Bagaimana Motivasi dapat memajukan diri

Share

Apabila kita sebut Motivasi pasti ada orang yang akan mengaitkan Moti Basi. Asyik-asyik kena ceramah. Ini adalah mentaliti segelintir masyarakat kita.

Tanpa kita sedari Motivasi ini amat penting dalam diri. Saya sendiri nak cetuskan Booster dalam diri ini dengan Motivasi. Jika tidak, satu kerja pun tak boleh buat.

Bermula dari bangun tidur, saya akan dahulukan dengan ucapan ringkas Hamdalah ‘Alhamdulillah’, tanda bersyukur saya diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan. Kemudian saya akan ‘Senyum’ menandakan saya nakkan kegembiraan pada hari tersebut. Selain itu senyum di pagi hari adalah petua ‘Awek Awet Muda’. Kerana otot-otot muka akan mudah aktif dan pengaliran darah berjalan lancar.

Seterusnya saya akan melakukan senaman paling ringkas di dunia iaitu ‘Menggeliat’. Juga sebagai fungsi peredaran darah yang lancar dan melakukan regangan sendi-sendi.

Saya akan berkata di hati kecil ” Hari ini aku nak lakukan lebih baik daripada semalam”.

Dan selepas itu barulah saya akan menuju ke tempat yang sepatutnya dan lakukan aktiviti rutin lain. Inilah rutin harian saya. Dan biasalah, bila kerja sendiri ni, lepas Subuh adalah waktu yang adventure bagi saya. Lebih-lebih lagi melihat anak-anak yang masih dibuai mimpi indah.

Setiap pagi saya akan menyemak emel-emel dalam inbox untuk saya balas. Dan sambil-sambil itu buka juga Maybank2u melihat progresif akaun kesayangan saya. Inilah Motivasi saya untuk teruskan usaha memberitahu tentang kehebatan Tuisyen di mata Rakyat Malaysia.

Selepas membaca akhbar online, kadang-kadang saya akan membaca buku-buku Motivasi berkaitan pengurusan kewangan, perniagaan Internet dan hartanah. 3 jenis lapangan buku ini menjadi inspirasi perjalanan hidup saya. Saya rasakan banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari bagi memastikan kehidupan keluarga saya tidak terabai dalam aspek kewangan khususnya.

Ye la kawan, saya berkerja hanya sebagai Cikgu Tuisyen, saya perlu pandai mengurus masa dan juga perbelanjaan bulanan keluarga tercinta saya.

Isteri dan anak-anak saya adalah sumber inspirasi dan motivasi utama saya di rumah. Merekalah harta yang sangat berharga yang saya ada. Mak abah jauh dari pandangan mata, jadi merekalah pengganti kepada keluarga besar saya.

Oh ya, apabila bercakap tentang motivasi ini, pada Sabtu 25hb April lalu 2-4 petang, saya dijemput oleh Cikgu Syarifah, pengusaha Pusat Tuisyen Malkhah Seksyen 11 Shah Alam untuk memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tahun ini.

Kita sebagai orang Islam disuruh untuk ingat mengingati antara satu sama lain dan Nabi Muhammad sendiri mengajar kita supaya menyampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain demi kebaikan bersama.

Dengan itu saya merasakan terpanggil untuk memberikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan anak bangsa kita. Walaupun murid-murid yang hadir dalam 30 orang pada progam tersebut, saya percaya ilmu yang saya kongsikan jika diamalkan sedikit sebanyak akan memberi saham kepada saya, InsyaAllah.

Jika anda ada sumber inspirasi dan motivasi, bolehlah berkongsi diruangan komen pada post kali ini. Mungkin dengan itu akan memberikan semangat kepada pembaca lain dan seterusnya memberi manfaat kepada semua.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment