Pembukaan semula ekonomi dan penurunan harga komoditi dimasa hadapan.

Share

Anda kena baca ni sampai habis. Saya sudah.

PEMBUKAAN SEMULA (EKONOMI) JUGA BERMAKNA KENAIKAN ‘SUPPLY’… DAN PENURUNAN HARGA UNTUK KOMODITI DI MASA HADAPAN.
-Tong’s Portfolio 24/5/2021 (Sumber The Edge Malaysia)

Sentimen pasaran dan harga2 saham didorong oleh ‘cerita-cerita’ dan hari ini tiada cerita yang lebih besar daripada cerita ‘Peningkatan Inflasi di US, iaitu ekonomi terbesar di dunia’.. lebih2 lagi selepas kadar inflasi April 2021 dilaporkan pada tahap 4.2%, satu kenaikan terpantas sejak 2008.

Ini merancakkan pendebatan : adakah kita sedang menuju ke arah kadar inflasi yang lebih tinggi, yang seterusnya akan memaksa bank2 pusat untuk mengetatkan polisi kewangan (iaitu dengan menaikkan kadar faedah)? Dan adakah ini akan berlaku lebih awal daripada jangkaan?

Kami merasakan kadar inflasi bulan Mei adalah lebih tinggi daripada April, terutamanya disebabkan titik perbandingan yang sangat rendah untuk tahun 2020 dimana kadar inflasi telah menurun sehingga ia serendah hanya 0.1%.

Kami berpendapat kenaikan inflasi yang terburuk akan mula berkurangan menjelang penghujung 3Q2021 sehingga awal 2022 apabila ‘low base effect’ melenyap. Ketika itu, keterujaan tentang pembukaan semula ekonomi dan kegopohan berbelanja wang simpanan lebih telahpun berlaku dan berlalu. Pada masa yang sama, masalah keterbatasan penawaran (supply) juga selesai secara perlahan-lahan.

Sebagai contoh :

  1. Kenaikan terbanyak dalam inflasi pada bulan April adalah untuk kereta dan trak terpakai, dimana demand jauh melebihi supply dan pembuatan kereta baru amat terbatas oleh kerana kekurangan cip. Kenaikan harga yang tinggi juga direkodkan untuk tiket penerbangan kerana jumlah penerbangan sangat terhad.

Isu2 supply dan keterbatasan logistik ini akan selesai, sebagai contoh apabila travelling menjadi normal dan syarikat penerbangan sudah boleh memulakan laluan2 perjalanan dan meningkatkan kapasiti dengan cepat.

  1. Harga balak telah rally dengan kuatnya pada tahun lepas didorong oleh permintaan yang mantap didalam pembinaan rumah dan renovasi serta gangguan pada rantaian pembekal termasuk penutupan kilang dan juga kekurangan gerabak keretapi dan lori. Tetapi harga balak mungkin telah mencapai tahap tertinggi kesan daripada kilang2 meningkatkan pengeluaran mereka. Walaupun harga mungkin juga tidak akan turun dengan serta-merta ke paras sebelum krisis, keuntungan luarbiasa ini lazimnya tidak dapat bertahan lama.

Inilah yang berlaku di dalam setiap industri apabila harga jualan meningkat melebihi kos pengeluaran dengan banyaknya. – ia mula menarik minat pengusaha2 baru didalam pasaran manakala pengusaha2 yang sedia ada pula menambah kapasiti pengeluaran… mengakibatkan kenaikan bekalan dan penurunan harga. (Ini jelas dilihat pada sektor glove).

  1. Shipping rates. Kadar penghantaran global melalui laut (global shipping rates) juga seperti telah mencapai kemuncak. Rates ini akan terus menurun apabila masalah kesesakan pelabuhan akibat pandemik dan kelewatan pusingan kontena dapat diselesaikan dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Tempahan untuk kapal-kapal baru juga telah bertambah walaupun terdapat kelewatan penyerahan selama 2-3 tahun.
  2. Semiconductor. Sama seperti contoh2 di atas, kapasiti pembuatan semiconductor ini akan bertambah tetapi bukan dengan serta-merta disebabkan oleh ‘lead time’ yang lebih lama. Negara-negara seperti US dan Korea Selatan telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk pembuatan dan R&D untuk masa beberapa tahun yang akan datang. Kesatuan Eropah pula menyasarkan untuk menggandakan pengeluaran cip kepada 20% daripada jumlah pengeluaran global menjelang 2030. Sementara itu, foundry utama seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) sedang merancang untuk membelanjakan jumlah tertinggi didalam perbelanjaan modal (capex) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Pada masa yang sama, kenaikan harga menunjukkan para peniaga mampu mengenakan (pass on) kos yang tinggi kepada pengguna yang mampu menyerap kenaikan tersebut kerana mempunyai lebihan simpanan dan aliran tunai yang sihat. Ini amat baik untuk keuntungan syarikat, yang mana sebahagiannya akan dilaburkan semula untuk mewujudkan kapasiti dan pekerjaan baru – serta mengekalkan pertumbuhan. Syarikat-syarikat US yang kaya dengan wang tunai mula membeli semula saham syarikat dan membayar dividen pada kadar tertinggi setelah membuat pemotongan pada tahun yang lalu.

Sekurang-kurangnya 16 Negeri di US (kebanyakannya pimpinan Parti Republikan) dilaporkan menarik diri daripada Program Faedah Pengangguran Federal (yang bakal berakhir pada Sept) sebagai respons kepada bukti (anekdotal) kekurangan buruh. Setakat ini kekurangan yang paling meruncing adalah pekerjaan bergaji rendah seperti restoran dan penjualan runcit. Dilaporkan syarikat-syarikat seperti McDonald’s, Chipotle, Mexican Grill, Amazon dan Target menawarkan bonus penyertaan dan menaikkan kadar gaji minima untuk menarik pekerja.

Seperti yang telah kami tulis sebelum ini, pada kebiasaannya inflasi gaji (wage inflation) sukar untuk berubah/menurun – namun gaji minima yang lebih tinggi ini tidak semestinya sesuatu yang buruk. Isi rumah berpendapan rendah mempunyai kecenderungan untuk berbelanja lebih tinggi.. dan ini diterjemahkan kepada ‘consumer spending’ dan pertumbuhan ekonomi. ‘Wage inflation’ yang sukar berubah ini juga mampu mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, yang sememangnya merupakan satu isu politik yang panas.

Dalam erti kata lain, penyelesaian terhadap kenaikan harga dan kadar inflasi, bukanlah hanya dengan menaikkan kadar faedah. Inflasi harga yang disebabkan oleh kekurangan tawaran akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh masa, pelaburan-pelaburan baru dan penambahan kapasiti yang produktif.

Pasaran didorong oleh ‘cerita’ tetapi bank-bank pusat sebenarnya adalah lebih berhati-hati. Kami percaya agak sukar untuk bank-bank pusat tersebut menukar polisi kewangan buat masa ini – dan mengambil risiko merosakkan pemulihan lebih-lebih lagi dengan kadar pengangguran yang tinggi. Sejujurnya, adalah sukar untuk mendapat bacaan yang tepat tentang tekanan inflasi sebenar kerana ‘distortion’ yang banyak.

Bank-bank pusat juga akan cuba mengekalkan kadar faedah pada kadar terendah selama mana yang mungkin bagi mengekalkan hutang awam pada kadar tertinggi dan memastikan pertumbuhan bagi mencapai ‘full employment’. Makanya kita telahpun melihat dan akan terus menyaksikan kadar faedah sebenar jatuh atau mungkin menjadi negatif, buat masa ini.

Apa pun keadaannya, sebahagian inflasi perlulah dijangkakan kerana ekonomi sedang berada dalam fasa pemulihan. Adakah langkah2 kelegaan dan ransangan tersebut berlebihan? Mungkin.

Tetapi yang pastinya ia akan menjadi kerisauan yang lebih besar sekiranya pemulihan ekonomi yang dibantu oleh ransangan besar-besaran ini tidak berjaya menggalakkan inflasi jangka pendek. Deflasi adalah lebih menakutkan dan mengakibatkan lebih kerosakkan jika dibandingkan dengan inflasi yang sederhana. Bank pusat Eropah dan Bank of Japan menghabiskan masa bertahun-tahun memerangi jangkaan deflasi.

Tambahan pula, ketika program vaksinasi giat dijayakan di negara-negara maju, negara-negara miskin pula buat masa ini ketinggalan agak jauh di belakang. Malah kita sedang menyaksikan semula kawalan pergerakan di banyak negara. Pasaran sebenarnya mungkin agak terlalu optimis dalam melihat kesudahan pandemik ini. Ini bukanlah masanya untuk menarik semula polisi yang memberikan penampungan (accommodative policies).

Sekiranya kenaikan harga jangka pendek tidak berkurangan walaupun setelah isu tawaran (supply) selesai maka harga yang lebih tinggi akan mula terbina ke dalam jangkaan inflasi. Dan ianya akan mencetus beberapa kejadian yang boleh bertukar menjadi kitaran ganas yang mampu memberi impak negatif terhadap kadar faedah, hutang awam, pertumbuhan ekonomi serta pasaran modal.

Kami tidak mengenepikan risiko di atas, yang semakin bertambah berikutan kesan penilaian yang tinggi untuk saham2. Penaikan kadar faedah akan mengurangkan sebahagian jumlah kecairan yang telah menjadi salah satu punca utama kepada kenaikan pasaran (atau market rally). Selama mana ketidakpastian mengenai inflasi dan kadar faedah berterusan, ia berkemungkinan mengakibatkan ‘heightened volatility’ di dalam pasaran.

Tetapi lebih penting lagi.. kami tidak mahu membesarkan risiko inflasi ini secara berlebihan. Kami tetap percaya bahawa trend sekular (globalisasi, demografi dan terutamanya teknologi & inovasi) yang telah berjaya merendahkan kadar inflasi global selama dua dekad sebelum ini adalah masih utuh. Trend jangka masa panjang seperti transformasi digital (dan manfaatnya) juga akan terus terungkap.

.
✏️✏️✏️
*takeaway sy sebagai seorang TBNU :

🔸 tidak perlu panik tentang inflasi. Inflasi dan pertumbuhan ekonomi bergerak seiring. Bagus la ada inflasi sikit. Kalu takde inflasi, jadi deflasi macam Jepun lagi problem. Cukuplah sekadar kita berjimat-cermat dan berhati-hati going forward esp masa mengharungi ‘Winds of Change’ 🦂 ekonomi yang in sha Allah ke arah yang lebih baik.

🔸 tidak perlu panik tentang interest rates. BNM tu berhati-hati, tahulah dia nak tgk economic indicators utk tentukan bila masa yg sesuai nak ⬆️ int rates bersesuaian dgn keadaan ekonomi negara.

🔸 kadar inflasi boleh diselesaikan dgn masa & ‘let the economic forces play’. Tak semestinya penyelesaian dia cuma terletak kepada ⬆️ int rates

🔸 lebih berkemungkinan agaknya BNM akan mengekalkan OPR di kadar sekarang, atau diturunkan berbanding dinaikkan.. untuk menyemarakkan ekonomi kita kerana ekonomi kita masih lemah dan kita masih memerangi covid. (Cerita kita tak sama dgn US dimana covid dia under control dan ekonomi dia benar2 mula membuka, therefore logiklah jika mereka lebih bercerita tentang kenaikan interest rates atau QE tapering).

🔸 jugak very interesting, Tong mengupas tentang harga ↔️ supply & demand. Mcmana harga akan mencanak due to acute shortage.. and then harga akan taper off bila supply dah start catch up. Kalu kita leh fikirkan & reflek benda ni dalam komoditi etc etc, kita boleh improve pelaburan kita dari segi ‘timing’. Pd sy, just based on reading yg Tong tulis ni.. adalah sesuatu yg nmpk acute shortage tu skrg ni 👀

Sapa baca sampai habis? Cer komen sikit!

Kredit kepada Pn Yasmin CPMT8.

#membacajambatanprofit

#coachingplatinummt

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment