Masa vs Wang

Share

Masa vs Wang. Wajarkah Masa berlawanan dengan Wang?

Petang tadi saya pergi ‘Service’ kereta. Setelah 1 jam 15 minit saya menunggu sambil semak emel dan baca newspaper, maka saya terima bil RM549.70. Fuh sangat senang dan sekejap duit melayang. Hanya dalam masa kurang 2 jam, amaun yang besar telah disedekahkan kepada bengkel. huhu..

Ada la dalam 3-4 buah kereta lain disitu dan saya percaya, empunya kereta tersebut mesti sedih kerana perkara yang sama berlaku seperti saya. Saya terfikir dalam kereta semasa memandu pulang ke rumah. Dalam 2 jam, bengkel tersebut boleh dapat RM2,500 jika saya buat anggaran 5 buah kereta x RM500 = RM2,500. Wow..besar dan banyak tu. Itu baru 2 jam, jika bengkel tersebut beroperasi 8 jam sehari, maka RM2,500 x 4 = RM 10,000 wohoho…

Sehari boleh jana RM10,000, 5 hari = RM50,000, 30 hari = RM300,000. Saya andaikan ‘Net Profit’ (Untung bersih), katalah hanya 30%/bulan, maka 30% daripada RM300,000 adalah RM90,000 sebulan. Ayooo…manyak nyaaa..Ini dari perspektif perniagaan memang besar.

Kita lihat pula dari sudut kepakaran individu. Masa saya di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa lepas, sempatlah juga saya ke Booth Kartunis untuk melukis potret ala-ala kartun. Saja sebagai kenang-kenangan. Saya, isteri dan 2 orang puteri saya, kami buat tempahan. Saya jeling jam sepanjang pelukis tersebut berkarya. Memang pantas, cekap, laju dan hasilnya memang sangat memuaskan. Gambar kami memang seiras walaupun dalam versi kartun.

Beliau mampu menghasilkan sekeping gambar hanya dalam masa 10 minit sahaja. Dan untuk sekeping gambar bersaiz A4, RM10 sahaja dikenakan.Yang beratur untuk menempah boleh saya katakan tak putus-putus.

Dalam hati saya berkata “Memang dahsyat dan amat mengagumkan. Anugerah tuhan yang amat bernilai”. Bukan semua orang ada bakat melukis. Setiap orang ada kelebihan dan kemahiran tersendiri.

Saya pun gatal-gatal dan buat sedikit kira-kira. Dalam masa 10 minit, boleh siapkan sekeping gambar dan beliau dibayar RM10. Ini bermakna dalam 1 jam RM60 beliau boleh dapat. Jika beliau hanya duduk melukis 8 jam sehari, maka RM 480 beliau akan raih. Kerja hanya duduk dan melukis dengan penuh fokus.

RM480 x 5 hari = RM2400 (seminggu), dan sebulan RM2400 x 4 minggu = RM9,600. Kerja hanya sebagai seorang pelukis. Modal hanyalah marker pen dan kertas. wow…

Jika nak dibandingkan RM9,600 dengan pekerja office, mungkin mengambil masa 3-5 bulan untuk meraihnya. Itu pun dengan ratusan jam malah hingga ribuan jam yang perlu diperuntukkan. Tak masuk pakej kena buli dengan Bos lagi 🙁

Saya memilih kerjaya tuisyen kerana sebab masa ini sebagai punca utama. Saya amat mementingkan kualiti masa kerja saya. Saya rasakan perlu dibayar dengan sewajarnya setiap masa yang saya peruntukkan. Saya tak rela masa saya dengan sewenangnya dieksploitasi oleh orang lain terutamanya majikan.

Saya telah sasarkan untuk memperuntukkan hanya 4 jam sahaja  sehari lakukan tuisyen. Ya, cukup hanya 4 jam sahaja sehari untuk saya berkerja. Masa selebihnya saya akan lakukan banyak perkara yang telah saya plan kan dalam kehidupan saya. Saya rasa tak perlu saya nyatakan disini.

Jika saya nilaikan 4 jam ini adalah sebagai sambilan, walaupun saya sebenarnya lakukan tuisyen secara sepenuh masa. Kawan, dulu saya memperuntukkan banyak masa dengan tuisyen untuk menjana wang besar. Namun hari ini, saya hanya peruntukkan 4 jam sahaja untuk menjana wang yang lebih besar.

Saya rasa puas dengan masa yang saya peruntukkan, dibayar dengan setimpal. Kerja lebih, ganjaran lebih. Dan yang paling best sekarang, masa yang saya peruntukkan sedikit, tetapi pulangan amat memberangsangkan.

Inilah nilai masa yang perlu kita selaraskan dengan wang. Orang yang bijak menguruskan masanya, maka akan berbaloilah pulangannya. Orang yang tak kesah dengan nilai masanya, maka tak bernilailah pengorbanan yang diusahakannya.

Jangan ambil mudah dengan masa kerana dengan masa inilah menjadikan bank semakin kaya, bisnessman semakin untung, manusia semakin tua dan tenaga semakin lemah. Jadi gunakan masa dengan setimpalnya dan bayar masa anda dengan sewajarnya. Saya hampir masuk ke Fasa 30-an beberapa tahun lagi, anda pula bagaimana?

Masa bukan lawan kepada wang tetapi masa adalah kawan karib kepada wang. Ini bermakna, setiap masa kerja kita adalah wang yang patut kita terima.

Hutang dah langsai? Kereta dah jadi milik anda? Rumah dah berapa? Kahwin? Anak-anak? Tabungan? Mulut bertanya, hati kita yang menjawabnya. Fikir-fikirkan…

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment