Saya sering ditanya oleh subscriber di emel berkenaan dengan “Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan tuisyen?”
Saya akan jawab “Tak perlu modal”. Ya kawan, nak mulakan tuisyen tak perlu modal kewangan. Apa yang perlu ada pada diri anda, adalah ilmu yang anda nak ajar. Itu sahaja.
Namun anda jangan salah faham dengan maksud saya ‘Tak perlu modal’. Modal yang saya maksudkan adalah duit. Anda tak perlu lakukan seperti nak mulakan perniagaan pusat tuisyen. Nak buka pusat tuisyen sememangnya perlukan Modal Yang Besar untuk Set-up, beli peralatan, pemasaran, dan banyak lagi.
Namun untuk mulakan ‘Home Tuition‘, modal anda adalah mulut sahaja dimana anda perlu beritahu orang lain tentang anda ada lakukan khidmat mengajar tuisyen. Siapa orang-orang yang anda perlu beritahu? Jiran, saudara mara, kawan-kawan dan kenalan baru anda.
Ada orang tanya lagi “Buku-buku untuk mengajar? Itu juga perlukan modal.”. Hai kawan, kita perlu kreatif dan jangan sempitkan pemikiran kita. Hari ini banyak sumber percuma yang boleh kita peroleh daripada internet. Gunakan kemudahan dan peluang tersebut. Jika anda langsung tiada duit untuk beli sumber rujukan, dapatkan di internet yang mempunyai ratusan malah ribuan sumber.
“Minyak motor/kereta?”, wahai anak muridku sekalian. Itu merupakan perkara asas untuk bergerak, jika anda taknak keluarkan duit untuk guna transport, anda bolehlah jalan kaki sahaja. Ye la, pergi rumah jiran jer untuk ajar tuisyen, buat apa nak naik kenderaaan? Kan free tu.
Jika anda dah mula dapat sumber/income tuisyen yang pertama, gunakannya untuk tujuan promosi yang lebih bagus dan berstrategi. Income tuisyen biasanya boleh cecah RM300-500 sebulan untuk satu kelas. Banyak tu. Promosi amat penting untuk menghebahkan khidmat anda kepada lebih ramai orang. Jangan buat promosi tanpa perancangan. Jika tak kena cara, buang masa sahaja.
Anda boleh juga gunakan wang hasil pendapatan tuisyen untuk membeli buku rujukan ataupun buku latihan. Selebihnya, buatlah simpanan. Saya pasti dan yakin, akan ada peningkatan status kewangan anda di kemudian hari.
Jika anda ada pengalaman dan pandangan yang boleh dikongsi bersama pembaca, sila tinggalkan komen anda di ruangan bawah ini. Semoga pembaca mendapat manfaat, dan anda mendapat pahala daripadanya.
slm, kuar modal gak.. minyak kereta dgn buku.. tapi berbaloi.. cuma yg x berbaloi bila agen homu tuition yg buat hal.. menyakitkan,, ada ke patut mak bapak nk terminate atas alasan personal issue dari mereka.. not me.. but then.. the agent said this is your fault.. i lost my buss. because of u.. bengkak giler.. nie pn komisyen ntah mcm mana.. buat motivation jatuh je
saya ini baru lepas diploma,minat mengajar,so kalo saya nk bukak pusat tuisyen boleh ke,plus pegajaran kat sekolah agak berbeza dari tahun ke tahun seperti tahun ini syarat lulus spm makin ketat,siapa2 yang pegalaman silalah emaol or coment ye
ini..promosi mouth to mouth lah, boleh modal RM3 utk duit minyak aje..
kalau nak edar flyrs, bleh gak…budjet mini, buatlah flyr saiz lebih kecil dr A4. kalau 500helai ada 1000flyr..biasanya 10% memang sangkut punya! lagi2 sape duduk Kem Sg Besi atau Desa Tasik..he,he,he dulu saya duk sana..memang pulun habis kat quarters tu..
cubalah tawan dulu hati mak bapak..baru tackle anak!..pasal anak tak de duit nak bayar, yg bayar mak bapak…ringan-ringankan mulut tu jumpa diaorang. Nescaya, diaorang jadi tukang promosi percuma untuk kita!Insyallah..
Penggunaan flyers juga boleh memberikan kesan terhadap perkhidmatan tuisyen kita. Cuma saya lebih suka menggunakan medium internet sebagai hebahan. Kita perlu beritahu 1 dunia bahawa kita adalah Cikgu Tuisyen, baru orang kenal dan mudah mendapat job seterusnya. Hingga satu tahap tak menang tangan nak terima semua job tersebut.
Salam..
Mula-mula dulu sy buat tuisyen..tak keluar seposen pun..kecuali duit minyak motor RM3 masa tahun 2003, itupun sebab nak pergi kedai buku..
duit buku, parents yg bagi..pastu kita apalagi, gilah beli untuk diaorang. First time aje..keluar RM3 tu..pastu bulan-bulan, maintain, ajar betul-betul, insyallah..parents suka kat kita..pasti dia hantar anak dia sampai hujung tahun..seposen tak keluar!
kalau ajar betul2, lagi dia sponsor duit minyak motor kita…tak caya, ajarlah betul2..he,he,he
RM50 masa mulakan tuisyen.Tak tahu nak mula macam mana.Buat pamplet kecil – kecil edarkan kat rumah orang kaya. Lepastu register dalam internet.
@Cikgu Hazar: Betul tu Hazar, inilah beza orang yang berilmu dengan orang yang kedekut ilmu.
@Suria Suriatie: Bab Promosi ni saya boleh simpulkan sebagai ‘Kuasa Iklan’. Ada cara disebaliknya. TQ dgn share dan melawat blog ini.
@Cikgu Yenny: Dasat tu RM50 je dah boleh mulakan tuisyen 🙂
betul kata MY, nak mulakan tuisyen tidak perlukan modal besar.macam saya hanya RM 50 untuk membeli alat tulis sendiri ,name kad, fail dan buku rekod tuisyen.
” Promosi amat penting untuk menghebahkan khidmat anda kepada lebih ramai orang. Jangan buat promosi tanpa perancangan. Jika tak kena cara, buang masa sahaja.”
Baris ni amat penting dan menjadikan apa yg Mstr Yus katakan berkaitan tak perlu modal.
Sy sendiri mempunyai pengalaman viral marketing ni. Seingt sy, sy cuma ceritakan faedah produk yg sy gunakan. 3 hari lepas tu, 6 pelnggan datg membeli produk dr sy.
Hebahan dan hubungan baik adalah penting dalam jangka masa panjang.
boleh dikatakan takde modal kalau kita tau rahsianya…tapi utk tau rahsia tu yg kene bayar…ilmu mana yg percuma sekarang…masuk Universiti pun kene bayar beb…