Modal untuk mulakan tuisyen

Share

Saya sering ditanya oleh subscriber di emel berkenaan dengan “Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan tuisyen?

Saya akan jawab “Tak perlu modal”. Ya kawan, nak mulakan tuisyen tak perlu modal kewangan. Apa yang perlu ada pada diri anda, adalah ilmu yang anda nak ajar. Itu sahaja.

Namun anda jangan salah faham dengan maksud saya ‘Tak perlu modal’. Modal yang saya maksudkan adalah duit. Anda tak perlu lakukan seperti nak mulakan perniagaan pusat tuisyen. Nak buka pusat tuisyen sememangnya perlukan Modal Yang Besar untuk Set-up, beli peralatan, pemasaran, dan banyak lagi.

Namun untuk mulakan ‘Home Tuition‘, modal anda adalah mulut sahaja dimana anda perlu beritahu orang lain tentang anda ada lakukan khidmat mengajar tuisyen. Siapa orang-orang yang anda perlu beritahu? Jiran, saudara mara, kawan-kawan dan kenalan baru anda.

Ada orang tanya lagi “Buku-buku untuk mengajar? Itu juga perlukan modal.”. Hai kawan, kita perlu kreatif dan jangan sempitkan pemikiran kita. Hari ini banyak sumber percuma yang boleh kita peroleh daripada internet. Gunakan kemudahan dan peluang tersebut. Jika anda langsung tiada duit untuk beli sumber rujukan, dapatkan di internet yang mempunyai ratusan malah ribuan sumber.

“Minyak motor/kereta?”, wahai anak muridku sekalian. Itu merupakan perkara asas untuk bergerak, jika anda taknak keluarkan duit untuk guna transport, anda bolehlah jalan kaki sahaja. Ye la, pergi rumah jiran jer untuk ajar tuisyen, buat apa nak naik kenderaaan? Kan free tu.

Jika anda dah mula dapat sumber/income tuisyen yang pertama, gunakannya untuk tujuan promosi yang lebih bagus dan berstrategi. Income tuisyen biasanya boleh cecah RM300-500 sebulan untuk satu kelas. Banyak tu. Promosi amat penting untuk menghebahkan khidmat anda kepada lebih ramai orang. Jangan buat promosi tanpa perancangan. Jika tak kena cara, buang masa sahaja.

Anda boleh juga gunakan wang hasil pendapatan tuisyen untuk membeli buku rujukan ataupun buku latihan. Selebihnya, buatlah simpanan. Saya pasti dan yakin, akan ada peningkatan status kewangan anda di kemudian hari.

Jika anda ada pengalaman dan pandangan yang boleh dikongsi bersama pembaca, sila tinggalkan komen anda di ruangan bawah ini. Semoga pembaca mendapat manfaat, dan anda mendapat pahala daripadanya.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

10 Comments

Add Comment