Pelancaran Traders Lounge oleh 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd.

Share

Tanggal 1 Muharram 1437 Hijriyyah bersamaan 14 Oktober 2015 bermulalah satu lembaran sejarah baru bagi para pedagang sawo matang di bumi Malaysia.

Hasil daripada cetusan idea optimis yang digarap oleh guru dan juga Mentor Saham yang kami kagumi Tuan Hj. Mohd Asri maka secara rasminya Traders Lounge dilancarkan.

Tak sampai 2 bulan segalanya telah menjadi kenyataan.

Segalanya ini disokong dan didokong penuh oleh syarikat 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd. dimana 3 orang yang asalnya menjadi sahabat baik dan harini menjadi ‘Director’ kepada 9 Equity.

Siapakah 3 orang tersebut?

Tak lain adalah Master Yus, Roslinah Laikoi dan Adibah Musa.

Sejak 2012 kami bertiga masih setia menyokong perjuangan guru dan mentor kesayangan kami Tuan Hj. Mohd Asri.

Alhamdulillah…Kesetiaan inilah yang menyatukan kami bertiga bersama guru dan mentor kebanggaan kami Tuan Hj. Mohd Asri dengan tertubuhnya 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd.

Matlamat 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd. sangat jelas iaitu untuk menambah nilai dan memandaikan anak bangsa dalam dunia pelaburan khususnya pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Majlis pelancaran semalam dimulakan dengan majlis bacaan yasin dan doa selamat oleh beberapa orang ustaz dari Darul Syifa’.

Kemudian majlis diteruskan dengan ‘Market Outlook penghujung 2015’ yang menampilkan beberapa orang pakar dari industri iaitu Tn Nik Ihsan, Tn Azizul, Tn Firdaus (Oppa) dan Tn Hj Mohd Asri sendiri.

Seterusnya majlis perasmian dan pelancaran ‘Traders United’ dan ‘War Room’ oleh Tn Hj Mohd Asri bersama kami bertiga.

Kehadiran para alumni sungguh tak disangka. Hampir 250 orang yang menjadi saksi kemeriahan acara semalam. Full house.

Dengan tertubuhnya Traders Lounge yang indah ini, bakal menjadi medan pertempuran pedagang-pedagang tegar Bursa Malaysia.

Dekorasi yang sungguh mempesonakan ini hasil buah tangan guru kami sendiri bersama isteri tercinta beliau.

Kami sangat yakin, semakin ramai anak bangsa yang telah mula celik saham. Dan angka ini bakal bertambah dari masa ke semasa. Dan kita bakal melihat semakin ramai pedagang-dagang tegar yang aktif di Bursa Malaysia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga buat barisan mentor kejayaan Dr. Hj. Azizan Osman, Dato’ Dr. Nazri Khan dan juga Tn Hj Mohd Asri.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir semalam. Sokongan dan doa dari semua pihak amat kami sanjungi.

Didoakan anda yang membaca coretan ringkas ini semakin kaya berjaya ceria bahagia dan gembira sentiasa.

Penulis jalanan : www.MasterYus.com

image

image

image

image

image

image

image

image

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment