Selamat tinggal 2009 dan ahlan wasahlan 2010

Share

2009 bakal melabuhkan tirainya dan 2010 bakal mengisi ruang meja kalendar baru. Pastinya banyak yang boleh diperkatakan mengenainya.

Apakah pengalaman manis & pahit pada 2009 yang boleh dikongsikan? Saya mulakan segmen ini dahulu.

Pengalaman manis 2009:

1. Blog MasterYus.Com telah berjaya diwujudkan pada April 2009 bagi berkongsi ilmu Percuma kepada pembaca. Sehingga hari ini, blog ini mendapat tempat dihati pembaca khususnya bagi penggemar industri tuisyen, pendidikan dan perniagaanhttp://masteryus.com/panduan-tuisyen/selamat-datang-ke-masteryuscom/ (paling menariknya, 21 April 2009 adalah ulangtahun ke-3 perkahwinan saya dan isteri)

2. Buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ telah berada di pasaran Malaysia pada Mac 2009. Dan buku tersebut telah dilancarkan dengan rasminya ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada April 2009. Buku ini telah berjaya membantu ramai orang yang berminat untuk memulakan tuisyen dan bercita-cita menjadi cikgu tuisyen yang berjaya dan berkaliber http://masteryus.com/panduan-tuisyen/pelancaran-buku-true-wealth-sdn-bhd/

3. Merantau 3 negara dalam setahun. Melancong ke Bangkok, Thailand http://masteryus.com/aktiviti-terkini/percutian-yang-mengasyikkan-5h4m-di-bangkok-thailand/ . Melawat Solo/Jogjakarta http://masteryus.com/aktiviti-terkini/4h-3m-meronda-ronda-di-solojogjakarta-indonesia/ dan Medan (awal tahun, masa blog belum wujud lagi) http://www.seminartuisyen.com/holiday.html

4. Peserta SeminarTuisyen.Com semakin meningkat pada tahun ini dengan jumlah lebih 100 orang. Saya teruja kerana mereka telah memulakan langkah pertama dalam bidang tuisyen. Dan ada antara mereka yang telah mengorak langkah sebagai usahawan pusat tuisyen. Tahniah! http://masteryus.com/seminar-di-malaysia/seminartuisyencom-2009-mencipta-sejarah-tersendiri/

5. Syukur Alhamdulillah, berjaya membeli sebuah kondominium dan kereta baru http://masteryus.com/aktiviti-terkini/hadiah-paling-istimewa-kepada-isteri-tercinta/. Berjaya mencapai sasaran simpanan RM30k setahun (dalam salah satu akaun) hasil daripada pendapatan tuisyen dan perniagaan (kecil-kecilan jer 🙂 )

Pengalaman pahit :

1. Hanya berjaya melaksanakan 5 perkara (diatas) daripada 10 perancangan 2009. Owh..kenapa berlaku seperti ini?

2. Rumah dimasuki pencuri pada 11-13 Disember 2009. Jumlah kerugian ditaksirkan berjumlah 20k++.

Azam 2010:

1. Laksanakan baki 5 lagi ‘Azam 2009’ antaranya menghasilkan karya (buku & ebook) bermutu.

2. Masuk industri ‘Property Investment‘.

3. Melancong ke 3 negara lagi.

4. Kembangkan dan luaskan jajahan SeminarTuisyen.Com ke peringkat lebih jauh dengan modul-modul baru yang gempak.

5. Meluaskan dan kembangkan perniagaan internet (baru berjinak-jinak).

Anda juga boleh kongsikan Azam 2010 anda. Dan boleh juga kongsikan apa pencapaian terbaik anda sepanjang 2009.

Semoga disini menjadi saksi dan pendorong kepada anda untuk menjayakannya. InsyaAllah saya akan bantu dengan sedayanya. Isu berjaya laksanakan atau tidak sila letak tepi dahulu. Ingat, kejayaan sesuatu perkara adalah bermula dengan apa yang kita rekodkan dan bayangkan. Saya percaya, jika hendak berjaya, perlu berjaya bersama-sama. Kan seronok, ye tak?

Jom tinggalkan komen anda di blog MasterYus.Com. Tak perlu segan silu, tunjukkan yang anda adalah dilandasan orang-orang yang akan berjaya. Yeaahhh…

Penulis:
Master Yus, pelopor industri tuisyen di Malaysia.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

26 Comments

Add Comment