Bengkel WordPress bina laman web peribadi dan perniagaan anda

Share

Semalam selepas selesai urusan saya di Bangi, saya telah daftar dan membuat pembayaran untuk ke BengkelWordpress.Com untuk sesi 13 Jun 2009 yang dikendalikan oleh Catzer. Siapa tak kenal Catzer boleh la sertai bengkel ini atau lihat disini BengkelWordpress.Com

Apa yang menarik minat saya untuk sertai bengkel ini?

Saya bukannya tertarik (jangan salah faham noo) dengan penyampainya (walaupun saya pernah jumpa 2kali, Catzer seorang frendly & epy go lucky person), apa yang penting saya nak terus belajar dan belajar daripada yang pakar & pengalaman.

Blog MasterYus.Com adalah blog pertama yang saya bina selepas beberapa tahun merancang. Dan banyak lagi yang perlu saya belajar tentang selok belok penggunaan blog menggunakan WordPress ini. Sebelum saya hendak pergi jauh dalam dunia berblogging ini, adalah lebih baik saya memantapkan ilmu dan rahsia tentangnya.

Saya langsung tak merasakan rugi untuk sertai BengkelWordpress.Com kerana saya yakin penyampainya (Catzer) seorang yang sememangnya pakar dan berpengalaman dalam bidang ini. Kandungan modulnya juga amat bagus, praktikal dan memang saya perlukan. Dan yang paling best, di bengkel nanti saya akan berjumpa dengan rakan kenalan baru yang juga mempunyai hasrat yang sama seperti saya.

Dengan yuran yang mampu bayar, sepatutnya anda yang berada diluar sana tak patut melepaskan peluang seperti ini. Dan saya difahamkan BengkelWordpress pada 13 Jun ini adalah yang terakhir untuk tahun ini di KL. Almaklumlah Cik Catzer kita ni sibuk dengan perancangan dan pelaksanaan projek-projek baru beliau.

Antara kandungan modul BengkelWordpress yang boleh saya kongsikan kepada anda semua adalah:

  • Modul Eksklusif 1: Pengenalan Dan Pemasangan WordPress
  • Modul Eksklusif 2: Konfigurasi Dan Kemaskini Laman Web WordPress
  • Modul Eksklusif 3: Membina Isi Kandungan Laman Web WordPress Anda
  • Modul Eksklusif 4: Membina 3 Model Laman Web Menggunakan WordPress
  • Modul Eksklusif 5: Pendedahan Eksklusif Menjana Trafik Ke Laman Web WordPress Anda

Kepada anda yang mempunyai kelapangan pada 13 Jun (Sabtu) ini dan ada minat nak lebih mendalami ilmu WordPress, jom bersama-sama sertai bengkel ini. Ada la juga kawan saya. Jika ada antara anda yang nak join saya, boleh la saya try apply dengan Catzer untuk dapatkan less price kerana saya bawa kawan-kawan dan datang by group (Group Cikgu Tuisyen). 🙂

Saya amat sarankan anda untuk sertai bengkel ini dengan niat untuk terus belajar. Kepada yang baru untuk berjinak-jinak memiliki blog dot com sendiri, membina perniagaan menggunakan perisian wordpress meh laburkan sedikit masa dan wang untuk belajar daripada yang berpengalaman. Memang tak akan rugi kerana kita akan membina network dengan lebih ramai orang, lebih-lebih lagi mempunyai mentor yang boleh membantu.

Tak sabar rasanya nak tunggu tarikh 13 Jun ini. Kali ini saya akan menjadi peserta pula yang duduk mendengar, berfikir, fokus dan bertindak. 🙂

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

5 Comments

Add Comment