Kajian kaunter Three-A Resources Bhd.

Share

Salam bahagia pedagang tegar sekalian.

Malam ini pakcik rasa nak share apa yang pakcik nampak siang tadi semasa lepak di tepi laut.

Mungkin apa yang pakcik nampak, uols pun boleh nampak.

Dari segi FA uols boleh rujuk sini; http://www.three-a.com.my/

Namun dari segi TA, pakcik nampak kaunter ni seksi giler.

Selama ni pakcik hanya lukis guna teknik bayangan, namun kali ini agak rajin sikit dan itu sebab teruja nak share dengan uols.

1. Kaunter ni tiga kali cubaan pecah siling (resistance) tapi gagal. Dan hari ini (kali ke-4) secara rasminya dia pecah.

2. Ada pattern double bottom yang sangat seksi. Rujuk di www.finvids.com

3. Price close high RM1.05 dengan munculnya bapak marubozu.

4. Fresh break out 52 weeks high.

5. Volume pula sangat strong.

Pakcik tak tahu apa jadi esok lusa tulat minggu depan, bulan depan.

Namun short term trader macam pakcik ni, besh giler bila nampak kaunter macam ni.

Dan pakcik masih menggunapakai 100% teknik KISS. Bila kita betul, lets the profit run. Tapi bila kita salah, apa lagi kasi cut je tanpa belas ihsan.

Sebabnya Encik Market sentiasa betul.

Bermula esok, kita letak dalam ‘favorite’ dan monitor pergerakan kaunter ini. Dan pasti ada sesuatu yang kita bakal belajar daripadanya.

Pakcik doakan uols kaya berjaya dan konsisten mencetak wang besar dari pasaran saham.

– Master Yus​ –
www.MasterYus.com

 

3A

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment