Saya amat bersyukur dengan rezeki yang telah tuhan kurniakan. Tak dapat nak gambarkan kegembiraan ini. Confirm pada 7 Julai saya akan meraikan sambutan tarikh lahir isteri saya di Solo/Jogjakarta/Borobodur. Tiket telah ditempah. Seorang dewasa RM1499 x 3 orang. Anak saya yang kecik hanya dikenakan tambang flight dalam RM300.
SeminarTuisyen.Com akan berlangsung pada 5 Julai dan selang sehari saya bersama isteri dan 2orang anak-anak saya akan bertolak ke Indonesia pula. 4 hari 3 malam kami akan berada disana.
Awal tahun lalu iaitu pada 24-27 Februari 2009, saya dan keluarga berkesempatan melawat Medan & Danau Toba. Kawan-kawan boleh lihat gambar-gambar tersebut disini : http://seminartuisyen.com/holiday.html
InsyaAllah pada hujung tahun pula, saya sekeluarga akan ke Beijing. Tarikh dan tiket penerbangan telah ditempah. Musim salji disana. Nanti saya akan maklumkan kepada anda tentang hal ini.
Ada juga kawan-kawan saya bertanya “Tak boring ke asyik melancong je?” “Bagaimana merancang masa kerja dengan bercuti?” “Tak sayang duit ke asyik menghabiskan duit je?”.
Saya tahu, bulan Julai adalah bulan kesibukan saya dengan tuisyen yang semakin pack. Namun inilah yang dinamakan perancangan. Saya telah maklumkan kepada student saya tentang percutian saya. Ini tidak menjadi masalah kerana saya akan cover semula kelas tersebut.
Inilah antara keistimewaan lakukan tuisyen yang ramai orang tak sedar. Kebebasan masa. Saya bebas untuk merancang dan menguruskan masa saya bersama keluarga. Keluarga juga amat penting disamping kerja-kerja yang tak pernah habis. Tiada kongkongan, tiada sekatan dan tiada tekanan.
Setiap perancangan tahunan saya telah catatkan dan saya akan letak target untuk capainya. Saya berpegang kepada “Kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal“. Dengan kata-kata ini saya telah meletakkan sasaran jangka pendek dan sasaran jangka masa panjang. Ini memang amat penting. Alhamdulillah saya telah praktikkan sejak beberapa tahun lalu dan hasilnya cukup mengagumkan. Dalam kehidupan saya, perancangan masa amat saya titik beratkan.
Saya idamkan kebebasan masa saya bersama keluarga. Saya inginkan masa saya tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun. Saya tak akan izinkan masa saya dicuri oleh orang lain. Masa saya adalah kehidupan saya. Saya telah banyak menghabiskan masa saya sewaktu di universiti, tetapi bila keluar terbeban dengan hutang (PTPTN). Saya taknak sia-siakan masa saya.
Bila saya buka topik kebebasan masa, apa yang anda hendak daripadanya? Ada orang inginkan duduk rumah bersama keluarga, ada orang nak pergi bercuti selalu, ada orang nak bebas kesana-sini tanpa kongkongan, ada orang yang nak uruskan perniagaan mereka, ada orang yang nak gunakan masa mereka untuk tidur dengan nyenyaknya..Anda?
Saya lakukan tuisyen, kerana saya rasakan masa dibawah penguasaan saya. Income juga saya boleh target. Saya taknak pening-pening menguruskan hal yang tak perlu saya fikirkan. Saya nak kan sesuatu yang seronok apabila saya lakukannya. Saya seronok mengajar pelajar saya. Saya seronok berkongsi dengan mereka. Saya gembira bila mereka faham apa yang saya ajarkan. Saya puas hati bila mereka ada peningkatan dalam pelajaran. Kesimpulannya, saya memang seronok lakukan tuisyen dalam kehidupan saya.
Dan keseronokan ini saya perlu kongsikan juga dengan keluarga saya. Itu sebab saya perlu bawa mereka pergi keluar melancong untuk melihat sendiri keindahan dan kecantikan negara orang lain. Untuk setakat ini, saya masih menjadikan Indonesia sebagai destinasi pelancongan. Kenapa?
Pertama, budget ke sana lebih murah. Kedua, barang-barang mereka juga amat murah & berkualiti untuk tujuan shopping. Ketiga, tempat pelancongan mereka memang menarik dan terkenal di dunia. Keempat, makanan mereka hampir sama dengan makanan kita. Kelima, perantaraan bahasa yang mudah untuk kami berkomunikasi.
Siapa kata lakukan tuisyen, duit tak cukup? Meh beritahu saya :-).
Untuk tatapan anda semua, ini dia jadual apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga di Solo/Jogjakarta pada 7 – 10 Julai 2009 nanti.
HARI 01 LCCT / SOLO / JOGJAKARTA ( MT / MM )
– Berkumpul di Terminal LCCT 2½ jam sebelum berlepas. Tiba di Lapangan terbang Solo disambut oleh wakil kami dan akan dibawa untuk City-tour, Shopping di Grand Mall. Makan tengah hari di restoran tempatan. Dalam perjalanan ke Jogjakarta, singgah di kilang perabot fabric, Kraf tangan dan cenderahati yang di perbuat daripada buluh. Check-in hotel Grand Quality. Makan malam di restoran tempatan.
HARI 02 BOROBODUR / JOGJAKARTA ( SP / MT / MM )
– Sarapan pagi di hotel. Melawat Chandi Borobodur. Bergambar di Universitas Gadjah Mada, melawat Royal Palace – Kraton, Silver Smith di Kotagede, kilang batik dan Pasar Bringharjo. Makan tengah hari di restoran tempatan, sebelum ke Kasongan (clay pottery) dan shopping di Malioboro. Makan malam di restoran tempatan.
HARI 03 JOGJAKARTA / SOLO ( SP / MT / MM )
– Sarapan pagi di hotel. Check-out dan terus ke Kampung Kaliadem – melihat gunung berapi Merapi. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian melawat Istana Mangkunegaran Solo.
– Shopping di PGS Klewer. Check in hotel di Solo. Makan malam di restoran tempatan.
HARI 04 SOLO / LCCT ( SP )
– Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
Sila tinggalkan komen apa yang anda idamkan untuk kebebasan masa anda?
Rumah bukan depan KLCC tapi 10 minit ke KLCC
Salam,
Saya memang guru tuisyen sepenuh masa. Tapi belum pernah menyertai seminar tuisyen.setiap bulan memang mencecah RM 3000 keatas .saya hanya ajar subjek sekolah menengah BM, Geo, Perdagangan ,Ekonomi. Sekolah rendah BM, math , science. 1 hari hanya lakukan selama 4 -5 jam sahaja.
kebebasan masa memang ada. Waktu pagi saya hanya dirumah atau peri shopping di KLCC sampai pukul 2 ptg lepas tu pergi tuisyen relaks – relaks sahaja.Tak perlu nak sibuk – sibuk kerja masa macam pergi kerja dulu.
kalau Khamis dan jumaat pagi pukul 11, saya akan pergi ke Finland dan UAE Embassy ajar BM kepada diplomat mereka ( bayaran memang mahal untuk satu jam ).
Kalau ada cikgu yang tidak dapat student pun, saya bagi job.tak salahkan bagi pada orang lain.daripada situ kita dah tahu kesilapan dia.
MY buat seminar itu bagus untuk mendedahkan rahsia tuisyen walaupun saya belum menyertainya.
Wow…banyak tu RM3k dengan masa 4-5 jam sehari. Best betol shopping tiap2 hari. Rumah depan KLCC ke? 🙂 Life Cikgu Yenny boleh dicontohi oleh pembaca semua. Good Luck!
tahniah yusnizam krn menjadi contoh kpd belia2 yg lain..teruskan usaha, smg berjaya..chaiyo2..
Terima kasih cikumanis, semoga anda juga terus sukses dalam bidang anda. ciku je? kalu saya nak durian ada x? 🙂
salam. hai mr yus dan semua…saya skrang adalah guru tuition di tuition center….bila saya compare dgn tuition center lain..mmg gaji di sini tersgtlah ciput…tapi terpaksa teruskan ngaja di sini sbb tuition center lain jauh…ada gak terpikir nak wat home tuition tapi bila memikirkan duduk menyewa bersama housemate lain rasa macam xadil plak utk derang…yg pasal seminar 5 july ni…xdpt nak join sbb keje…mr yus…bila nak wat seminar di pantai timur?
W’slm cik ungupurple. TQ dgn komen ini. InsyaAllah pantai timur akn smpai juga nnt. ‘Home tuition’ bukannya hanya dirumah anda shj, boleh juga ke rumah student/parents. So situ income boleh demand lagi berbanding tuition centre. Semoga berjaya!
tapi master yus..bukan ker rm40 sejam itu adalah mahal..kalau di KL mungkin boleh..tapi kalau di luar bandar saya rasa ianya x praktikal lar..say dah survey..pusat tuisyen di sini meletakkan rm30/subject dan tuisyen diadakan 1kali seminggu selama 1 1/2 jam /subjek = sebulan rm30/6jam
home tuition dan tuition centre memang berbeza rate masing-masing. di tuition centre lebih rendah harga berbanding home tuition. home tuition boleh menjangkau rm100 per jam. haa tu yang nak kena tau rahsianya 🙂
salam master yus. saya memang minat ni nk jadi cikgu tuisyen ni, maklum la dlm keadaan ekonomi sekarang ni bole juga tambah pendapatan. sebelum tu nak tanya la jika sekiranya kita buat home tuition dkt kawasan perumahan aje contohnya kita sewa flat dan buat satu pusat untuk budak2 ni belajar, amacam ok tak?
W’slm rosli. Tahniah dah daftar ke seminartuisyen.com Julai nanti. Saya akan kongsikan segalanya di seminar nanti. Banyak cara boleh lakukan dan mulakan tuisyen. Tak perlu sewa, buat di rumah pun bole.
Wah..buat tuisyen kat rumah pun boleh melancung jahu jahu ya…bagus!Rajin usaha boleh dpt income,bukan duk goyang kaki jer tunggu duit heh..
Tiada istilah goyang kaki untuk berjaya. Usaha keras, smart n kreatif tunjang utama. Terima kasih tinggalkan komen disini.
saya idamkan untuk menjaga anak sendiri di samping menajna pendpatan untuk keluarga. maksudnya x perlulah nk keja 8-6 tuk dapat gaji everymonth ..saya nak kerja dalm 4-5jam sehari sahaja..dan hasilnya kalau boleh sama dengan gaji sekarang..boleh ke mr. yus?
Apa yang tak bole pula Kirin? Buat tuisyen hanya perlukan 4-5jam sahaja sehari. Katalah tuisyen sejam RM40, dan kita hanya buat tuisyen 4jam x RM40 = RM160 income kita sehari. RM160 x 20 hari= RM3,200. Itu yang cikgu tuisyen dapat.