Harta bilionair Malaysia 2017 meningkat.

Share

SINGAPURA 2 Mac – Lebih daripada separuh hartawan dalam Senarai Orang Kaya Forbes Malaysia 2017 tidak terjejas, malah menyaksikan keuntungan mereka meningkat walaupun keadaan ekonomi yang sukar.

Tan Sri Robert Kuok terus mengungguli kedudukan teratas dalam senarai buat tahun ke-12 berturut-turut, dengan nilai bersih AS$11.4 bilion (RM50.74 bilion), meningkat daripada AS$10 bilion sebelumnya.

Kuok, 93, mengawal empayar Kumpulan Kuok yang merangkumi sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Tan Sri Quek Leng Chan, pengerusi konglomerat milik persendirian Hong Leong Co (Malaysia), naik satu anak tangga kepada tempat kedua dengan nilai bersih AS$6.8 bilion (RM30.26 bilion) berbanding AS$5.3 bilion (RM23.59 bilion) tahun lepas.

Quek mengambil alih tempat Tan Sri Ananda Krishnan, yang jatuh ke tempat ketiga tahun ini ekoran kekayaannya merosot 12.2 peratus kepada AS$6.5 bilion (RM28.93 bilion) berikutan ketidaktentuan dalam firma te­lekom India yang mengalami hutang, Aircel.

Walaupun nasib hartawan perjudian Tan Sri Lim Kok Thay (nombor enam), AS$4.45 bilion (RM19.8 bilion) merosot sedikit, terutama disebabkan oleh nilai ringgit yang menyusut, harga saham Genting Bhd. meningkat sejak November 2016.

Genting Malaysia dijangka melancarkan lebih banyak projek tahun ini, termasuk pelancaran taman tema yang berinspirasikan filem yang dinanti-nantikan, 20th Century Fox, pertama di dunia di Resorts World Genting, tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Hartawan perjudian dan pemaju hartanah, Tan Sri Dr. Chen Lip Keong pula mencatat peratusan kekayaan terbesar dalam senarai tahun ini, menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.6 bilion (RM7.12).

Kekayaannya meningkat 158 peratus, meletakkan beliau kembali pada ranking bilionair dengan kasino Kemboja yang semakin berkembang sedang me­laksanakan dengan lebih banyak pautan dengan sektor pelancong­an China.

Seorang lagi hartawan yang mencatat keuntungan ketara ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (tempat ke-26) dengan nilai harta melonjak 145 peratus dengan hasil pengukuhan harga minyak memberi manfaat kepada perniagaan penyewaan helikopternya yang menjalankan perkhidmatan untuk sektor minyak dan gas.

Tan Sri David Kong Hon Kong yang menginovasikan perkhidmatan pengebumian, (tempat ke-24) naik 10 tempat berban­ding senarai tahun lepas, selepas menjadikan syarikat itu sebagai syarikat persendirian dalam urus niaga yang melibatkan AS$1.1 bi­lion (RM4.9 bilion).

Hartawan hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon (ke-16) menyertai ranking bilionair buat kali pertama dengan peningkatan 10.5 peratus dalam nilai aset bersihnya.

Wajah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Group Patrick Grove (ke-35a) dipaparkan di muka depan terbitan terbaharu Forbes Asia. – bernama.

– MY –
Wartawan jalanan

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment