12 tips memulakan Tuisyen

Share

Post kali ini eksklusif saya minta izin daripada Protege Berjaya SeminarTuisyen.Com batch awal dahulu iaitu Cikgu Hazaruddin yang masih lagi menjawat pangkat ‘Engineer‘ di Rawang.

Saya tak minta beliau menulis, tetapi saya minta izin daripada emel untuk saya ‘post’ kan di blog saya ini. Post ini adalah emel yang beliau berikan kepada seseorang yang minta pandangan dan pendapat beliau tentang tuisyen. Dan beliau ‘CC’ emel tersebut kepada saya.

Ini kandungan emel beliau yang saya langsung tak edit. Semoga anda yang membaca akan terbuka minda dan bermanfaat kepada semua. Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Hazar.

Assalamu’alaikum,

Tahniah kerana telah memilih jalan yang benar dan diberkati Allah
dunia dan akhirat untuk menjana pendapatan sampingan dengan
melakukan tuisyen, dimana anda menjadi cikgu, anda membimbing dan anda berkongsi
ilmu dengan pelajar-pelajar. InsyaALLAH.

Memang kebiasaannya, langkah pertama untuk melakukan sesuatu
pekerjaan itu adalah amat sukar. Walaubagaimanapun, jika kita dapat
memulakan langkah pertama, langkah seterusnya akan mudah dan saudari
akan terus berjalan dan berlari.

Saya, Master Yuz dan semua cikgu2 yang berjaya menjana pendapatan
lumayan dengan menjadi cikgu tuisyen sekarang ini, satu ketika dulu,
pernah menghadapi kesukaran untuk memulakan kelas pertama tuisyen
kami. Malu, tiada keyakinan, kekangan masa dan kenderaan merupakan
isu utama yang menjadi penghalang. Tetapi, kami dapat teruskan dan
berjaya menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menjadi
cikgu tuisyen.

Cikgu perlu meletakkan sesuatu impian sebagai satu motivasi untuk
cikgu melakukan tuisyen. Semasa permulaan dulu, saya meletakkan
majlis perkahwinan saya sebagai satu impian yang perlu saya
relisasikan. Jadi, nak tak nak, saya perlu juga menjana wang
sampingan untuk menampung kehidupan seharian saya dan boleh
menyimpan RM1000 – RM2000 sebulan. Oleh yang demikian, saya buang
rasa malu, saya susun jadual dengan betul dan saya mulakan marketing
tuisyen dengan penuh semangat yang berkobar-kobar (sampai kuota saya
penuh dan tak dapat layan incoming job…he he he)

Saya yakin, cikgu pun boleh melakukannya, cuma cikgu kurang sokongan
memandangkan di JB cikgu tiada network atau kawan-kawan yang
beriltizam untuk menjadi cikgu tusyen melayu seperti cikgu. Jangan risau,
saya, MY dan cikgu2 di sini bersedia membantu. Jangan segan silu
untuk bertanya soalan dan masalah. InsyaALLAH, sama-sama kita
membantu antara satu dengan yang lain. Inilah yang dinamakan pakej
long life coaching yang dikatakan MY. Knowledge sharing menjadi
keutamaan dalam pakej ini. Pesan saya, tidak semua orang tau tentang
semua perkara.

12 Tips untuk memulakan menjadi cikgu tuisyen:

1. Anda perlu ada ilmu yang hendak diajar (cth: BM, MATH, ENGLISH,
SCIENCE
etc.)

2. Anda perlu ada minat. Ini adalah kerana anda akan menjana wang
berterusan dengan menjadi cikgu tuisyen kerana ada minat. Jika minat
tiada, anda akan mengeluh dipertengahan jalan.

3. Anda perlu ada transport. (kereta, motosikal, bas, teksi,
basikal). Kawan saya di Pasir Gudang pergi mengajar dengan menaiki
basikal coz student adalah area kawasan perumahan beliau.

4. Anda perlu market diri anda. Ini kerana, andalah produknya dan
anda perlu market produk itu untuk dijual. Jangan salah faham dengan
“statement” saya ni ok. Cara pemasaran untuk mendapat student adalah
melalui online dan offline. Sila rujuk nota MY. Jangan malu untuk
tampal iklan diri anda atau memasukkan pamplet diri anda ke dalam
peti surat.

5. First interview. Ini adalah sangat penting kerana ibu bapa atau
student akan menilai kita pada first interview ini sahaja. Gunakan
trick2 yang telah diajar oleh MY masa seminar. Keberanian perlu ada.
Tema saya semasa first interview ni adalah “REDAH JEEEEE…ada
rezeki adalah”…Melalui pengalaman saya, interview ada beberapa
cara, online (chating, email dan phone) dan meeting
(berjumpa).Kebanyakkan ibu bapa suka mengambil cikgu yang smart dan
simple. So pastikan kita memakai baju yang sopan dan menampakkan
diri kita sebagai seorang cikgu yang smart dan santai tetapi bukan
seorang budak pejabat (kemeja dengan tali leher!!!). Mula-mula
parent akan menanyakan samaada anda adalah cikgu tuisyen full time
ataupun tidak. Kemudian mereka akan bertanya harga yang anda
letakkan untuk sejam. Kemudian mereka akan ajak untuk berjumpa (2nd
interview) ataupun terus memulakan kerja sebagai cikgu tuisyen
dirumahnya. Diskusi yang lebih lanjut diperlukan dalam bahagian ini.

6. Anda perlu ada material pengajaran. Saya nasihatkan untuk anda
mendapatkan buku-buku rujukan terkini yang anda boleh perolehi di
semua kedai-kedai buku di seluruh negara. Jangan lupa juga buku
latihan. Menjadi satu kelebihan anda jika anda berkawan dengan kawan
yang bergelar cikgu sekolah kerajaan. Perkongsian yang menaikkan
kreadibiliti anda sebagai cikgu tuisyen akan berlaku jika anda pandai
menggunakan kawan-kawan anda itu. He he he.

7. Anda perlu ada skill mengajar dan membimbing. Ini memerlukan
sedikit masa dan kesabaran. Jika tiada skill, bina skill. Setiap
orang ada cara masing-masing. Cari gali cara anda dan practice
semasa sedang mengajar. Jangan risau dan takut jika anda terasa
macam salah. Teruskan dengan penuh keyakinan dan perbetulkan dari
semasa ke semasa. Sertai mana-mana kursus yang berkaitan dengan
teknik belajar untuk meningkatkan mutu pengajaran anda. Itupun kalau
anda ada masa. Kalau takde masa, di youtube, kita boleh search
banyak teknik-teknik yang interesting. Saya rasa banyak yang MY
telah ajar teknik-teknik mengajar semasa seminar. Praktikkan. Jangan
simpan buat pekasam. Diskusi lanjut diperlukan dalam bahagian ini.

8. Anda perlu ada skill untuk berkomunikasi dengan ibu-bapa.
Komunikasi ini penting untuk mewujudkan perhubungan yang agak rapat
dan mesra dengan ibubapa. Inilah senjata saya untuk mengekalkan
menjadi cikgu tuisyen kepada anak-anak ibu bapa tersebut yang
seterusnya. Maksudnya dari abang, kakak hinggalah ke adik yang
paling akhir sekali. Saya yang mengajar mereka. Macam dah jadi cikgu
personel dah. Selain dari itu, komunikasi yang baik juga boleh
dijadikan modal dalam menetworkkan nama kita. Selain dari itu
kemahiran komunikasi sangat penting untuk anda meminta/memberi
peringatan bayaran yuran bulanan. Anda fikir2kan, ataupun diskusi
lanjut diperlukan dalam bahagian ini.

9. Anda perlu ada rekod pengajaran. Hmmm…saya ada saya
punya…bagaimana pula dengan anda…Rekod ini sangat penting untuk
merekodkan progress pengajaran anda. Rekod yang berbentuk jadual
yang simple yang mempunyai bahagian, tarikh, perkara yang di ajar,
masa mula mengajar dan masa habis mengajar. Ingat, kita bukannya
seperti memory komputer yang bila click boleh keluar semua. Lu pikir
la sendiri. Bahagian ini penting untuk orang yang bekerja seperti
saya.

10. Anda perlu ada bussiness card, resit dan cop anda sebagai cikgu
tusyen. Jangan kedekut untuk buat semua ini. Tak sampai RM50 pun,
malah lagi rendah dari itu. Bussiness card adalah untuk marketing,
manakala resit adalah untuk menunjukkan kreadibiliti anda sebagai
cikgu tuisyen yang berkaliber dan jangan lupa cop rasmi anda pada
setiap resit bayaran anda. Ibu bapa akan lebih yakin dengan anda dan
jangan lupa, apabila ibu bapa yakin, maka tunggula nama anda untuk
dijual kepada kawan-kawan atau jiran-jiran tetangga. Saya sudah
merasainya, anda pula macam mana. Buat, jangan tak buat.

11. Anda perlu ada motivasi. Ini kerana kadang-kadang, sebagai cikgu
tusyen yang masih bekerja, waktu rehat itu adalah minimum. Saya
sudah merasainya. Selain dari itu, bersedialah dengan bisikan-
bisikan negatif dari dalam hati kita untuk tidak pergi mengajar pada
hari itu. Saya sudah merasainya. Cara yang efektif adalah dengan
mempunyai ketegasan diri dan semangat untuk mencapai impian yang
anda telah letakkan seperti yang saya bincangkan di peringkat awal
tadi. Tema saya sekali lagi “REDAH JEEEE”. Selain dari itu, sokongan
orang disisi anda juga boleh menjadikan anda bersemangat untuk
melakukan tuisyen. Contohnya isteri, suami (bagi yang sudah
berkahwin), ibubapa (bagi yang masih duduk dengan ibubapa) dan
kawan-kawan yang berfikiran positif, seperti saya. Jadi berkawanlah
dengan saya. He he he. Untuk motivasi tambahan, saya cadangkan
bacalah buku bertajuk “Menjadi Jutawan” karangan Sdr Azizi Ali.
Dalam buku itu ada membincangkan perkara mengenai kepentingan
menjana pendapatan sampingan. Anda akan bersemangat dan terus
bersemangat.

12. Anda perlu ada jadual harian. Untuk yang bekerja seperti saya,
jadual harian sangat penting untuk anda mngurus masa 24jam yang
diberikan Allah kepada anda dengan optimum. Bersama-sama ini saya
sertakan jadual saya untuk panduan anda. Berbincang dengan ibubapa
atau pelajar untuk menyusun jadual anda agar ianya efektif untuk anda
dan juga student anda. Diskusi lanjut diperlukan dalam bahagian ini.

Anda perlu tahu bahawa menjadi Cikgu Tuisyen tidak susah seperti yang
digembar-gemburkan. Anda perlu cuba dahulu dan REDAH JE.

Selamat melakukan tuisyen daripada saya.

Wasalam.

Cikgu Hazar
We Teach, We Help, We Care

P/S: Sila email, call atau sms saya jika anda memerlukan bantuan dan
panduan. Tidak ketinggalan juga jika anda kurang bermotivasi,
hubungi saya untuk anda mendapatkan motivasi yang boleh boostkan
jiwa raga anda untuk melakukan tuisyen. InsyaALLAH.

P/S: Anda perlu ingat, menjadi cikgu tuisyen bukanlah satu skim untuk
anda menjadi kaya raya dalam sekelip mata. Ini adalah salah satu
cara untuk anda menjana pendapatan sampingan bagi menampung
perbelanjaan dan menambah simpanan anda disamping anda membuat amal
ibadat (menyebar ilmu dan membantu generasi baru). Jika betul cara
anda menguruskan kewangan anda, mana tahu anda boleh menjadi Cikgu
Tusyen part time yang pertama yang bergelar jutawan!!! InsyaALLAH.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

22 Comments

Add Comment