10 sebab Master Yus join StormReaders Network Sdn Bhd?

Share

Salam sejahtera semua pembaca. Kali ini eksklusif pengumuman daripada saya. Tak perlu berselindung lagi.

Dengan rasminya saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli StormReaders Network Sdn Bhd pada Sabtu 27 Februari 2010 yang lalu. Saya daftarkan diri selepas menghadirkan diri ke Vistana Hotel mendengar perkongsian daripada Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi. Beliau berkongsi bagaimana menjalankan perniagaan dengan sistem internet yang boleh diautomasikan. Sangat unik dan berkesan. Teknik yang beliau kongsikan sangat praktikal kerana beliau sendiri telah mengaplikasikan dalam perniagaan internet beliau. Dan istimewanya, saya join di bawah rangkaian beliau 😉 .

Sebelum ini, ada beberapa orang kenalan saya ada tawarkan tentang hal ini kepada saya, namun disebabkan saya sedikit tertekan untuk menyiapkan buku ke-2 saya, jadi saya terpaksa berikan prioriti untuk menyiapkannya dahulu. Alhamdulillah buku ke-2 saya telah di hantar kepada pihak penerbit iaitu True Wealth Sdn Bhd dan dalam proses untuk diterbitkan, insyaAllah.

StormReaders memang saya dah rancang untuk join dan ia merupakan salah satu projek saya untuk tahun 2010 ini. Saya dah tahu tentang StormReaders ini beberapa bulan yang lalu semasa ianya baru dilancarkan, namun saya kata pada diri “aku bukannya nak cepat kaya dengan daftar awal sebagai pioneer, aku akan join juga dengan plan dan strategi aku sendiri”. Itu yang saya pegang.

Seperti yang anda semua maklum,  StormReaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 dan sangat berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal di negara kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah , Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan lain-lain dalam pelbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

Baik, suka untuk saya kongsikan kepada pembaca semua, 10 sebab kenapa saya join StormReaders:

1. Saya suka membaca dan membeli buku-buku. Hobi saya mengumpul sebanyak-banyaknya koleksi buku mengikut kategori. Daripada perniagaan, motivasi, agama, pengurusan diri, kewangan, internet, hartanah, (buku-buku sekolah sudah tentu untuk ajar tuisyen). Membeli buku tak pernah rugi kerana dengan ilmu yang ada didalamnya, akan meningkatkan martabat dan produktiviti diri saya dan keluarga. Buku boleh disimpan sampai mati. Apabila saya membeli buku di StormReaders, saya akan dapat point dan boleh ditukarkan dalam bentuk duit. Maka secara langsungnya saya mendapat diskaun disitu.

2. Dari perspektif perniagaan, sebagai ahli di StormReaders saya akan dapat E-Shop. E-shop ini memberi saya kemudahan untuk membuat jualan buku-buku secara online. Oleh itu, apabila anda sertai StormReaders, anda juga telah memulakan perniagaan Internet dan mendapat 20% atas setiap jualan buku ikon-ikon motivator & agama di atas. Jadi sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan Internet menjual buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd, boleh menyertai StormReaders dibawah rangkaian saya.

3.  Di StormReaders juga menawarkan perniagaan Sistem Pemasaran Pelbagai Rangkaian atau lebih dikenali sebagai MLM (Multi Level Marketing). Apa yang menarik dan kelebihan di StormReaders, ianya 100% Syariah ‘Compliant’ dan Ustaz Zaharuddin adalah salah seorang Panel Penasihat Syariah. Anda kenal Ustaz Zaharuddin? Boleh layari blog beliau untuk lebih kenalinya.

4. Saya join dibawah rangkaian Jutawan Internet Malaysia yang telah menjadi idola dan perangsang saya iaitu Dr Irfan Khairi. Dan saya join disebabkan IK (singkatan kepada Irfan Khairi), menyediakan satu sistem yang mudah dan praktikal diberi nama SDA (Sistem Duplikasi Automatik). Apa itu SDA, akan diterangkan kemudian.

5. Tambah perniagaan. Ya, saya sangat suka untuk tambah koleksi perniagaan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan Perniagaan Internet. Jadi sekarang, saya dah tambah satu lagi koleksi perniagaan dalam hidup, yang perlu saya uruskan dengan jayanya. StormReaders boleh dijalankan 100% menggunakan medium internet dari sudut pembelian, penjualan produk dan mendapatkan downline.

6. Perniagaan MLM StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiahBukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang baik. Untung berganda = pendapatan + pahala.

7. StormReaders masih ‘fresh’ dan baru. Setakat dimaklumkan pada Sabtu lepas oleh ‘Big Boss’, En shah (ex kumpulan nasyid Brothers), ahli baru mencecah 1700++. Wow, ini satu peluang yang masih besar. Dalam perniagaan, terutama MLM, jika kita menjadi orang awal yang mengembangkannya, maka banyak kelebihan yang akan kita terima. Satu contoh paling dekat, bila sebut sahaja Industri Tuisyen, siapakah pelopornya? Tak lain tak bukan, yang sedang menulis ini..ehem..ehem.. 🙂

8. Suatu masa dahulu (sekitar tahun 2003/04), saya pernah dilonjakkan sebagai Leader di salah satu MLM (syarikat besar). Dan dah pernah merasa ‘income’ ribuan ringgit setiap bulan. Namun pada masa tersebut, saya terlalu ghairah dan ‘join’ tanpa strategi yang ampuh. Jadi saya banyak belajar daripada situ dan kali ini strategi dan sistem saya dah sediakan. Hanya aplikasikan sahaja. Saya yakin dengan diri saya. Dan jika anda berminat hendak sertai saya, jom saya kongsikan ilmu yang ampuh ini. Pastinya saya akan jayakan anda terlebih dahulu (siapa cepat dia untung).

9. Pahala + Pendapatan daripada perniagaan + Networking (kenalan baru) = Kepuasan. Wang bukan isu utama. Pendapatan utama saya di sumber yang lain. Saya merasakan sebagai Fardhu Kifayah untuk kita menyampaikan dakwah melalui bahan-bahan ilmiah dan agama. Dapat kumpul pahala jikalau disertakan dengan niat yang betul insyaAllah…

10. Menyokong 100% perniagaan dan produk bumiputera Islam. Saya terpaksa sokong. Dalam erti kata lain, dengan sokongan yang padu dan jitu.

Sebagai kesimpulan, anda yang konfiden dengan produk StormReaders, saya berpendapat tak perlu berfikir panjang lagi. Sertainya hari ini. Jika tak join dengan saya pun, saya tak ambil kisah. ‘No Heart Feeling’. Sekiranya anda konfiden dengan saya untuk membantu anda, jom sertai rangkaian saya. Saya dah lakar sistem dan strategi yang akan saya gunakan. Keberkesanannya kita lihat sahaja nanti.

Jika berminat, anda boleh tinggalkan nama & emel disini : http://masteryus.com/storm/

Saya akan ajarkan menerusi emel, strategi dan sistem yang akan saya gunakan dalam perniagaan ini. Ingat, sistem dan strategi ini tertutup kepada yang berminat nak tahu sahaja. Saya tak boleh kongsikan disini, kerana takut ‘Idea Keboom’ saya diciplak oleh orang lain 🙂 .

Semoga anda dapat manfaat, saya juga dapat manfaat bersama-sama anda semua. Selamat maju jaya!

Penulis,

Master Yus
http://masteryus.com/storm/

Saya kongsikan beberapa gambar dan video untuk anda semua.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

11 Comments

Add Comment