Bulan Yang Mencabar Dan Tercabar

Share

Bulan ini memang bulan yang amat mencabar bagi diri saya.  Hari Khamis lepas 21hb, isteri kedua (laptop) dan modem streamyx saya rosak dipanah petir yang sangat kuat. Habis…esok (Isnin), orang streamyx akan datang untuk tukar modem. Dan saya pula kena ganti bini kedua saya yang baru.

Nasib baiklah ada back up laptop (saya ada 2 biji laptop) dan ADSL Router, boleh la juga update di blog ini. Tapi confirm kena beli laptop baru, kerana kos nak baiki laptop (kesayangan) lama berharga RM700++ huwaa..

Laptop lama saya tu memang amat bermakna dan berjasa kepada saya. (Laman web SeminarTuisyen.Com, terhasil daripadanya) dan beberapa lagi laman web saya yang lain. Pastinya saya akan jadikannya sebagai azimat dan barang perhiasan yang sungguh bernilai buat diri saya.

Cabaran saya bermula dengan 7-8 Mei, wife saya diberi MC kerana demam. 9 Mei SeminarTuisyen.Com berlangsung. 11-15 Mei wife saya masih lagi dalam status MC kerana suspek Denggi . 16 Mei saya sambut Hari Ibu dan si Marissa pula demam. 18-22hb wife saya ada kursus di PJ Hilton, namun 20-22hb beliau diberikan MC lagi kerana demam semula dan platlet kembali menurun.

Dan terbaru, si Balqis pula kena virus ‘Tangan Kaki Mulut‘. Hari ini baru beransur pulih dan kembali aktif.  Hampir seminggu juga dia asyik merengek susah nak makan kerana ada ulser yang teruk dalam mulut.

Nasib baik saya masih terhindar daripada jangkitan virus daripada Isteri dan dua orang Puteri saya. Sungguh adventure saya perlu menjaga dan memastikan emosi mereka tak terganggu.

Inilah nilai sungguh berharga bagi saya yang tak terikat berkerja makan gaji. Saya dapat meluangkan seluruh masa saya dengan keluarga untuk memastikan kesihatan mereka pulih seperti sedia kala.

Anak sulung saya, Balqis dalam proses meningkat belajar. Sebelum dia kena demam-demam dan penyakit ‘Tangan Kaki Mulut‘, saya ada belikan mini laptop bersuara (khas untuk kanak-kanak). Dia asyik sibuk nak (bantu aka mengganggu) saya menaip bila saya di depan laptop saya, so terpaksa la belikan dia sebijik. Baru aman sikit saya nak buat kerja internet.

Saya amat kagum dengan IQ Balqis, dia cepat untuk belajar. Dia boleh kenal huruf alphabet A-Z dan berjaya menekan keyboard dengan amat bagus bila ditanya huruf A hingga Z. Hanya beberapa kali belajar daripada Ummy dia, Balqis amat excited untuk terus belajar. Nombor 1-10 pun dia dah makin pandai. “Ummy, Abby jom Study ABC!” Inilah ayat-ayat manja si Balqis mengajak belajar.

Si Adik pula, Marissa baru 6 bulan, tapi dah boleh duduk dengan stabil. Saya belikan ‘New Walker’ dan dia memang amat lincah berjalan dengan sokongan ‘Walker’.  Dia dah kenal orang dan sungguh memilih takut dengan orang tak biasa tengok.

Wahai kawan pembaca semua, saya kongsikan cerita ini nak beritahu betapa bernilainya hidup berkeluarga dan dapat memberikan sepenuh perhatian kepada masa bersama mereka.

Dan selepas SeminarTuisyen.Com yang lalu, kelas tuisyen saya memang tak putus-putus. Bulan ini kelas tuisyen saya semakin kerap dan amat memuaskan. Kan saya pernah beritahu anda semua, saya terpaksa tunda dahulu SeminarTuisyen.Com untuk saya tumpukan dahulu kepada tuisyen.

Saya target income tuisyen saya akan naik 2 kali ganda daripada bulan-bulan terdahulu 🙂

Saya rasa tercabar untuk cover semula segala kos yang dah keluar sekarang ini. Saya yakin dengan income tuisyen, saya mampu merealisasikannya. Memang tak mustahil. Saya dah rasai nikmat income tuisyen.

InsyaAllah, saya akan jalankan juga SeminarTuisyen.Com untuk memberikan peluang kepada anda di luar sana merasai permintaan tuisyen. Banyak respon yang saya terima sama ada melalui emel, call untuk saya buat lagi seminar dalam masa yang terdekat ini.

Kepada anda semua, nantikan tarikh terbaru SeminarTuisyen.Com yang akan saya maklumkan sedikit masa nanti. Saya tahu dan amat yakin, anda juga dahagakan income seperti yang saya peroleh. Tunggu ya!…..

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment