Mini Seminar ‘Hidup Senang & Tenang Dengan Hanya Kerja Sendiri’

Share

Assalamualaikum dan salam jutawan buat semua!

 

Saya amat percaya, 90% daripada kita sering mengalami situasi seperti ini ;

  1. Masih tercari-cari Peluang Terbaik yang boleh dijadikan Sumber Pendapatan Tambahan.
  2. Terlalu banyak sangat Peluang yang hadir tetapi tidak tahu dan tidak pasti untuk memilih mana satu yang sesuai dengan diri sendiri.
  3. Dah cuba buat itu, buat ini, kerja itu dan bisnes ini, namun masih Tidak Berhasil.
  4. Dah ’fed-up’ kerja dari pagi hingga malam tapi gaji masih ciput.
  5. Dah bosan dengar leteran boss, gosip kawan sepejabat dan politik kerja yang kotor.
  6. Kerja dah bertahun-tahun tapi kehidupan sama sahaja, tiada perubahan pun.
  7. Stress asyik sibuk sahaja hingga tak ada masa untuk keluarga.
  8. Hutang tak pernah selesai, malah makin bertambah lagi.
  9. Dapat gaji asyik habis sahaja, setiap bulan ’Cashflow’ negatif.
  10. Mak abah dah bising, hidup sekeluarga langsung tidak pernah berubah.
  11. Jeles tengok kawan-kawan yang makin maju dalam hidup.
  12. Nak bermula, tapi tak tahu mana satu nak mulakan dulu.
  13. Dah bertahun-tahun menanggung beban ’black-list’.
  14. Anak-anak ajak pergi bercuti, selalu bagi alasan sibuk kerja sedangkan sebenarnya tak cukup duit.
  15. Asyik cari kerja dan tukar kerja, tapi gaji tak pernah naik.
  16. Selalu gaduh suami isteri sebab duit belanja tak pernah cukup.
  17. Kawan-kawan melancong luar negara setiap tahun, kita nak melancong
    dalam negara pun tak pernah.
  18. Dari dulu sampai sekarang masih guna kereta kecil, sedangkan
    keluarga dah makin besar.
  19. Simpanan ASB, Tabung Haji, ASW, Takaful masih belum ada lagi, sedangkan orang lain simpanan tersebut dah nak penuh.
  20. Stress yang amat Kritikal dengan Kehidupan.

 

Jika 20 Perkara Negatif tersebut sering menghantui anda, maka sudah tiba masanya untuk anda Berhijrah. Bawa diri anda keluar dari belenggu masalah tersebut. Hijrahlah dari kepompong Makan Gaji kepada Kerja Sendiri.

 —————————————————————————————————————————————————-

Siapakah Master Yus?

Saya sedar masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum mengenali saya. Tidak mengapa, saya masih sedar yang saya bukan artis mahupun selebriti. Saya hanyalah seorang Penganggur Kehormat yang seronok melakukan apa yang saya suka.

Sejak menamatkan zaman SPM di Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya, saya ke Matrikulasi Pulau Pinang dan meneruskan pengajian Ijazah di Universiti Malaya dalam bidang ’Information Technology (Management)’.

Sejak bergelar Graduan UM tahun 2005/2006 yang lalu, tiada mana-mana majikan yang sudi menggaji saya. Maka saya telah bertekad dan bersungguh-sungguh untuk tidak kerja makan gaji. Saya telah memilih ’Kerja Sendiri’. Ya saya sangat suka apa yang saya lakukan hingga kini.

 

Saya berusaha keras, saya dapat pendapatan lebih banyak.

 

Saya buat sebarang kerja, tiada siapa yang boleh ’pressure’ saya.

 

Saya rasa nak pergi bercuti, saya tidak perlu ambil MC.

 

Saya nak buat itu, buat ini, saya yang buat keputusan sendiri.

 

Saya Bebas, saya Merdeka, saya Freedom, saya Bos, saya Majikan, saya Pekerja, saya Suka Kerja saya, saya berhak Kerja Sendiri!

 

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tiada jaminan hidup?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tidak boleh sara keluarga?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tidak boleh dapat fasiliti bank?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ akan gagal dalam hidup?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tidak boleh hidup senang?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tiada Pendapatan Bulanan?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ dipandang hina?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tiada matlamat masa depan?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ boleh jadi muflis?

Siapa kata ’Kerja Sendiri’ tak boleh kaya?

 

Saya nafikan sekeras-kerasnya 100% kenyataan diatas. Semua itu TIDAK BENAR!

Sejak 2008, saya telah pergi bercuti setiap tahun, malah tahun 2011 dan 2012 setiap bulan saya pergi bercuti ke luar negara. Saya telah sampai ke Indonesia lebih 15 kali, ke Filipina lebih 10 kali, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Dubai, Australia dan juga ke Mekah & Madinah menunaikan Ibadah Umrah membawa keluarga. Walaupun masih banyak negara yang masih dalam idaman, saya amat yakin untuk memijakkan kaki kesana.

 

Sedar tak sedar, dah lebih 7 tahun saya Kerja Sendiri.

 

Dalam tempoh tujuh tahun jagung ini juga, dah banyak pengalaman yang telah saya timba. Pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan. Pengalaman menyelusuri perjalanan kerjaya.

 

Baiklah, sangat tak adil jika saya merasai keseronokan ini bersendirian. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Saya amat percaya, dengan sedikit perkongsian ini, ianya akan memberi manfaat kepada diri saya dan orang lain.

 ———————————————————————————————————

Suka saya untuk berkongsi bagaimana ;

  1. Memilih ’Kerja Sendiri’ yang Minima Modal dan Maksima Profit.
  2. Ada (BMW) Bijak Mengurus Wang sebagai seorang yang ’Kerja Sendiri’.
  3. Trik Menikmati Fasiliti Bank untuk pinjaman kenderaan, hartanah dan perniagaan.
  4. Menetapkan sesuatu kerja dengan ’Bina Sekali’ dan ’Kutip Hasil Berkali-kali’
  5. Membina ’Branding’ dan ’Nama Glamor’ untuk menjemput ’Projek-projek Bagus’.
  6. Memasang ’Sistem ATM Power’ yang setia menyedut ’Wang Besar’ masuk ke akaun sendiri.
  7. Mencipta ’Peluang’ dan ’Produk’ dengan Pantas dan Cepat.
  8. Menyimpan Rahsia ’Formula Jutawan RM1,000,000’ ke Peti Rahsia.
  9. ‘Kerja Sendiri’ masih berjalan 24 jam walaupun anda sedang bercuti.
  10. Memilih ’Kerja Sendiri’ yang kena dengan jiwa dan minat anda.

 

Dan saya lebih suka untuk memberikan Bonus Extravaganza kepada anda ;

  1. ‘Step by step’ bagaimana nak mudah lulus pinjaman kenderaan dan hartanah.
  2.  ‘Check list’ Kewangan dan membina Profil Kewangan seorang ‘Investor’
  3. Strategi berbisnes hingga ke luar negara.
  4. Peluang Besar JV Bisnes dengan saya dan kenalan-kenalan Usahawan saya.
  5. Senarai dan analisa 20 Jenis Kerja Sendiri yang Sangat Be$h.

 

Wahai kawan, anda perlu tahu bahawa hadir ke mana-mana seminar/bengkel/kelas/program dan seumpamanya memberikan banyak manfaat ;

  1. Ilmu dan pengalaman yang dikongsikan terus dari pakar dan proven sukses.
  2. Ber’network’ dengan speaker/trainer dan peserta lain yang hadir.
  3. Dapat Cara Berkesan Penyelesaian Masalah berdasarkan pengalaman.
  4. Menambah kenalan-kenalan baru yang terbukti sukses dan positif.
  5. Bertukar-tukar bisnes kad dan kepakaran setiap peserta.

 

Seminar ini khusus kepada anda yang mahukan ;

  1. Kebebasan Masa berkerja.
  2. Mengawal sendiri aktiviti kerja.
  3. Memperbaiki dan menaiktaraf sistem kerja yang sedia ada.
  4. Mengendalikan kemasukan aliran wang yang deras ke akaun sendiri.
  5. Melakukan kerja dimana sahaja anda berada.
  6. Keluar dari kongkongan mulut Naga.
  7. Berjaya dengan Usaha dan Masa Sendiri.
  8. Kerja Sendiri menjadi Bisnes Sendiri.
  9. Bisnes Sendiri menjadi Bisnes Automasi.
  10. Bisnes Automasi menjadi Pelabur Sensasi.

 

Siapakah yang Layak hadir ke seminar ini?

 

  1. Pekerja makan gaji yang masih takut untuk lepaskan diri.
  2. Mahasiswa dan bakal graduan.
  3. Graduan yang masih tercari-cari Peluang Besar.
  4. Peminat TuJa (Tukar-tukar Kerja).
  5. Mereka yang ingin Berjaya dan Berjiwa Senang Kaya

 

Siapakah yang Tidak Layak hadir ke seminar ini?

 

  1. Penggemar 5D (Duduk diam-diam dapat Dugong).
  2. Biawak Komodo yang suka makan Bangkai Manusia lain.
  3. Pesakit Mental yang bercaj Negatif (-ve).
  4. Pengidap Sindrom dapat Ilmu tapi Tak Praktik.
  5. Si Penyerah Kalah.

 —————————————————————————————–

Khas untuk 25 Orang Terawal Sahaja!

 

Tarikh : 20 Januari 2013 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi – 1 tengahari.

Tempat : Master Training, Suite 1-3 Blok 4801, CBD Perdana, Cyberjaya.
(Landmark dekat dengan MMU Cyberjaya, sebaris dengan Restoran Saba Nasi Arab, Secret Recipe dan diatas Restoran Al-Jazeera)

 

Tiket Komitmen : RM49 Seorang

Maybank : Yusnizam Mohamad Yusoff (564137105888)

Selepas bayaran dibuat, sila emelkan Nama Penuh, IC, No HP, Pekerjaan, Emel dan Bukti Bayaran ke admin@kerjasendiri.com dan smskan juga detail tersebut ke 016-2383667.

 

Yang Ikhlas lagi Benar,

-Master Yus-
www.MasterYus.com

 

 

Penafian Penting | Mini Seminar ini bukan bertujuan untuk mempromosi sebarang produk seperti MLM, Insuran, Pelaburan Internet, Scam, Sistem Matrik, Skim Cepat Kaya, Politik, Duduk Diam Dapat Duit dan seangkatan dengannya.

 

 yus1

 

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment