Seminar Labur Saham Mega Membuka Mata Rakyat Malaysia!

Share

Pada Sabtu 15 Oktober 2016 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam KL telah menjadi saksi kepada lebih 1,200 orang dalam Seminar Labur Saham Mega. 

Seminar Labur Saham Mega kali ini dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy Sdn. Bhd. dan PPZ-MAIWP dengan kerjasama daripada Bursa Malaysia, BIMB Securities Sdn. Bhd., 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd., Koperasi Remisier Bumiputera Berhad dan Malaysian Association of Technical Analyst (MATA). 

Seminar Labur Saham Mega yang berlangsung seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) YBhg. Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias. 

Beliau juga telah merasmikan pelancaran Seminar Labur Saham di 6 lagi lokasi di seluruh Tanah Air. 

Seterusnya sesi khas dari wakil PPZ Tuan Haji Khairulazhar Samsudin dengan tajuk ‘Saham dan Zakat’.

Kupasan tentang zakat saham dari beliau sangat memberi kesan terutamanya tayangan video bagaimana kisah kemalangan seorang usahawan yang tidak sempat membayar zakat perniagaan. 

Dan saat yang dinantikan oleh peserta adalah sesi bersama Mentor Pelaburan Saham #1 Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri dengan tepukan dan sorakan yang menggegarkan dewan. 

Seminar Labur Saham Mega adalah percuma. Malah peserta diberikan juga makan tengahari. 

Selepas rehat seminar disambung dengan sesi forum oleh 3 orang ahli panel. 

Yang pertama, Big Boss Islamic Capital Market, Bursa Malaysia En Jamaluddin Nor Mohamad. 

Kedua, Boss Bursa Market Place En Noor Azmizi Abdul Malek. 

Dan ketiga, abam terlajak kacak En Nik Ihsan Raja Abdullah, Presiden MATA.

Kemudian program dikejutkan dengan penampilan istimewa oleh selebriti terkenal tanah air Fizo Omar. 

Fizo Omar berkongsi pengalaman jatuh bangun beliau dalam perniagaan dan bagaimana beliau aktif membayar zakat perniagaan. 

Kesan dari aktif mengeluarkan zakat perniagaan, hari ini perniagaan beliau bertambah maju dan berkembang luas.

Dan penutup program, Tuan Haji Mohd Asri membawakan 6 orang alumni yang konsisten berjaya mencetak wang dari medan Bursa Malaysia. 

Aidil Shukri, Iqbal Ilias, Kak Azuwana, Kak Ieza Yusuf dan Puan Nurshafika. Dan seorang insan istimewa Tn Khalizaki dari Melaka. 

Mereka ini berkongsi kisah perjalanan mereka bagaimana mula terlibat dalam pelaburan saham hingga sampai ke tahap kejayaan hari ini. 

Dan Seminar Labur Saham Mega juga mendapat liputan dari beberapa media seperti Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Kosmo, RTM dan BERNAMA. 

Tepat jam 6 petang, Seminar Labur Saham Mega berakhir dengan jayanya. 

Semoga semua yang hadir beroleh manfaat dan dapat belajar dari pengisian yang hebat. 

– MY – 

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.