Assalamualaikum semua pembaca. Aii..dah lama rasanya tak menulis versi diari. Teringat dulu zaman sebelum era internet berkembang, diari menjadi tempat untuk meluahkan dan berkongsi pengalaman manis. Jadi kali ini tiba-tiba Master Yus teringin nak berceloteh versi diari pula ya.
Post kali ini juga ditulis buat tatapan 2 orang puteri kami, Noor Balqis Sofiyyah & Noor Marissa Mya Zara. Biar mereka dah meningkat dewasa nanti, mereka dapat membaca ‘LIVE’ post ini.
Tanggal Isnin 4 Januari 2010 jam 12.10 tengah pagi, buat pertama kalinya kami 4 beranak menaiki penerbangan MAS daripada KLIA ke Beijing Capital Airport, China. Dan inilah juga pertama kali kami menjejakkan kaki ke negara tembok besar iaitu China. Beijing yang mempunyai populasi kepadatan penduduk 16 juta, adalah ibu negeri China.
Tiba di Beijing Capital Airport jam 6.30 pagi. Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam di dalam penerbangan MAS sungguh memenatkan. Abby terpaksa memangku si Balqis dan ummy seperti biasa berkepit dengan di Marissa. Dalam flight, kami dihidangkan dengan pembuka selera sandwich, kemudian beberapa jam selepas itu, makanan berat pula menyusul. Disebabkan bebanan yang agak besar dibadan (pangku kakak tidur), menghalang aku melantak hidangan daging black paper. Hanya bau yang menusuk kalbu dan menahan nafsu. Hanya sempat melelapkan mata beberapa jam sahaja sepanjang penerbangan.
Ketibaan kami disambut oleh cik adik manis selaku Tourist Guide yang kami panggil Amy. Gadis keturunan China yang pandai berbahasa Indon. Jadi agak mudah bagi trip kami, kerana si Amy fasih bertutur dalam bahasa yang kami faham. Seramai 16 orang rombongan kami kesemuanya dibawah ejensi Almaas Travel & Tour Sdn Bhd. Group kali ini boleh dikatakan bestla juga, kerana tak ada yang tinggi hidung. Semuanya happy go lucky. Aku dan isteri dikategorikan sebagai generasi pertengahan, kerana yang paling muda dalam group kami kali ini adalah tak lain dan tak bukan Balqis & Marissa. Bagus juga bawa mereka berdua, kerana sebagai penghibur kepada setiap kali tour.
Semasa di airport area, si Amy dah pesan untuk pakai pakaian tebal-tebal, tapi aku buat-buat boleh tahan (aka kebal). Nampaknya aku silap. Dengan selapis kemeja dan diselaputi baju ala-ala blazer (beli masa di Indon), bibir dan muka terasa macam kebas. Mana tak nyer, kami terpaksa tempuh cuaca sejuk -11 hingga -16 darjah celcius. Rupa-rupanya sehari sebelum kami sampai, salji turun dengan sangat tebal. Kehadiran kami dialu-alukan oleh winter sonata.
Yang paling kesian adalah kedua-dua puteri kami yang terus terkejut. Punya lah sejuk tak boleh nak cakap. Sejuukkkk gilerrrrr ….. (jika ada sound effect mesti anda tahu bunyi nya).
Naik bas menggigil. Nasib baiklah dalam bas ada sistem pemanas badan (heater) yang memang khas digunakan waktu musim sejuk (jika tak ada masaklaaa).
Kami terus dibawa check-in ke Hotel Majesty. Selepas mengenakan pakaian tebal (3 lapis), kami dibawa lunch. Pertama kali merasai masakan China yang terkenal dengan sup dan teh mereka. Boleh la juga telan. Nak kata best, tak juga. Makanan kita jauh lebih best. Namun disebabkan termasuk pakej dan perlu makan, maka kunyah dan telah sahaja la..Yang penting halal (pakej ICT, Islamic China Tour).
Petang kami dibawa ke Forbidden City. Melawat istana raja lama. Mengikut tradisi bangsa mereka. Istana yang sungguh besar. Kami 4 beranak tak turun bas, kerana 3 jam perlu tahan kesejukan. Nampaknya pilihan kami sungguh tepat, kerana makcik pakcik yang turun menyatakan kekesalan. “Erhhhrrr…sejuknyaaaaaa…” Sampai merah padam muka mereka semua. Cuaca sungguh sejuk. Bayangkanla -11 darjah. Selepas dinner, terus kembali ke hotel (hibernasi).
Hari ke-2, kami dibawa ke Summer Palace, Jade & Crystal Centre. Malam menyaksikan Acrobatic Show. Memang best. Real stuntman, lentokgurl, terbang-terbang, dan yang paling suspen, 5 buah motosikal dalam 1 gelung. Mereka berpusing dengan sungguh laju…wowwowoww…
Hari ke-3, kami semua telah bergelar pahlawan kerana telah merakamkan kenangan di salah satu tempat ajaib di dunia iaitu Tembok Besar China aka Great Wall. Pemandangan yang sungguh mengasyikkan dan cantik. Dan yang paling ajaib adalah sangat sejuk… Kenangan abadi di keajaiban dunia yahooo….
Hari ke-4 hingga 6 mana lagi jika tak shopping menghabiskan duit dan mengkayakan kerajaan China. hahaa.. Habis barang-barang murah diborong. I-Phone, Blackberry hanya sekitar RM 200 sahaja wowowo… I-Pod hanya RM30++. Digital Cam, Video Cam yang murah tahap tak waras.. Tas tangan (handbag wanita ler), sekitar RM20 dan jenama famous seperti Gucci, Coach, Lois Vitton (betul ke eja ni), dan lain-lain la..Kasut Adidas, Nike, Puma perghh..murah-murah giler..sekitar RM20-30 jer..Kemeja berjenama seperti Polo, Marlboro, Tommy Hillfire (hantam je eja ni) dan stylo serta cun habis. Nak dipendekkan (kesimpulan), syurga shopping dunia dengan pelbagai barang-barang murah. Kualiti boleh tahan la, tak tahu tahan berapa lama..Yang penting dapat merasa dan memakai barang-barang ratusan malah ribuan punya harga. Bak kata pepatah, biar harga murah tapi nampak stylo heheh (pepatah MY).
Satu tips paling penting untuk aku kongsikan, kena lawan harga dengan penjual. Dan mereka ni sangat agresif, siap tarik-tarik tangan ajak masuk kedai mereka. Dan yang pedihnya, dengan selamba amoi-amoi tu tarik tangan aku..huhh..kena kuatkan iman. Itu stail dorang meniaga. Bermacam-macam offer mereka bagi, dan mereka akan mulakan dengan harga yang sangat mahal setanding dengan jenama barangan yang mereka jual.
Aku bagi contoh, masa aku dok usha kemeja (jenama) dia buka harga 399 yuan bersamaan RM200. Dan bayangkan, aku dapat lawan harga hinggalah harga sebenar yang dia bagi kat aku adalah hanya 40 yuan sahaja bersamaan RM20. Haaa…korang kena blaja apa ilmu yang aku apply kan hehehe…Nak tau? Kena la bagi pengerasnyer…:-)
Blackberry harga buka 850 yuan=RM400++. Atlast boleh dapat 250 yuan sahaja=RM180++. Tak terer gitu?
Terdapat banyak perbezaan yang boleh aku kongsikan antara Beijing dengan Kuala Lumpur (ni pemerhatian aku sahaja kay, dan mungkin musim salji sahaja).
Pertama, jalan raya mereka berbeza arah dengan kita. Driver mereka di sebelah kiri dan bergerak disebelah kanan jalan. Pengangkutan utama mereka adalah bas (panjang-panjang dan murah belaka). Tambang hanya sekitar RM2 dan boleh pergi kemana-mana destinasi. Subway (train bawah tanah), teksi dan basikal. Amat susah nak lihat motosikal atas jalan raya. Si Amy kata, harga motosikal amat mahal. Lebih baik terus beli kereta atau naik basikal sahaja. Basikal sewa ada banyak disepanjang jalan. 50sen sewa sehari.
Kedua, masjid hanya kaum veteran sahaja. Itu pun adalah dalam 10 kerat. Tak tahula mana umat Islam yang muda-muda. Mungkin hanya solat dirumah sahaja kot. Tempat wuduk lengkap dengan heater dan kain untuk lap. Lepas ambil wuduk memang sejuk giler, kena air.
Ketiga, tandas-tandas awam mereka tak ada pintu hahaa…means open sahaja..waduhh..Yes, tak tipu. Ini apa yang si Amy katakan. Kami di offer untuk pergi lawat, namun budaya orang-orang kita masih utuh dengan adab. So group semua menolak. Tandas di restoran atau shopping complex pula tiada paip air..huwaaaa.. Setiap kali nak ke tandas mesti bawa botol mineral berisi air. Jika tak, bertayamum dengan tisu je la jawabnya…Air mereka sangat mahal dan kedekut. Dah sejuk bila nak kena air..Yang malu nak dikongsikan, di hotel sangat sejuk..Alkisahnya, mandi hanya sekali sehari kihkihkih…
Keempat, budaya cakap mereka sangat kuat. Bila mereka bercakap macam bergaduh..suara mereka ganas..memang itu style sembang mereka. Badan sama besar dengan kita cuma mereka lebih berotot jer..
Kelima, cara kerja mereka dengan sepenuh hati. Mereka berkerja keras untuk family. Ramai yang berniaga. Bangunan tinggi-tinggi dan canggih-canggih belaka. Kita perlu contohi sikap positif mereka ini untuk kebaikan diri masing-masing.
Akhir sekali aku nak luahkan rasa amat puas hati dan bersyukur kerana diberi keizinan untuk menikmati keindahan negara orang. Inilah bukti kekuasaan tuhan yang adil menganugerahkan nikmatNya.
Inilah kenangan terindah dalam hidupku sekeluarga menikmati salji dan kesejukan yang melampau. Pemandangan yang sungguh cantik dan memukau. Tak akan ku lupakan detik-detik bahagia di Beijing, China selama 7 hari bermula Isnin 4 Januari hingga 10 Januari 2010. Oh Beijing, akan ku jejakkan lagi kaki ku kesana. April adalah bulan yang boleh dianggap baik iaitu semasa musim bunga. Dan April ini jualah menjadi bukti ulangtahun perkahwinan antara aku dan isteriku yang tersayang.
Aku bersyukur dikurniakan isteri dan anak-anak yang sungguh bertuah. Aku jua amat bersyukur kerana diberikan nikmat masa bersama keluarga. Inilah nikmat yang mungkin orang lain sering mencemburuinya. Masa adalah milikku, bukannya milik orang lain yang sering mengongkongku. Aku masih lagi memegang rekod bersih menjadi antara rakyat Malaysia yang menjadi penganggur kehormat. Namun aku yakinkan diri, bahawa rezeki ditangan tuhan bukan ditangan manusia.
Tamat sudah coretan diari Master Yus. Kelakar juga rasanya bila nak tukar versi unformal ke formal ni :-). Orang kata jika kita menulis versi diari hanya untuk syok sendiri. Disebabkan coretan saya untuk dikongsi kepada umum, maka kenalah ayat skema sikit..tak gitu?…
Baiklah, kegembiraan kami di Bejing tak dapat nak diungkapkan hanya dengan kata-kata. Maka gambar-gambar dan video yang sempat dirakam ini menjadi bukti kata-kata saya. Buat tatapan semua, silalah komen apa yang anda rasa patut komen ya!
syukur Alhamdulillah…wah! teruja plak akk nak ke sana…InsyaAllah,ada rezeki december ni laa..bagusss..berkongsi pengalaman tuu..sekurang2nya..org lain leh tau…senanglaa…soal rezeki ni,kita tk leh cakap..kdg2,dulu rasanya kita tk pernah sngka dpt peluang2 cam ni…T.kasih byk2 kpd Allah S.W.t…
Disember ni rasanya musim snow juga. Memang sesuai kak ke sana, teruja bila dapat rasa, pegang sendiri snow yang jatuh dari langit.
Rezki tuhan memang melimpah ruah di muka bumi ini, hanya kadang-kadang kita tak perasan. Dan yang paling menambah kesyukuran kita padaNya, rezki tuhan tak pernah putus kepada hambaNya yang sering bersyukur. Alhamdulillah…
Master Yus, salam…
Wah bstnyer ke beijing winter yek.
AlMaas travel tu yg kat damansara damai tu ke?
Ok ke itenary and price melancong agency tu?
Plan nk ke timur tengah (egypt) dis 2010 sdg mencari agency yg bagus. Ada idea ke mana2 travel agency.
W’slm saudari Ros. Ya memang best ke Beijing. Sesiapa yang ada kelapangan, boleh lah lawat ke sana. Dengar kata musim bunga pun cantik 🙂
Ya Almaas di Damansara Damai, En Sharom empunya ejensi. Setakat ni kami banyak gunakan khidmat mereka. Dah jadi regular client, jadi adalah beberapa keistimewaan yang mereka berikan.
Kami pun bercadang akan ke Eropah & Timur Tengah. Masih menanti masa yang sesuai. Mana-mana ejensi ok je rasanya.
apa cerita ngan BlackBerry y beli kat beijing itu hari. Masih ok or dah rosak. dr segi kualiti memang ori or nampak ciplaknya.. cdg nak pegi beijing… ngah fikir nak beli… skali ada jual BlackBerry plak.. bleh beli 2-3 set ni… heheh
Ya masih lagi OK. Pergilah lawat ke Beijing, memang negara yang banyak boleh kita pelajari. InsyaAllah kami juga turut akan kembali ke sana suatu hari nanti 🙂
SLM BUAT TUAN.SERONOK MENBACA ARTIKEL TUAN BERSANTAI DGN KELUARGA SESAKALI.ITULAH YG HARUS ADA PD SETIAP INSAN UNTOK MEKEKALKAN IKATAN RUMAHTANGGA.X SEMESTINYA KE LUAR NEGARA TMPAT KITA JUGA BNYAK YG MENARIK……. AKAK PUN DAH SMPAI TEMBOK BESAR TAPI WRONG TAMING GI WAKTU PANAS TPI SEMPATLAH MEDAKI SMPAI KE PUNCAK PERTAMA.SEMPUT……JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN
Salam juga buat Kak Hajah. Saya rasa amat bertuah dan bersyukur kepada tuhan yang telah memberikan jalan dengan kehidupan hari ini. Bila ke luar negara ni, semacam ada daya tarikan yang suruh kita pergi lagi dan lagi 🙂
salam cikgu,
menarik cerita cikgu ni..nak tanya skit la…apa nama tempat shopping tu ye…mak mentua saya nak pi raya cina ni…lagi satu.. bole guna ke blackberry yg cikgu beli dari cina tu…sume features and application bole guna kat malaysia ke…
salam
W’slm. Maaf sangat lewat membalas komen ini huhu..
Tempat shopping disana sangat banyak, sampai saya pun dah tak ingat. Kena buka balik ittenary dia.
Blackberry tu saja je beli. Ada yang bole guna dan ada juga yang memeningkan kepala. Terima kasih.
salam
wow bestnya dapat pergi ke china. agak2 berapa ribu habis tu. nak gi juga bulan mei ni nanti. ada travel agency yang best dicadangkan?
W’slm saudari Zuzila. Ya sangat best disana. Memang kena pergi sekali.
Kos seorang dalam 2k namun memang puas. Travel agency saya suka cuba mana yang hati saya rasa ok. Terima kasih.
hem…bestnye..dapat bonus boleh simpan…nak bawak famili g sana. inshaallah. tqvm.
Tahniah M.Yus kerana dimurahkan rezeki dapat bercuti membawa keluarga. Memang best, kalau tengok gambar2 aje pun dah boleh agak betapa bestnya sampai kita teringin nak pergi ke China. InsyaAllah.
Satu nak cakap la… saya vote gambar M.Yus mendandan anak2 tu sebagai gambar paling mahal 🙂 sentimental value gitu
Terima kasih saudari Ina, saya sangat suka komen saudari.
Negara China adalah salah satu negara yang perlu kita lawati, banyak perkara yang boleh kita pelajari dan renungi daripadanya. Semoga saudari juga dimurahkan rezki membawa keluarga ke sana.
Salam.
Best gak melancong..target hujung tahun pergi pulau sipadan..pakai duit tuisyen..hehehe
Tiada yang mustahil. Telah ramai yang mendapat manfaat daripada pendapatan tuisyen. Berkat dan lumayan.
Ok MY.semoga semakin ramai yang mendapat manfaat daripada blog MY dan dapat membuat pendapatan yang agak lumayan
Terima kasih dengan doa tuan Farhan.
wow bestnye melancong…bile aku plak hehehhhe,nak p langkawi pun xsampai lagi…
Tuan Isham, saya dah tulis di diari untuk ke China ini sejak Februari 2009. Dan ianya terbukti berlaku. Dan sepatutnya flight kami pada Mei kemudian tunda ke Nov dan akhirnya sampai juga.
Salam my,
saya pun rasa teruja nak pegi sana, nak melawat tembok besar cina, nak baring atas salji macam my buat tu….. saya nak kumpul duit dulu….
W’slm Cikgu Eddy.
Saya tak sempat baring kerana tak tahan sejuk. My wife siap berguling-guling atas salji namun gambar beliau tak wajar untuk tatapan umum 🙂 .
Tembok besar adalah tempat wajib lawat kerana saya sangat teruja kawasan yang sangat besar dan tinggi di bukit bukau. Siap ada landasan keretapi yang boleh sampai ke Rusia. Fuhh…
Wah, cerita n ayat bukan main, macam novel…memang mempengaruhi dan telah dipengaruhi…
Tapi, apa2pun, nak gi wat umrah dulu di Mekah dan melawat makam Rasulullah di Madinah…
Yakin, tahun 2011 untuk menunaikan umrah…I can do it…Amin…
Perancangan kami, nak ke tanah suci apabila anak-anak dah mula tahu proses berdoa. Pada waktu itu, abby & ummy akan ajar mereka berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan agama.
Teknik doa dengan gambaran seperti yang pernah saya tulis di post yang lepas.
Teknik doa itu perlu dipraktikkan selalu dan istiqamah…Percayalah bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rezeki…Percayalah…
Salam MY,
Terima kasih atas kesudian email MY pada saya.
Untuk pengetahuan My, saya telah dapatkan Buku MY di MPH seremban baru-baru ini. Terima kasih kerana telah memberikan tips2 yang berguna pada saya yang baru ingin menceburi bidang ini.
Arigato’..
W’slm Saudari Jamaliah.
Terima kasih kerana telah mendapatkan buku saya. Semoga ianya memberi manfaat untuk saudari memulakan tuisyen.
Selamat maju jaya!
Salam MY,
Wah seronok nya dapat ke Beijing ya…
Terigin juga nak pergi bila baca cerita menarik Yus tu..
InsyaAllah kalau rezeki nanti …
thanks atas sharing cerita yang menarik…
W’slm Tuan Zaki. Ya memang seronok banget dapat main snow. Macam rusa masuk kampung dibuatnya. Jakun… 🙂
Orang sana cadangkan April musim bunga sangat cantik. Bonga Ros warna warni di tepi jalan.
InsyaAllah cadang akan kesana lagi tahun mendatang.