Manfaat daripada menghadiri True Wealth Open Day

Share

Saya berkesempatan menghadirkan diri ke True Wealth Sdn Bhd Open Day yang diadakan di pejabat mereka di Kelana Jaya. Saya sampai disana dalam jam 2.30 petang dan terus join sesi Author Talk yang disampaikan oleh Saudara Zahrul Azua iaitu penulis 2 buah buku berkenaan Info Marketing.

Apa yang beliau kongsikan adalah antaranya konsep AIDA yang beliau tukarkan kepada istilah PEMIKAT, cara bagaimana hendak memikat emosi pembeli supaya terus membeli produk anda, panduan untuk menarik perhatian pembeli dan beberapa perkara lagi.

Selepas sesi tersebut, sesi seterusnya adalah Saudara Zamri Nanyan. Namun sesi tersebut telah bertukar kepada sembang santai oleh beberapa otai yang hadir. Antaranya ialah saudara Osman Affan, saudara Gobala Krishnan, saudara Iszuddin Ismail, saudara Ihsan Bahri. Saya hanya sebagai pendengar yang setia, dimana banyak perkongsian dan perbincangan yang sungguh berinformasi daripada seorang demi seorang diantara mereka.

Mereka-mereka ini usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Saya berimpian untuk menjadi seperti mereka. Dengan cara menghadirkan diri ke sesi-sesi seperti ini dapat saling berkenal-kenalan sesama mereka.

Dan saya telah membeli 30 buah buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ (macam pernah dengar je tajuk buku ni 🙂 sebagai stok simpanan yang telah habis dirumah. Dan saya beli 2 buah buku ‘Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji‘ oleh Zulkifli Musa dan buku tulisan Gobala sendiri iaitu ‘Jutawan Era Baru‘. Buku-buku yang lain ada yang telah saya milikinya.

Saya bertolak pulang dari sana selepas solat maghrib. Saya singgah di Kerinci, Petaling Jaya berjumpa dengan beberapa orang rakan sambil berbincang tentang beberapa projek yang boleh dilaksanakan bersama. Terima kasih kepada Wak Fairuz yang menjadi sponsor pada sesi mengeteh dan mengenyangkan perut. InsyaAllah beberapa persetujuan awal telah dicapai untuk mengaplikasikan apa yang telah dibincangkan pada sesi mengeteh tersebut.

Sampai dirumah jam 12.30malam dan terus update blog ini untuk perkongsian dengan semua pembaca. Semoga ada manfaat daripada post kali ini. Saya tinggalkan dengan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

4 Comments

Add Comment