NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).
Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.
Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.
Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. – Agensi
Sumber dari Kosmo Online : http://202.190.126.83/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Jika di didik anak kecil ilmu asas bisnes, memang akan menjadi businessman muda, jutawan muda, orang kaya muda. Semuanya muda kerana di didik sejak muda. Cemburu ni
Sesiapa sahaja pasti jeles dengan artikel ini. Pengajaran yang paling berharga disini adalah kena bermula dari sekarang!
Hebat sungguh jutawan muda ni…
Tak perlu tunggu menjadi jutawan untuk menjadi hebat. Setiap anak-anak muda memang hebat dan berbakat seperti Tokey ini 🙂
Memang hebat org muda jika kreativiti dicanang sampai pecah…
Peluang muda hanya sekali di dunia ini. Wajar gunakan peluang ini dengan maksima. Barulah menjadi warga muda belia yang ceria dan bergaya seperti Tuan Suhaily 🙂
Salam.
Remaja sekolah boleh jadi jutawan maka guru tuisyen pun boleh jadi jutawan
InsyaALLAH…kita boleh…saya boleh…
Sesiapa sahaja boleh, dengan matlamat yang jelas dan tindakan yang waras.
W’slm. Bisnes apa juga boleh jadi jutawan. Tiada yang mustahil untuk mencapainya.