliau.

****************************************************************

Wahai isteriku yang kucintai,
Terima kasih kerana memilihku menjadi suami sepanjang hayatmu. Terima kasih kerana percaya dengan apa yang ku ada, apa yang ku rasa dan apa yang ku damba.

Telah 3 tahun kita hidup bersama (anniversary bulan April lalu), dan terima kasih kerana memahamiku dengan penuh kesabaran. Setiap hari kau melayan kerenahku, setiap saat kau terpahat didalam hatiku, setiap detik kau menemaniku. Aku bangga mempunyai isteri sepertimu.

Tahniah dan terima kasih juga kerana sudi melahirkan anak-anak kita. Amat tabah dirimu menjaga, mendidik, melayan, mengajar anak-anak. Aku kagum dengan pengorbananmu yang tak kenal erti penat lelah dan jemu. Dengan kerjamu yang sibuk bak ‘bussineswomen’, namun kau tetap mempunyai masa untuk menguruskan segala hal.

Disaat ku pening, kau memberiku ubat. Disaat ku ngantuk, kau sorongkan ku bantal. Disaat ku pressure, kaulah yang menenangkanku. Disaat ku sibuk, kaulah yang menteteramkan kerja-kerja ku. Kaulah isteri yang amat memahami minat dan kehendakku. Kaulah mentor, kaulah kaunselor, kaulah doktor, kaulah ibu, kaulah isteri, kaulah permaisuri, kaulah jua sahabat baikku hingga akhir hayat.

Aku tak dapat hendak membalas segala pengorbananmu terhadap diriku dengan nilai ganjaran. Tetapi aku percaya, bahawa Tuhan menjadi saksi atas pengorbananmu. Tuhan juga adalah selayaknya yang akan membalas segala jasamu. Aku senantiasa mendoakan kesejahteraanmu hingga kita bersama ke Syurga yang kekal abadi.

“Selamat Hari Lahir Wahai Permaisuri Hatiku, IzanSofia”. I LOVE U so Much!

***********************************************************

Saya tak expert menzahirkan kata-kata yang bombastik. Apatah lagi untuk bermadah. Tapi cukuplah rasanya dengan sedikit coretan ini akan memberikan kejutan buat isteri saya yang akan saya minta dia baca. Saya tak akan buat sambutan ‘Birthday Gurl’ di sini, tetapi InsyaAllah kami akan sambutnya di Jogjakarta pada minggu hadapan 7 Julai 2009. Doakan kami akan kekal bahagia dan sejahtera hingga ke Syurga. Amiinnn…

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

11 Comments

Add Comment