Kenapa perlu ada Mentor, Jurulatih dan Guru?

Share

Semalam saya berkesempatan menghadiri satu Grand Event yang sedang hangat sekarang ini iaitu Workshop Rahsia Tarikh Lahir-Kenali Potensi Diri. Saya rasa ada juga antara anda yang hadir semalam. Siapa yang hadir sila angkat tangan? Workshop ini yang dijalankan secara ‘Percuma’ oleh pihak Richworks Resourses dan dikendalikan oleh Dr Azizan Osman yang sememangnya pakar dalam bidang Metafizik memukau para hadirin yang hadir menjangkau 5 ribu orang. Fuhh..memang bergegar Mines International Expo & Exhibition Centre di Serdang.

Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Hadirin yang hadir tidak berganjak dan berpusu-pusu untuk mengetahui Rahsia Potensi Diri. Sungguh dahsyat dan hebat penganjuran yang sungguh luar biasa. Saya sebagai anak bangsa Melayu berasa amat bangga kerana ada orang yang mampu adakan event hebat seperti ini.

Antara ilmu yang saya peroleh semalam adalah Rahsia Kejayaan dan Kekayaan. Formulanya adalah Mentor + Ilmu + Sistem = Kejayaan dan Kekayaan. Banyak juga yang dikongsikan oleh Dr Azizan. Saya sungguh terbuka minda untuk berfikiran lebih jauh kehadapan. Teknik doa dengan gambaran, getaran diri, tarikan wang aka Money Magnet ( I am a Money Magnet ), Law of Attraction, Cara kurangkan stress dan banyak lagi sebenarnya.

Teknik penyampaian juga amat menghiburkan dan hadirin memang memberikan respon yang amat luar biasa.

Rupa-rupanya saya semakin sedar dan jelas bahawa jiwa yang saya ada memang lebih kepada berkongsi kepada orang ramai. Kerjaya tuisyen memang sangat bertepatan dengan diri saya. Saya lebih kenal potensi yang saya ada. Dan yang paling best saya juga dapat tahu serba sedikit potensi yang ada pada isteri dan anak-anak saya hasil daripada kajian Metafizik yang diaplikasikan kepada Rahsia Tarikh Lahir.

Saya juga merasakan Magnet Duit juga ada pada diri saya. Itu sebab kenapa saya terima terlalu banyak tawaran-tawaran yang tidak disangka. Wow..sungguh luar biasa jika kita ada ilmu seperti ini.

Dan saya juga bersyukur kerana selama ini saya berguru dengan orang yang betul. ‘Jika anda hendak wangi, maka berkawanlah dengan penjual minyak wangi’. ‘Jika anda hendak berjaya, maka carilah mentor yang telah berjaya’. ‘Jika anda hendak kaya, maka bergurulah dengan orang yang telah kaya’. Ini adalah ungkapan yang biasa kita dengar tetapi kita jarang jadikannya luar biasa. Faham maksud saya?

Tidak dinafikan, mentor/jurulatih/guru adalah amat penting dalam kehidupan kita untuk terus berjaya. Datuk Nicol David & Datuk Lee Chong Wei tidak akan bergelar pemain ranking pertama dunia tanpa jurulatih masing-masing. Cristiano Ronaldo tidak akan dinobatkan pemain terbaik dunia tanpa bimbingan dan nasihat coachnya.

Samalah juga, jika kita hendak berjaya dalam sesuatu bidang maka tak lain tak bukan kita perlu ada seorang mentor yang boleh membantu kita kearahnya. Saya sendiri mempunyai beberapa orang mentor yang sampai sekarang saya masih belajar dengannya. Jika ada masalah atau persoalan, saya tak segan silu untuk mendapatkan pandangannya.

Mentor diibaratkan sebagai jalan pintas dan cepat untuk kita belajar. Ramai orang yang telah berjaya menjadikan mentor mereka sebagai sumber rujukan. Dan nak berguru juga kena ikut prosedur dan protokol yang betul 🙂

Saranan saya, carilah mentor anda sekarang. Pastikan mentor tersebut adalah pakar dan berpengalaman dalam bidang yang hendak anda ceburi. Jangan malu dan terlalu merendah diri. Jika dah jumpa, gunakan cara yang paling berhikmah untuk rapat dan kutip ilmu mereka. Jaga adab ketika berguru. Ikut langkah demi langkah yang diajarkan.

Anda berminat untuk menjadikan saya Mentor anda?  Tepuk dada tanya diri sendiri. 🙂

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment