Apa perkembangan protege SeminarTuisyen.Com yang lepas?

Share

Post kali ini saya cuba nak buat sedikit kelainan iaitu saya nak jejak semula protege SeminarTuisyen.Com sejak tahun 2007 lagi. Bagi yang masih ‘keep in touch’ dengan saya, maka kami saling bertukar pandangan dan pendapat. Dan mungkin juga ada yang telah sukses dengan cemerlang dengan perniagaan masing-masing dan saya terlepas pandang untuk kongsikan berita gembira tersebut kepada lebih ramai orang.

Jadi saya terfikir untuk jadikan blog ini sebagai ‘platform’ untuk semua protege saya kongsikan pengalaman, cerita dan perkembangan terkini mereka. Saya akan cuba jejak mereka semula walaupun menyorok di seluruh Malaysia :-) .

Apa tujuan Master Yus wujudkan post seperti ini? Untuk tujuan promosi SeminarTuisyen.Com semata-mata ke?

Oh wahai rakan-rakan ku sekalian, inilah satu sikap yang sungguh meloyakan. Dan inilah juga sikap yang akan membuatkan anda semua mudah jatuh dalam perniagaan iaitu cepat bersangka buruk kepada orang lain. Alangkah nikmatnya jika kita saling bersangka baik dan pastinya tuhan akan bersangka baik dan menurunkan rahmatNya kepada kita semua. Tak gitu kawan-kawan?

Pertamanya, protege yang telah berjaya membuka perniagaan pusat tuisyen, masing-masing boleh hebahkan perniagaan disini (anda semua perlu tahu statistik pembaca blog ini semakin ramai dan meningkat dengan mendadak). Jadi disini ada salah satu medium anda memperkembangkan sayap dan promosi perniagaan anda. Dan mungkin juga disini boleh dijadikan platform untuk mencari cikgu-cikgu tuisyen di tempat anda.

Perkembangan terbaru, Cikgu Hazar telah berjaya membuka pusat tuisyen beliau di Saujana Utama, Sungai Buluh. Pusat Tuisyen Tunas Saujana inilah nama pusat tuisyen kendalian Cikgu Hazaruddin Abdullah, seorang jurutera sepenuh masa yang pada suatu masa dahulu telah jalankan tuisyen secara sambilan. Namun hari ini impian beliau telah terlaksana dengan memiliki perniagaan pusat tuisyen sendiri. Tahniah Cikgu Hazar dengan usaha Smart beliau.

Iklan | Cikgu Hazar perlukan cikgu Bahasa Inggeris dari tahun 1 – tingkatan 5. Jika sesiapa yang berminat boleh terus hubungi beliau di 012-8803206

Keduanya, lagi protege SeminarTuisyen.Com, Cikgu Shahrizat juga telah berjaya memiliki perniagaan pusat tuisyen beliau sendiri di Sri Damansara. Beliau juga memerlukan cikgu-cikgu di pusat tuisyen beliau. Boleh terus hubungi Cikgu Shahrizat 019-6361709.

Ketiganya, seorang sahabat baik saya iaitu Cikgu Amran telah menamatkan zaman bujang beliau bersama pilihan hati Cikgu Aziah pada Ahad 13 Disember lepas. Dan majlis beliau banyak dibantu oleh simpanan hasil daripada pendapatan tuisyen yang telah beliau jalankan. Berseri-seri beliau dan isteri di majlis bersejarah mereka. Pastinya hasil tuisyen banyak membantu melancarkan persiapan majlis perkahwinan mereka.

Keempatnya, seorang lagi protege SeminarTuisyen.Com iaitu Cikgu Siti Khairani baru-baru ini telah mengerjakan umrah bersama keluarga beliau. Dan beliau menyatakan simpanan hasil pendapatan tuisyen amat membantu. Saya tak mahu cerita panjang hal ini, kerana anda boleh baca sendiri perbualan saya melalui chatting disini:

Siti: askum MY. sibuk kelas ke. sy salah seorang peserta seminar tuisyen MY oct thn lps

3:19pmYusnizam: w’slm. ya sy ingat saudari siti khairani. sihat?

3:22pmSiti: MY ingat lagi sy rupanya! sihat. tgah bt preparation nk kwin ni.

sy msih lgi bt tusyen skrang ni. byk jg msuk. alhamduliilah berkat tunjuk ajr MY

akhir bln 5 lps sy g umrah, dgn mak ayah lg jg hasil dr tusyen.. time ksh MY

3:25pmYusnizam: sama2..alhamdulillah sume rezki dpd tuhan

sy ada request. bole x sharekan bende ni di emel sy utk sy share dgn pembaca blog sy?

maksud sy share kan hasil pendapatan tuisyen yg bole membantu status kewangan bulanan kita

3:28pmSiti: ok. boleh. MY nk tahu tak, saya bt kira2 thn ni shj income tusyen yg sy dpt RM20ribu… lebih kurang satu thn gaji cikgu.. maknanya saya dpt double la. gaji cikgu dpt, tusyen pn dpt. nk tulis kat mana MY?

3:30pmYusnizam: coz kdg2 org hanya nampak duit shj mrk xpandang kebaikan disebalik mengajar nih

saudari tuliskan ke emel saya admin@seminartuisyen.com

semoga orang lain juga terima manfaat drpdnya

3:32pmSiti: saya pn ada ajar jg kwn2 sek sy yg bujang2 tntang tuisyen. diorang pn dah berjaya. income sebulan RM3000. ok, nanti sy emailkan kt MY.

MY, nanti jemput dtg majlis sy thn dpn,14mac10 kt kelantan. kad belum siap lagi. dh siap sy pos. hehe..

3:34pmYusnizam: insyaAllah

bole juga jalan2 sampai kelantan nnt

3:37pmSiti: wah, gembira sy klu MY smpai. boleh sy kenalkan kt bkal suami nanti. sy ada bgtau dia jg yg MY ajar sy bt tusyen

***************************************************

Maka terbuktilah bahawa dengan hasil pendapatan tuisyen mampu membantu menambahkan status simpanan kita setiap bulan. Ramai orang telah merasainya. Anda bila lagi?

Saya buka post kali ini kepada semua protege SeminarTuisyen.Com untuk berkongsi pengalaman, perkembangan terkini masing-masing.

Tujuan utama adalah untuk kita terus mengikat hubungan silaturrahim antara kita semua yang pernah kenal atas tujuan kebaikan. Pastinya perkenalan kita dahulu akan memberikan banyak manfaat yang boleh dikongsikan bersama. “Kawan biar beribu malah berjuta, tetapi berkasih biar satu dan musuh jangan ditegur”. :-)

Keduanya, jika anda ada perniagaan masing-masing maka boleh la promosikan (dengan beretika) disini.  Dan pastinya jika anda masih lagi melakukan tuisyen, boleh kongsikan serba sedikit apa manfaat yang telah anda terima daripadanya.

Dan yang terakhir, mungkin anda berpeluang untuk menjemput lebih ramai orang ke majlis perkahwinan anda (yang masing bujang sahaja ya). Selain itu jika anda ada peluang-peluang lain yang boleh dimanfaatkan bersama juga boleh kongsikan disini. Post kali ini khas saya tujukan buat protege SeminarTuisyen.Com.

p/s: Pembaca lain juga boleh berikan komen anda untuk meriahkan post kali ini.

Share

Related Posts

About The Author

11 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.