Program Membina Minda Usahawan Cemerlang, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya KL.

Share

Salam gemilang kepada pembaca setia blog ini.

Syukur alhamdulillah pada Rabu 23 Februari 2011 bermula jam 4 hingga 6 petang, saya telah diberi keizinan oleh Allah Ta’ala untuk bertemu dengan 150 mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya KL. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berseloka dan bermain. Mungkin inilah yang boleh saya katakan apabila telah dijemput untuk memberikan pengisian kepada siswa dan siswi.

Terima kasih kepada Dr Faizal (pensyarah yang mengendalikan program ini) yang sudi menjemput saya untuk berkongsi pengalaman kepada mahawasiswa/i. Program yang diberi tajuk ‘Membina Minda Usahawan Cemerlang‘ kepada lebih 150 orang mahasiswa/i, telah mengingatkan saya kepada nostalgia semasa saya bergelar siswa beberapa tahun yang lalu di UM ini. Pada waktu itu kita hanya duduk mendengar daripada penyampai, namun pada kali kita pula yang berada dihadapan untuk berkongsi kisah dan pengalaman kepada umum.

Program ini adalah pengisian kredit bagi subjek keusahawanan yang juga subjek wajib fakulti kepada mahasiswa/i Universiti Perdana ini.

Kerjasama dan respon daripada mahasiswa/i sangat best dan marvelous. Program berjalan dalam keadaan yang sangat happening dan keterujaan. Beberapa sesi yang diberikan penglibatan penuh oleh mahasiswa/i. Saya sangat suka dengan semangat dan kerjasama yang diberikan. Sepanjang pemerhatian saya, tiada seorang pun mahasiswa/i yang mengantuk walaupun program dijalankan pada waktu yang amat sesuai untuk landingkan diri 🙂 . Ini membuktikan mahasiswa/i UM memang aktif dan produktif.

Terima kasih kepada semua pensyarah, mahasiswa/i dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga kepada sahabat dan tim saya yang sudi membantu iaitu saudara Fairus dari FairuzSulaiman.com serta Cikgu Amran dari www.KelasTuisyen.com

Sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan, saya minta maaf bagi pihak diri saya dan tim yang terlibat. InsyaAllah ada rezki kita akan ketemu lagi di lain masa.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment