Revolusi laman web Social Network semakin menjadi-jadi sekarang ini. Banyak manfaat kita boleh dapati daripada web rangkaian tersebut. Salah satu yang sedang dan paling popular sekarang ini adalah facebook.
Tujuan utama ber’facebook‘ adalah sebagai media sosial iaitu untuk menjejak kawan-kawan lama, berkenalan dengan rakan-rakan baru, bertukar pendapat, idea dan berbual-bual. Kita perlu faham dengan syarat yang diberikan oleh pihak pengurusan facebook. Jika kita langgar peraturan mereka, maka kita layak untuk disingkirkan sebagai ahli.
Facebook bukan media cetak seperti surat khabar, komik, buku dan majalah. Jadi jangan dengan sewenang-wenangnya untuk kita jadikannya sama fungsi seperti media cetak. Bermacam-macam tulisan dan bentuk promosi tanpa etika yang betul.
Ramai yang telah maklum, penangan facebook ini sungguh luar biasa. Ramai orang telah menjadikan facebook sebagai laman web wajib mereka buka setiap hari. Saya sendiri akuinya. Setiap hari selain saya buka emel, blog dan laman web saya, facebook juga saya tak akan lepaskan.
Pernah dengar istilah ‘soft selling‘? Di facebook kita tak digalakkan dengan sewenang-wenangnya mempromosikan produk yang kita jual atau servis yang kita jalankan. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan promosi. Bukan semua orang yang ada dalam ‘friend list‘ kita setuju dengan promosi yang kita jalankan. Saya sendiri akan rasa rimas dan sesak dengan promosi yang bukan-bukan. Dan akhirnya, saya akan remove mereka ini dalam senarai kawan saya.
Gunakanlah kaedah soft selling. Mulakan dengan berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru. Apabila mereka bertanya apa yang sedang anda lakukan, barulah beritahu mereka khidmat tuisyen anda. Dengan cara ini, maka mereka akan memperkenalkan anda kepada sesiapa yang benar-benar perlukan khidmat tuisyen anda.
Bila ada kenalan atau rakan lama yang tambah (add friend) kita di senarai mereka, maka mereka akan lihat profail kita terlebih dahulu. Mereka akan baca wall atau notes yang pernah kita tulis. Daripada situ mereka dapat baca, siapa sebenarnya kita.
Strategi yang amat berkesan adalah, kenal rakan-rakan facebook anda dahulu. Jangan terus sogokkan dengan produk/khidmat anda. Anda cuma perlu letakkan link diruangan profile dan information akaun facebook anda. Biarkan kenalan anda mengodek profile anda dahulu. Mungkin kenalan lama juga bertemu di facebook tetapi masih belum tahu perkembangan terbaru anda. Jika kawan lama yang dah kenal anda pun, belum tentu mereka boleh terima promosi anda secara terus. Inikan pula kenalan yang baru beberapa saat anda add mereka.
Tip yang paling berkesan menggunakan facebook sebagai pendedahan kepada bisnes yang anda sedang usahakan adalah mulakan dengan bertukar-tukar pendapat/pandangan/cerita/maklumat/tip dan lain-lain lagi. Mulakan dengan memberi, jangan sekali-kali ada unsur memaksa (membaca iklan anda).
Saya sendiri ada mendapat panggilan daripada parent yang hendakkan khidmat tuisyen. Saya tanya kepada parent tersebut menerusi panggilan telefon, “Puan dapat nombor saya daripada mana?”. Parent tersebut menjawab “Daripada facebook“.
Ada seorang rakan kenalan online saya yang mendapat projek, juga menerusi facebook. Beliau seorang web designer dan sering berkongsi di wall facebooknya tentang teknik design. Nampak, susah ke nak dapat projek?
Banyak lagi cara dan kaedah berkesan untuk menghebahkan khidmat tuisyen anda. Banyak juga medium untuk tujuan promosi. Saya akan kongsikan dari masa ke semasa. Promosi khidmat tuisyen anda amat penting. Jika kurang promosi, kuranglah permintaan tuisyen anda. Sedangkan diluar sana, permintaan tuisyen sebenarnya amat banyak. Cuma anda yang kurang tonjolkan diri dan khidmat tuisyen anda.
Facebook adalah salah satu medium untuk anda tonjolkan diri anda. Secara tak langsung anda sebenarnya telah menonjolkan khidmat tuisyen anda. Gunakan kelebihan facebook dengan berhemah. Jika nak promosi gila-gila, gunakan tempat yang sepatutnya.
Saya akan cuba kongsikan lagi cara dan kaedah berkesan untuk memperkenalkan khidmat tuisyen anda di post yang akan datang. Memang tak rugi anda selalu lawati MasterYus.Com, kerana saya makin bersemangat untuk berkongsi bila mana semakin ramai yang membaca perkongsian saya yang tak seberapa ini. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi impak kepada banyak pembaca.
Terima kasih.
Penulis: Master Yus
Sumber Artikel : MasterYus.Com
Sumber Rezeki : Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa
saya sudah mula promosi perkhidmatan tusyen saya di FB sekarang menggunakan kaedah page yang diajar oleh SmartZul…
Syabas Hazar, saya telah menjadi fans club di page tersebut 🙂