Tip penting ke Pulau Lombok Indonesia

Share

Salam hormat buat stalker yang suka usha teratak buruk ni.

8 hingga 10 Disember 2015 adalah sejarah pertama kali kaki aku berpijak dibumi Lombok. Kepulauan yang sangat cantik dibahagian utara Bali.

Percutian yang lama telah dirancang tetapi last minute juga beli tiket flight.

Cuma kali ni aku bercuti bersama-sama 10 orang geng Traders United. Yang paling besh mentor saham aku pun join sama. Itu yang paling mahal trip kali ni. Boleh lepak lama dengan dia beb.

Ok so bagi korang yang teringin nak ke Pulau Lombok, aku senaraikan beberapa perkara penting yang korang boleh jadikan panduan.

1. Booking tiket flight dan hotel dari AirAsiaGo.com lebih murah. Ada kawan aku booking 2 hari sebelum pun boleh dapat tiket flight murah giler. Pergi RM88 balik RM0. Hotel je mahal sikit. Total sekitar RM800++.

Aku booking seminggu sebelum dapat RM1400 flight + hotel. So jika korang booking lebih awal lebih murah.

2. Kami stay kat Chandi Hotel Resort bertaraf 4 star dan mendapat ranking antara terbaik di internet.

Lokasi di Senggigi. Ada private beach. Dekat dengan bandar Lombok. Dekat dengan jeti ke Gili.

Ada kawan aku dari Lombok memang rekemen kami stay kat area Senggigi. Sebab dekat nak kemana-mana tempat yang menarik dan banyak kemudahan kat situ.

3. Beach kat Senggigi pun cantik giler. Boleh snorkling dari tepi pantai jer. Melihat kecantikan batu karang dan ikan-ikan. Semua peralatan snorkling pihak hotel sediakan.

4. Dari hotel di Senggigi ke Jeti Lombok lebih kurang 20 minit. Dari Jeti Lombok ke Pulau Gili juga lebih kurang 20 minit.

5. Ada 3 Pulau Gili. Gili Air Gili Trawangan Gili Sepi. Korang tak dinasihatkan stay sana sebab hotel dan makan 3 kali ganda harganya. Melainkan memang korang ada bajet banyak dan nak lepak pulau jer so boleh la stay sana.

6. Disebabkan kami datang 10 orang so kami charter satu bot khas ke 3 Pulau Gili. Kekami jer tak campur dengan orang lain. Kos sehari bot hanya 2 juta jer. Dengan 2 orang pembantu bot. Kami boleh lepak mana-mana Gili sampai petang.

7. Gili Trawangan lebih havoc dan ramai foreigner sana. Coz sana banyak bar dan pub. Sesuai untuk berjimba.

Gili Air lebih relax dan santai. Sesuai untuk korang yang nak honeymoon.

8. Jika korang datang 2-3 orang nak ambil bot dari Jeti Lombok ke Gili tiket sekitar 100k – 200k seorang. Tengok bot apa korang naik.

9. Alatan snorkling semua pihak bot sediakan. Aku cadangkan korang isi perut siap-siap dari hotel. Breakfast kasi penuh. Gerak jam 8 pagi dari hotel. Jangan perut kosong sebab korang senang kena mabuk laut. Laut sana ombak besar-besar.

10. Tukar duit kat area Senggigi. Boleh dapat rate yang bagus. Jangan tukar kat area Airport dan area Pulau Gili. Sana agak mahal.

11. Makanan yang besh kat Senggigi korang kena try kat Ayam Bakar Taliwang dan seafood Menega. Makan tepi laut. Memang enjoy dan sedap-sedap.

12. Jika korang nak massage cari tempat yang betul. Coz ada yang tak betul. Tanya orang sana.

13. Jika korang lama kat sana boleh la pergi air terjun. Dan boleh gak la pergi area gunung berapi. Kami tak kesana pun.

14. Jika korang nak surfing boleh ke Pantai Kuta Lombok. Sana ombak lagi besar dan memang tempat surfing. 20 minit dari Airport Lombok.

15. Kami charter van Toyota Hiace boleh muat 15 orang dengan kos 1 juta sehari dengan seorang driver dan seorang guide. Minta je bawa kemana nak pergi dorang akan bawa.

16. Flight Air Asia hanya ada 2 kali je. Satu pagi satu petang. So bagus datang awal pagi dan balik petang. So perjalanan nak balik ke Airport boleh la singgah beli ole-ole.

Percutian kali ni memang sempoi dan santai. Kami banyak lepak dan relax tepi pool tepi laut sambil menghirup udara yang sangat nyaman.

Aku belanja beberapa pic yang mampu membuatkan hidung korang berdarah. Hahahaha….

– MY –
www.MasterYus.com

#TradersUnited
#MomentumTraders

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment