Sabtu, 9 Oktober 2010 saya berkesempatan untuk hadiri Seminar Pakar Produk Digital oleh Guru Usahawan Internet Malaysia iaitu Tuan Zamri Nanyan yang diadakan di Hotel Cititel, Mid Valley KL. Dalam masa seminggu, saya berkesempatan untuk hadiri 2 seminar berkaitan Perniagaan Internet.
Penampilan khas, jutawan internet sebenar bertaraf antarabangsa iaitu Patric Chan sempat meluangkan masa beliau hampir 2 jam untuk berkongsi ilmu berharga kepada peserta yang hadir.
Jujurnya, saya berasa sangat berpuas hati dengan kandungan seminar ini. Terlalu banyak ilmu yang dikongsikan oleh Zamri dan Patric sebagai orang yang berpengalaman dalam industri Perniagaan Internet yang berjaya. Pada awal Januari lalu, saya telah hadiri Seminar Pakar Affiliate kelolaan mereka dan kali ini saya pasti tiada ruginya untuk dihadiri.
Baiklah, sebagai bonus kepada pembaca setia blog ini, saya berbesar hati untuk kongsikan apa ilmu yang telah saya terima seharian di seminar tersebut.
1. Apakah rahsia kekayaan usahawan-usahawan di internet? Pertama, hasilkan produk sendiri. Kedua, hasilkan produk yang banyak. Ketiga, hasilkan produk dengan cepat dan berkualiti. Keempat, membina nama dan rakan JV yang ramai. Kelima, senarai client yang ramai.
2. Apakah contoh produk digital yang boleh dihasilkan dan dijual di internet? Audio, video, ebook.
3. Apakah senjata yang wajib untuk lakukan perniagaan internet? Laman web, surat jualan, grafik yang profesional, borang langganan dan cara bayaran yang memudahkan pelanggan.
4. Apakah jentera yang membantu untuk pemasaran produk yang dihasilkan? Autoresponder, senarai emel, rakan JV dan networking.
5. Tip bonus.
Apa pula yang jutawan internet Patric Chan kongsikan? Hanya 5 slide sahaja daripada beliau, namun penuh dan sarat dengan informasi yang berguna. Pengalaman 100% eksklusif daripada beliau.
Slide 1, gambar beliau dengan seorang jutawan internet US (nama saya tak ingat). Yang saya ingat gambar diatas villa seluas 2 ekar dan bernilai 10 juta dollar US.
Slide 2, Bagaimana Memperoleh RM10,000 dari internet.
Slide 3, Customer List. Slide 4 & 5 saya tak sempat salin (terpegun dengan ilmu yang beliau kongsikan secara LIVE)
Banyak tak yang peserta dapat? Bagi saya, sangat banyak dan berbaloi-baloi. Bukan senang individu seperti Zamri Nanyan dan Patric Chan untuk meluangkan masa mereka berkongsi pengalaman 100% secara LIVE.
Ramai juga usahawan-usahawan internet glamour yang hadir. Antaranya Bro JaMaL, Bro Si Ka Lang, Bro Muaz Hadi, Bro Gero Azrul, Bro Rahman Basri, Bro Smartzul, Bro Mazlie Nadzri, Bro Suthan M dan beberapa orang lagi. Inilah masa untuk usahawan-usahawan internet berkumpul dan bersua muka. Waktu lain, mereka sibuk dengan bisnes masing-masing.
Saya akan terus dahagakan ilmu. Saya akan terus untuk belajar daripada pakar yang benar-benar ingin membantu. Saya akan terus untuk hadiri mana-mana seminar yang benar-benar telah terbukti keberkesanannya. Saya akan terus untuk kenali mereka-mereka yang telah berjaya. Dan saya akan terus untuk bertindak dengan sedikit ilmu yang saya terima.
Saya kongsikan gambar-gambar sepanjang seminar berlangsung (credit diberikan kepada Bro Gero Azrul dan Bro Zahirudin dengan bidikan lensa mereka)
Memang best…bertindak itu lebih penting…
Bertindak pantas lebih utama. Ada orang dah mula bertindak, tapi masih belum tercapai apa yang hendak digapai.