Saya telah berada di KL selepas bercuti seminggu

Share

Bersyukur kerana saya telah selamat berada di Kuala Lumpur pada petang  Jumaat 19hb lepas. Dan sepatutnya post ini saya publish pada malam Jumaat tersebut. Saya sampai jam 5ptg, terus singgah makan di Q Bistro, Bdr Sri Permaisuri. Kemudian sampai rumah kemas-kemas sikit mana yang patut selepas ditinggalkan seminggu. Selepas Maghrib saya terus ke Damansara untuk meeting dengan pihak Kenshido International berkaitan dengan ‘Good & Big Projek’.

Habis meeting, saya singgah ke Char Kuew Tiaw Azimuddin Kerinci (depan Vista Angkasa), open table dengan kawan-kawan berbincang tentang projek-projek baru tuisyen. Sembang punya sembang, tak sedar jam dah menjangkau 3 pagi. Banyak juga lah cerita yang kami kongsi.

Sepanjang seminggu percutian di Kulim, masalah paling besar saya adalah line broadband yang tak berapa best. Sangat lembab tahap cipan. Bila line internet lembab, maka mood buat kerja laptop pun down. Maka saya layan je lah buku-buku yang saya bawa dengan tujuan untuk terus belajar. Antara buku-buku yang saya bawa balik kampung untuk dilayan adalah ‘15 Teknik Efektif Internet Marketing’ oleh Saudara Fuad Latip, Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil oleh Saudara Zamri Mohamad, Langsaikan Pinjaman Anda Dalam Tempoh 5 Tahun atau Kurang oleh Azizi Ali.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda pembaca wahai kawanku sekalian dengan cadangan-cadangan untuk membuat surprise kepada orang kampung di post lepas. Apa yang saya boleh kongsikan kepada semua adalah, kami tak lah nak buat kejutan besar selepas hampir 6 bulan tak balik kampung. Cuma berdasarkan majoriti cadangan daripada pembaca, kami membawa keluarga pergi makan ikan bakar di Teluk Tempoyak, Batu Maung Penang pada malam sebelum saya balik KL iaitu Khamis malam. Di sana memang terkenal dengan ikan bakar yang fresh.

Naik 2 kereta, pak mak mentua, adik beradik dan maktok 9 orang kesemuanya. Ikan bakar kerapu dan bawal putih, tomyam, kailan ikan masin, milo ais. Kesemuanya berjumlah 100++. Selepas puas makan sambil menghirup udara pantai, kami pun balik dalam jam 11.30malam dalam keadaan kekenyangan.

Yang paling surprise sebenarnya apabila kami bawa balik kereta baru. Di Kulim memang jarang jumpa Caldina berada di atas jalan raya. “Waaa, baru 6 bulan tak balik dah bawa kereta baru”, “Kereta jenis apa ni? Tak pernah nampak pun”, “Berapa harga?”, “Downpayment berapa, monthly berapa?”. Soalan yang telah dijangka akan ditanya.

Saya bukan nak highlight tentang kereta tersebut kepada anda semua, tetapi saya perlu highlight kan suatu perkara yang lebih penting kepada anda sebagai pembaca setia blog ini. Tak lain ialah tentang kemampuan dan perancangan kewangan bulanan kita.

Sebelum saya decide nak memiliki kereta ini, saya dah fikir risiko dan tanggungan yang bakal saya pikul. Bukan semata-mata untuk bergaya, tetapi saya nak buktikan kepada semua yang saya telah lakukannya. Dengan usaha keras yang tak pernah luntur, kreativiti dan kerja smart saya selama ini telah membuahkan hasil yang saya amat puas hati.

Saya dah buat banyak pembacaan dan kaji selidik sebelum membuat keputusan. Saya dah rancang dan nampak jelas status kewangan saya untuk 10 tahun yang akan datang. Itu yang saya berani untuk bertindak. Bila komitmen makin besar, target saya juga perlu semakin tinggi. Saya meletakkan target untuk dapat income minima 5k setiap bulan. Tak boleh kurang daripada itu, jika tak saya akan menghadapi masalah besar. Saya perlu menggandakan usaha saya lebih daripada biasa. Dah alang-alang anda membaca post ini, saya hendak mengingatkan anda jangan sesekali membuat keputusan terlalu drastik sebelum anda memikirkan dengan semasak-masaknya. Jika tak mampu, maka jangan mamaksa kerana kita yang akan merana bukannya orang lain.

Sama juga jika anda mempunyai impian untuk berhenti kerja. Fikirkan dengan waras menggunakan akal yang rasional. Jangan terlalu ikut hati, tanpa berfikir risiko yang bakal mendatang. Jika anda bertekad untuk berhenti kerja juga, anda perlu pastikan pendapatan baru anda perlu 2 kali ganda daripada pendapatan sekarang. Sebagai contoh, jika gaji anda sekarang adalah 3ribu, anda perlu mendapat 6ribu selepas berhenti kerja. (Maksud saya disini adalah jika anda berhenti kerja makan gaji dan hendak kerja sendiri seperti saya).

Jika anda rasa tak mampu untuk capai, maka saya nasihatkan jangan lakukannya buat masa sekarang. Nanti anda merana, dan jangan salahkan saya :-), kerana saya dah ingatkan anda. Tetapi jika anda dapat offer lebih baik daripada kerja sekarang, tak perlu tanya saya, terus ambil peluang tersebut. Contohnya, jika gaji anda sekarang RM3k sebulan dengan Company A, kemudian ada Company B yang menawarkan gaji RM3,500 terus ambil peluang tersebut. Jangan banyak alasan, terus terima tawaran tersebut kerana jauh lebih besar daripada sedia ada.

Kesimpulan disini, anda perlu berani untuk mengambil risiko berserta dengan perancangan yang sungguh teliti. Jangan mudah dan cepat terikut dengan rentak orang lain. Setiap orang ada kemampuan dan kebolehan masing-masing. Ikut kemampuan anda. Cuma bagi saya “Jika orang lain boleh lakukan, kenapa tidak aku?”. Inilah kata-kata azimat yang melawan segala ketakutan yang ada dalam diri saya. Anda pula bagaimana?

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment