Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK)

Share

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada pembaca semua.

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan IMKK.

Bila sebut sahaja IMKK, saya pasti puluhan ribu rakyat Malaysia yang telah merasai aura dan energy dalam program yang ohsem ini.

Saya dan isteri adalah antara puluhan ribu tersebut.

Ianya bermula pada 2011 dimana saya dipaksa masuk program IMKK tersebut. Siapa lagi yang paksa saya jika bukan Roslinah Laikoi, individu yang bertanggungjawab penuh dalam semua ini.

Namun disinilah batu loncatan dalam diri manusia yang bernama Yusnizam Yusoff ini.

Dulu ego saya setinggi Gunung Kinabalu, namun akhirnya rebah ke bumi.

Dulu suhu kemarahan saya sepanas 100 darjah celcius, namun hari ini ianya cepat sejuk dan cool.

Dulu suara kecil saya bermaharaja lela dalam hati, namun hari ini ianya sudah masuk madrasah tarbiyyah.

Dulu saya tak faham apa itu ‘biawak hidup’, namun hari ini saya nampak ianya banyak berkeliaran depan mata.

Dulu saya langsung tak faham bagaimana nak ‘connect’ dengan DIA, namun hari ini saya sangat faham
betapa mudahnya untuk berhubung denganNya.

Dulu ‘DUIT’ berterabur sana sini saya buat tak endah, namun hari ini saya sayang giler dengan DUIT.

Dulu saya tak faham ‘kolam’, tapi hari ini saya sangat jaga kolam bagi bersih dan jernih.

Dulu poket selalu koyak dan berlubang, banyak bocor sana sini, dan hari ini saya faham apa sebab semua itu berlaku.

Dulu selalu layan perasaan, layan cakap ‘biawak’, layan ‘budak kecil’, tapi hari ini semua itu petik jari dah boleh handle.

“Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu ditendang sekarang ku disayang. Dulu dulu dulu ku menderita,
sekarang aku bahagia.”

Bak lagu si Tegar plak haha.

Ya kawan, lepas saya faham semua tu banyak juga perubahan yang saya alami sejak IMKK 2011.

Hidup saya sekeluarga lebih tenang dan bahagia.

Bisnes saya makin berkembang dengan pesat.

Duit saya makin beranak pinak dengan sendirinya.

Setiap bulan saya mampu ke luar negara bawa isteri dan keluarga.

Setiap tahun saya boleh bawa ahli keluarga besar mengerjakan ibadah umrah pakej 1st class.

Setiap hari rezki masuk mencurah-curah dari pelbagai pintu.

Syukur Alhamdulillah… Syukur dengan rahmat Allah yang Maha Pemurah.

Jutaan terima kasih buat mentor kesayangan ramai, Dr. Azizan Osman yang membawa revolusi perubahan ini.

Dan yang paling saya teruja dan tak pernah terfikir selama ini apabila saya dipanggil sebagai tetamu ‘Hot Seat’
di IMKK Mac 2014 The Mines.

Saya amat teruja berkongsi cerita dari dalam hati di hadapan hampir 5,000 orang peserta, hinggakan ada ‘sesuatu’ yang saya simpan selama ini telah di’reveal’ pada malam itu.

Meremang bulu roma saya ketika nama ‘Yusnizam Yusoff
dipanggil ke atas pentas keramat IMKK oleh Tn Sayed Munawar yang menjadi Moderator ketika itu.

Dengan sorakan, jeritan dan suara kuat peserta yang sangat positif membuatkan graf energy saya mencanak-canak naik.

Saya sangat puas, gembira, teruja melihat lebih ramai lagi kawan-kawan saya yang inginkan perubahan dalam hidup.

Jauh dari lubuk hati saya rasa bersyukur dengan perjalanan hidup yang telah saya lalui selama ini.

Dari seorang yang pernah jatuh terduduk dengan emosi yang rosak, tetapi hari ini mampu bangkit dan terus
memberi inspirasi kepada lebih ramai manusia di luar sana.

Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan IMKK memang ajaib.

Jutaan rakyat Malaysia harus hadir ke IMKK dan rasa sendiri auranya. Alami sendiri suasananya. Dalami sendiri perasaannya. Dan renung sendiri kandungannya.

1000% saya amat rekemen.

Atleast cuba sekali seumur hidup anda. Anda akan nampak apa yang saya coretkan disini.

Saya doakan anda yang membaca post ini beroleh kejayaan dan kekayaan dan seterusnya membantu lebih ramai orang diluar sana kaya dan berjaya.

Master Yus
www.MasterYus.com

IMKK Mines-Master Yus

IMKK II

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.