Sedar tak sedar, lebih kurang 10 hari lagi Syawal akan berakhir. Dah lama juga blog ini tak berasap (macam dapur la plak). Maklumlah musim raya penuh dengan undangan rumah terbuka sehinggakan 2 kali perut saya meragam disebabkan makan yang tak terkawal. Bila dah berhadapan dengan satay, ketupat, rendang dan bermacam-macam juadah lagi, maka hilang pertimbangan perut yang baru dilatih berpuasa sebulan yang lalu.
Pengajaran disini, ukur perut kita dahulu sebelum disumbat dengan bermacam-macam jenis makanan 🙂
Bagaimana dengan perancangan selepas raya anda? Saya yakin, pasti banyak yang bakal anda lakukan. Sebelum cuti hari raya lepas, saya ada menghantar emel kepada subscriber saya tentang ‘Sesi Percuma Penulisan Buku‘. Ya, saya bercadang untuk mengadakan satu sesi percuma, bagaimana untuk mula menulis buku. Kadang-kadang idea terlalu banyak dikepala, tetapi mungkin disebabkan beberapa perkara maka idea tersebut hilang begitu sahaja. Dan ada juga yang berminat untuk belajar menulis, dan masih lagi tercari-cari idea apa yang bakal ditulis. Suatu ketika dahulu saya pernah alami perkara seperti ini.
Cara pantas menghasilkan buku, menulis apa yang anda tahu, mencari idea untuk menulis, apa tarikan pembaca dengan penulisan. Ini adalah rangkaian isi yang akan saya kongsikan nanti.
Sehubungan dengan ini, saya berhasrat untuk berkongsi kepada anda yang berminat dalam penulisan buku ini. Walaupun saya baru menghasilkan sebuah buku fizikal, dan masih lagi di peringkat belajar, tak salah jika saya hendak kongsikan apa yang telah saya lalui sekarang. Ada beberapa lagi karya yang sedang dalam proses penghasilan (saya tak boleh beritahu lagi buat masa ini), dan pastinya sesiapa yang bakal hadir ke sesi percuma nanti akan tahu perancangan saya ini.
Ini adalah kali pertama saya bakal adakan sesi seperti ini. Sekadar untuk melihat berapa ramai antara anda yang betul-betul berminat dalam bidang penulisan. Sekiranya sambutan menggalakkan saya akan adakan sesi yang berikutnya, jika sebaliknya mungkin ini adalah sesi pertama dan terakhir akan saya jalankan. Sekali lagi saya tegaskan, saya sekadar ingin berkongsi dan tiada tujuan keuntungan untuk sesi ini. Cuma kuota hanya saya peruntukkan 20 orang sahaja, kerana tempat yang cukup memuatkan dengan bilangan tersebut. Jadi ‘1st come basis’.
Tarikh cadangan pada 15 Oktober 2009, Khamis jam 8 malam. Bertempat di IQ Bistari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan Cheras KL. Boleh lihat map: Klik sini
Sekiranya anda berminat dengan sesi percuma ini, diruangan komen dibawah, sila tinggalkan nama penuh, nombor telefon, emel dan status kehadiran (confirm / no confirm). Saya harap selepas anda mendaftar, sila take note dalam reminder handphone anda dengan tarikh dan masa tersebut. Jangan dipersia-siakan peluang seperti ini. Saya boleh kenakan bayaran jika saya nak. Tetapi atas dasar khidmat masyarakat, saya hanya perlukan komitmen anda untuk datang, dengar dan aplikasikan apa yang bakal saya kongsikan. Itu sahaja. Senang bukan? (ada rezeki, kita boleh berkolaborasi dan saya boleh offer projek saya yang lain 🙂 )
Oklah itu sahaja yang saya nak maklumkan. Dan untuk pengetahuan semua, SeminarTuisyen.Com telah dibuka semula tarikhnya iaitu pada 8 November 2009. Maklumat lanjut terus sahaja ke sini. Anda berpeluang untuk menjana duit sampingan dengan website tersebut, caranya amat mudah daftar disini: http://www.seminartuisyen.com/affiliates/index.php
Selepas mendaftar, anda boleh mempromosikan link anda di emel, blog, forum, facebook, friendster, twitter dan macam-macam lagi. Dan akan saya bayar selepas ada orang yang mendaftar ke seminar tersebut.
Selamat maju jaya!
Zulhilmi Zaiki
017.6722500
conirm
Salam… untuk tahun baru 2010 nie ada lagi tak kursus atau bengkel untuk menulis? kalau ada apa kata turun belah utara pula..
akm.master yus…sya ni brhajat sgat nak buat buku tapi saya budak johor…program master yus selalu kat kl..kalau kat jb mungkin sy boleh dtg..sya nak jumpa sndiri master yus sebab saya memang berminat tntang tuisyen…sya duk kat taman daya, lagi satu saya ada daftar link affiliate tu tp x reti nak guna,boleh ajarkan?
W’slm Saudari Hasliza. Terima kasih dengan minat saudari dengan tuisyen. Mungkin satu hari nanti kita boleh bersua jika saudari datang ke KL.
InsyaAllah saya akan tuliskan satu post berkenaan dengan cara promosi link affiliate SeminarTuisyen.Com
Terima kasih atas perkongsian walaupun percuma…MY bergaya malam itu dengan Toyota Carldina nya…modern n sporty…
ramai2 yang daftar 4 orang je hadir iaitu saya, sepasang cikgu tusyen suami isteri dan seorang cikgu…
Inilah senario apabila dibuat ‘Percuma’. Mungkin apabila dikenakan bayaran, baru timbul rasa komitmen untuk hadir. Namun apa-apa pun, satu persetujuan awal telah tercapai dengan beberapa orang yang telah hadir termasuklah Cikgu Hazar.
Jumpa semua malam ini…
Nama: Noor Fazlan bin Hamdan
H/P: 0192583313
Status kehadiran ok.
Terima kasih Saudara Noor Fazlan, sudi hadirkan diri. Semoga ada manfaat kepada semua yang bakal hadir.
Nama: Siti Shahrizat
H/P: 0196361709
insyallah, hadir pada 15 okt ni.
Terima kasih dengan pendaftaran ini. Jumpa esok malam ya!
Tuan Fairuz Sulaiman ni dari sebuah syarikat penerbitan hebat di Malaysia…pun nak join seminar percuma MY gak ke…sure ada something input yg superb bakal didedahkan oleh MY semasa seminar itu nanti…mari ramai2 daftar coz 20 org je kuota yg dibuka…
Fairuz Sulaiman
HP : 0133326792
Emel : ibnusulaiman83@gmail.com
YM: echo_php05 [at] yahoo [dot]com [dot] my
Thanks Fairuz. Saya sempat menjengok blog tuan. Saya jemput tuan untuk berkongsi dengan peserta lain teknik dan kaedah yang lebih ampuh dalam bidang penulisan.
Saya maklum yang tuan daripada salah sebuah syarikat penerbitan terkenal di Malaysia. Terima kasih sudi hadirkan diri ke sesi ini.
Nama: Mohd Yusran b. Ahmad
No HP: 0123644671
Alamat e-mail: mohdyusran@gmail.com
Status Kehadiran: Confirm hadir (InsyaAllah)
Thanks Sere. Ajak la kawan-kawan yang berminat lagi.
Salam MY. Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat hari Raya kepada MY. Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur kpda Allah s.w.t kerana telah memakbulkan impian saya selama ini. Berkat bimbingan MY, saya kini telah berjaya membuka pusat tuisyen saya sendiri dan telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohamad Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada tarikh keramat 4hb Oktober 2009 yang lalu. Segalanya berjalan lancar dan saya sekarang mempunyai 30 orang anak angkat yg belajar di pusat tuisyen saya dari sebuah sekolah yang terpilih menjalani projek Anak Angkat Sekolah. Bagi rakan2 yang lain bole berkongsi pengalaman yang berharga ini dengan saya. Saya juga mendoakan kejayaan pd rakan2 yang lain. Nak tengok gambar2 semasa perasmian pun boleh. Smskan emailkan anda kepada saya 019-7429045. Jumapa lagi
Akhirnya berita terbaru Cikgu Rosli telah diumumkan disini. Tahniah dengan perkembangan terbaru yang sungguh membanggakan ini. Saya tumpang gembira dan bangga dengan cerita ini. Pastinya akan menyuntik semangat kepada semua. Saya tetap doakan kejayaan anda. Syabas sekali lagi.
Itu biasa berlaku, overload information. Boleh ajak kawan-kawan yang berminat ya! Tak usah dilepaskan free consultation seperti ini 🙂
Berkobar2 nak hadir coz di pertengahan menulis buku tiba2 pala otak hang plak kerana terlalu banyak idea dan sekarang tengah berenti jap sambil menghabiskan membaca buku Pebulis Jutawan karangan Azizi Ali. baru separuh. harap2 dapat panduan.
Nama: Hazaruddin Abdullah
No HP: 0128803206
Alamat e-mail: cikgu.hazar@gmail.com
Status Kehadiran: Confirm hadir (InsyaAllah)