Selamat Hari Raya Eidulfitri 2010, Maaf Zahir dan Batin.

Share

Salam muhibbah pembaca sekalian.

Tahun 2010 ini memberikan banyak makna kepada kehidupan saya dan keluarga. Sedar tak sedar kita telah masuk ke fasa suku kedua tahun ini. Syukur saya panjatkan kepada tuhan dengan keizinanNya, beberapa projek dan perancangan sepanjang tahun ini telah terlaksana. InsyaAllah saya akan kongsikannya di post hujung tahun nanti ya!

Tahun 2010 ini juga kita amat beruntung kerana kita diberikan keizinan untuk meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-53 pada 31 Ogos lalu pada bulan serentak kita berpuasa. Ianya pasti memberikan jutaan keberkatan dalam sambutan yang setiap tahun diadakan. Sebagai rakyat yang menapak di bumi Malaysia ini, kita perlu berasa syukur atas segala kemewahan, kesenangan, kedamaian, kemakmuran dan ke…ke..yang lain. Jika nak dibandingkan dengan beberapa negara jiran kita, pastinya kita lebih baik dan beruntung dengan apa yang kita telah nikmatinya sejak 1957 yang lalu.

Dan beberapa hari lagi, umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Eidulfitri selepas sebulan duduk dalam Universiti Ramadhan yang mulia. Semoga kita dapat mempelajari banyak perkara di universiti tersebut. Dan semasa blog ini ditulis, kita berada di penghujung Ramadhan dimana didalamnya terdapat 10 malam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Dan didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan tak lain dan tak bukan adalah Lailatul Qadar. Saya menyeru diri saya sekeluarga dan pembaca setia sekalian untuk memanfaatkan peluang istimewa yang tuhan telah hidangkan kepada kita. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan bertahajjud kepada tuhan serta merenung kembali segala nikmat yang telah tuhan kurniakan kepada kita semua. Semoga kita semua penuhi malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan mengingati tuhan maha pencipta.

Pada tahun genap (2010), adalah giliran saya berhari raya di sebelah keluarga mertua di Kulim, Kedah. Apa yang menariknya disana, sepanjang bulan Ramadhan keluarga disana akan berbuka puasa bersama-sama setiap hari. Ada lebih kurang 4-5 keluarga yang akan berkumpul bersama-sama berbuka puasa. Ya, memang meriah. Mereka telah amalkan sejak bertahun-tahun yang lalu.

InsyaAllah saya dan keluarga akan pulang ke Kedah pada Isnin 6 September selepas waktu berbuka. Seminggu kami akan berada disana dan seminggu juga saya bagi staf-staf kesayangan saya bercuti. Lama tu…

Berkesempatan dengan ini, saya Yusnizam Yusoff aka Master Yus sekeluarga ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh rakyat Malaysia, pembaca setia blog ini, protege-protege SeminarTuisyen.com & GuruTuisyen.com, pembeli buku-buku saya di CikguTuisyen.com dan UsahawanTuisyen.com, anak-anak murid, kenalan dan kawan-kawan di seluruh dunia’

Andai saya dan keluarga ada tersalah kata, terlanjur bicara, tersilap gurau senda, saya mohon jutaan kemaafan daripada semua. Dengan kemaafan masing-masing mudah-mudahan ianya akan mendapat keampunan dan keredhaan daripada tuhan yang Maha Esa. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Saya juga doakan kepada anda semua, semoga di hari lebaran nanti akan mendapat 1001 barakah dan kebaikan dalam menjalin hubungan sesama manusia.

Saya dedikasikan gambar dan kad raya digital yang sempoi ini kepada semua. Semoga ianya ada manfaat antara kita semua.

Ikhlas menulis:
MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment