Salam bahagia pembaca semua. Sejak dua menjak ini saya sedang sibuk menguruskan beberapa projek-projek baru hinggakan terabai ‘Property’ yang satu ini (blog yang sedang anda layan ini la).
Namun sesibuk mana pun, saya tetap akan curi-curi masa juga untuk bercucuk tanam di ‘property’ ini. Dan kebetulan pada hari ini, Khamis 22 April 2010 adalah hari yang amat bermakna dalam kalender kehidupan saya dan isteri. Dah 4 tahun kami telah diizinkan tuhan melayar bahtera sebagai suami dan isteri yang sah. Tanggal 22 April 2006, saya telah melafazkan pengakuan sebagai suami kepada Noorizan Md Noor bertempat di Masjid Kulim, Kedah. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun kehidupan kami, tuhan telah izinkan kami hidup dalam keadaan bahagia bersama 2 orang zuriat iaitu Noor Balqis Sofiyyah & Noor Marissa Mya Zara.
Bersempena dengan ‘anniversary’ ke-4 ini, suka untuk saya kongsikan kegembiraan kami kepada kawan-kawan sekalian. Saya tak mengharapkan sebarang hadiah (tapi kalau nak bagi juga, saya tak tolak 🙂 ), atau apa-apa ganjaran, hanya doa daripada kalian semoga hubungan kekeluargaan kami dikekalkan hingga ke syurga, itu sudah memadai bagi kami.
Dan suka untuk saya kongsikan beberapa tawaran yang mungkin boleh anda peroleh manfaat daripadanya. Dapatkan kesemuanya disini:Â http://masteryus.com/anniversary/
Wahai kawan-kawan sekalian doakan kami bahagia dunia & akhirat ya!
Penulis,
MasterYus.Com
Oh ye, MasterYus rasenya kita pernah berjumpa di tempat parking dekat tempat Perhentian Bas Putra berhampiran dgn PWTC semasa Pesta Buku @ Pameran Buku baru-baru ini. Kalau tak silap Master Yus ketika tu pandu kereta Toyota bersama keluarga. Ketika tu saya bersama ayahanda saya (guru tuisyen gak) dan anak sulung saya mencari2 parking. Hajat kami pada masa tu nak menghadiri dan mencari bahan2 bacaan utk Pusat Tuisyen Kami (Pusat Tuisyen Kesuma) dan utk anak2 agar mereka tidak ketandusan ilmu…
Oh ye ke? Mungkin saya tak perasan masa tu. InsyaAllah nextime jika berselisih dengan saya tegur-tegurlah ya! Terima kasih sudi singgah ke teratak buruk ini.
Semoga cikgu terus sukses dengan apa yang diusahakan.
Selamat Maju MasterYus…. walaupun dah 8thn berkahwin dan mempunyai 3+1(coming soon) cahaya mata dan bergelumang dgn tuisyen sudah 14thn saya masih tak dapat capai aper yg MasterYus capai…. jealousNYA
Tapi yang pasti saya akan berjumpa MasterYus dan attend seminar, Insyallah
SEMOGA MASTER YUS SUKSES SELALU DAN DOAKAN KEJAYAAN SAYA…AMIN
Terima kasih dengan doa Cikgu Naza. Saya amat hargainya.
Kadang-kadang saya lebih jelous dengan orang lain yang mempunyai kualiti masa maksima bersama keluarga tercinta. Saya ini masih berkerja seperti biasa.
Semoga cikgu turut berjaya dan terus membantu anak bangsa. InsyaAllah kita pasti berjumpa suatu hari nanti 🙂
congrats master Yus. seronoknya dengar cerita orang. moga bahagia selalu.
Thanks saudari Nurul. Seronok juga dapat komen dari saudari. Dan semoga ceria-ceria sokmo 🙂
tiada yang lebih menggembirakan saya selain membaca cerita kebanggan seorang suami terhadap isteri dan keluarganya. (buat saya nak menagis tau). Semua lelaki Malaysia (terutama yang Melayu – sebab jarang mereka buat) patut ambil ikhtiar dari master Yus.
Selamat menyambut ulangtahun yang ke 4 ! ! !
Terima kasih Mas. Saya hanya menjalankan tanggungjawab seperti yang pernah dilafazkan 4 tahun yang lalu. Saya sangat sayang isteri dan keluarga saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik untuk mereka apa yang mampu saya lakukan.
congrate master yus dan saya doakan semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah…
Thanks Cikgu Ainil, amin.. Saya juga doakan cikgu akan berjaya dan bahagia bersama keluarga tercinta.