Winter Sonata, Beijing Isnin 4 – Ahad 10 Januari 2010

Share

Assalamualaikum semua pembaca. Aii..dah lama rasanya tak menulis versi diari. Teringat dulu zaman sebelum era internet berkembang, diari menjadi tempat untuk meluahkan dan berkongsi pengalaman manis. Jadi kali ini tiba-tiba Master Yus teringin nak berceloteh versi diari pula ya.

Post kali ini juga ditulis buat tatapan 2 orang puteri kami, Noor Balqis Sofiyyah & Noor Marissa Mya Zara. Biar mereka dah meningkat dewasa nanti, mereka dapat membaca ‘LIVE’ post ini.

Tanggal Isnin 4 Januari 2010 jam 12.10 tengah pagi, buat pertama kalinya kami 4 beranak menaiki penerbangan MAS daripada KLIA ke Beijing Capital Airport, China. Dan inilah juga pertama kali kami menjejakkan kaki ke negara tembok besar iaitu China. Beijing yang mempunyai populasi kepadatan penduduk 16 juta, adalah ibu negeri China.

Tiba di Beijing Capital Airport jam 6.30 pagi. Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam di dalam penerbangan MAS sungguh memenatkan. Abby terpaksa memangku si Balqis dan ummy seperti biasa berkepit dengan di Marissa. Dalam flight, kami dihidangkan dengan pembuka selera sandwich, kemudian beberapa jam selepas itu, makanan berat pula menyusul. Disebabkan bebanan yang agak besar dibadan (pangku kakak tidur), menghalang aku melantak hidangan daging black paper. Hanya bau yang menusuk kalbu dan menahan nafsu. Hanya sempat melelapkan mata beberapa jam sahaja sepanjang penerbangan.

Ketibaan kami disambut oleh cik adik manis selaku Tourist Guide yang kami panggil Amy. Gadis keturunan China yang pandai berbahasa Indon. Jadi agak mudah bagi trip kami, kerana si Amy fasih bertutur dalam bahasa yang kami faham. Seramai 16 orang rombongan kami kesemuanya dibawah ejensi Almaas Travel & Tour Sdn Bhd. Group kali ini boleh dikatakan bestla juga, kerana tak ada yang tinggi hidung. Semuanya happy go lucky. Aku dan isteri dikategorikan sebagai generasi pertengahan, kerana yang paling muda dalam group kami kali ini adalah tak lain dan tak bukan Balqis & Marissa. Bagus juga bawa mereka berdua, kerana sebagai penghibur kepada setiap kali tour.

Semasa di airport area, si Amy dah pesan untuk pakai pakaian tebal-tebal, tapi aku buat-buat boleh tahan (aka kebal). Nampaknya aku silap. Dengan selapis kemeja dan diselaputi baju ala-ala blazer (beli masa di Indon), bibir dan muka terasa macam kebas. Mana tak nyer, kami terpaksa tempuh cuaca sejuk -11 hingga -16 darjah celcius. Rupa-rupanya sehari sebelum kami sampai, salji turun dengan sangat tebal. Kehadiran kami dialu-alukan oleh winter sonata.

Yang paling kesian adalah kedua-dua puteri kami yang terus terkejut. Punya lah sejuk tak boleh nak cakap. Sejuukkkk gilerrrrr ….. (jika ada sound effect mesti anda tahu bunyi nya).

Naik bas menggigil. Nasib baiklah dalam bas ada sistem pemanas badan (heater) yang memang khas digunakan waktu musim sejuk (jika tak ada masaklaaa).

Kami terus dibawa check-in ke Hotel Majesty. Selepas mengenakan pakaian tebal (3 lapis), kami dibawa lunch. Pertama kali merasai masakan China yang terkenal dengan sup dan teh mereka. Boleh la juga telan. Nak kata best, tak juga. Makanan kita jauh lebih best. Namun disebabkan termasuk pakej dan perlu makan, maka kunyah dan telah sahaja la..Yang penting halal (pakej ICT, Islamic China Tour).

Petang kami dibawa ke Forbidden City. Melawat istana raja lama. Mengikut tradisi bangsa mereka. Istana yang sungguh besar. Kami 4 beranak tak turun bas, kerana 3 jam perlu tahan kesejukan. Nampaknya pilihan kami sungguh tepat, kerana makcik pakcik yang turun menyatakan kekesalan. “Erhhhrrr…sejuknyaaaaaa…” Sampai merah padam muka mereka semua. Cuaca sungguh sejuk. Bayangkanla -11 darjah. Selepas dinner, terus kembali ke hotel (hibernasi).

Hari ke-2, kami dibawa ke Summer Palace, Jade & Crystal Centre. Malam menyaksikan Acrobatic Show. Memang best. Real stuntman, lentokgurl, terbang-terbang, dan yang paling suspen, 5 buah motosikal dalam 1 gelung. Mereka berpusing dengan sungguh laju…wowwowoww…

Hari ke-3, kami semua telah bergelar pahlawan kerana telah merakamkan kenangan di salah satu tempat ajaib di dunia iaitu Tembok Besar China aka Great Wall. Pemandangan yang sungguh mengasyikkan dan cantik. Dan yang paling ajaib adalah sangat sejuk… Kenangan abadi di keajaiban dunia yahooo….

Hari ke-4 hingga 6 mana lagi jika tak shopping menghabiskan duit dan mengkayakan kerajaan China. hahaa.. Habis barang-barang murah diborong. I-Phone, Blackberry hanya sekitar RM 200 sahaja wowowo… I-Pod hanya RM30++. Digital Cam, Video Cam yang murah tahap tak waras.. Tas tangan (handbag wanita ler), sekitar RM20 dan jenama famous seperti Gucci, Coach, Lois Vitton (betul ke eja ni), dan lain-lain la..Kasut Adidas, Nike, Puma perghh..murah-murah giler..sekitar RM20-30 jer..Kemeja berjenama seperti Polo, Marlboro, Tommy Hillfire (hantam je eja ni) dan stylo serta cun habis. Nak dipendekkan (kesimpulan), syurga shopping dunia dengan pelbagai barang-barang murah. Kualiti boleh tahan la, tak tahu tahan berapa lama..Yang penting dapat merasa dan memakai barang-barang ratusan malah ribuan punya harga. Bak kata pepatah, biar harga murah tapi nampak stylo heheh (pepatah MY).

Satu tips paling penting untuk aku kongsikan, kena lawan harga dengan penjual. Dan mereka ni sangat agresif, siap tarik-tarik tangan ajak masuk kedai mereka. Dan yang pedihnya, dengan selamba amoi-amoi tu tarik tangan aku..huhh..kena kuatkan iman. Itu stail dorang meniaga. Bermacam-macam offer mereka bagi, dan mereka akan mulakan dengan harga yang sangat mahal setanding dengan jenama barangan yang mereka jual.

Aku bagi contoh, masa aku dok usha kemeja (jenama) dia buka harga 399 yuan bersamaan RM200. Dan bayangkan, aku dapat lawan harga hinggalah harga sebenar yang dia bagi kat aku adalah hanya 40 yuan sahaja bersamaan RM20. Haaa…korang kena blaja apa ilmu yang aku apply kan hehehe…Nak tau? Kena la bagi pengerasnyer…:-)

Blackberry harga buka 850 yuan=RM400++. Atlast boleh dapat 250 yuan sahaja=RM180++. Tak terer gitu?

Terdapat banyak perbezaan yang boleh aku kongsikan antara Beijing dengan Kuala Lumpur (ni pemerhatian aku sahaja kay, dan mungkin musim salji sahaja).

Pertama, jalan raya mereka berbeza arah dengan kita. Driver mereka di sebelah kiri dan bergerak disebelah kanan jalan. Pengangkutan utama mereka adalah bas (panjang-panjang dan murah belaka). Tambang hanya sekitar RM2 dan boleh pergi kemana-mana destinasi. Subway (train bawah tanah), teksi dan basikal. Amat susah nak lihat motosikal atas jalan raya. Si Amy kata, harga motosikal amat mahal. Lebih baik terus beli kereta atau naik basikal sahaja. Basikal sewa ada banyak disepanjang jalan. 50sen sewa sehari.

Kedua, masjid hanya kaum veteran sahaja. Itu pun adalah dalam 10 kerat. Tak tahula mana umat Islam yang muda-muda. Mungkin hanya solat dirumah sahaja kot. Tempat wuduk lengkap dengan heater dan kain untuk lap. Lepas ambil wuduk memang sejuk giler, kena air.

Ketiga, tandas-tandas awam mereka tak ada pintu hahaa…means open sahaja..waduhh..Yes, tak tipu. Ini apa yang si Amy katakan. Kami di offer untuk pergi lawat, namun budaya orang-orang kita masih utuh dengan adab. So group semua menolak. Tandas di restoran atau shopping complex pula tiada paip air..huwaaaa.. Setiap kali nak ke tandas mesti bawa botol mineral berisi air. Jika tak, bertayamum dengan tisu je la jawabnya…Air mereka sangat mahal dan kedekut. Dah sejuk bila nak kena air..Yang malu nak dikongsikan, di hotel sangat sejuk..Alkisahnya, mandi hanya sekali sehari kihkihkih…

Keempat, budaya cakap mereka sangat kuat. Bila mereka bercakap macam bergaduh..suara mereka ganas..memang itu style sembang mereka. Badan sama besar dengan kita cuma mereka lebih berotot jer..

Kelima, cara kerja mereka dengan sepenuh hati. Mereka berkerja keras untuk family. Ramai yang berniaga. Bangunan tinggi-tinggi dan canggih-canggih belaka. Kita perlu contohi sikap positif mereka ini untuk kebaikan diri masing-masing.

Akhir sekali aku nak luahkan rasa amat puas hati dan bersyukur kerana diberi keizinan untuk menikmati keindahan negara orang. Inilah bukti kekuasaan tuhan yang adil menganugerahkan nikmatNya.

Inilah kenangan terindah dalam hidupku sekeluarga menikmati salji dan kesejukan yang melampau. Pemandangan yang sungguh cantik dan memukau. Tak akan ku lupakan detik-detik bahagia di Beijing, China selama 7 hari bermula Isnin 4 Januari hingga 10 Januari 2010. Oh Beijing, akan ku jejakkan lagi kaki ku kesana. April adalah bulan yang boleh dianggap baik iaitu semasa musim bunga. Dan April ini jualah menjadi bukti ulangtahun perkahwinan antara aku dan isteriku yang tersayang.

Aku bersyukur dikurniakan isteri dan anak-anak yang sungguh bertuah. Aku jua amat bersyukur kerana diberikan nikmat masa bersama keluarga. Inilah nikmat yang mungkin orang lain sering mencemburuinya. Masa adalah milikku, bukannya milik orang lain yang sering mengongkongku. Aku masih lagi memegang rekod bersih menjadi antara rakyat Malaysia yang menjadi penganggur kehormat. Namun aku yakinkan diri, bahawa rezeki ditangan tuhan bukan ditangan manusia.

Tamat sudah coretan diari Master Yus. Kelakar juga rasanya bila nak tukar versi unformal ke formal ni :-). Orang kata jika kita menulis versi diari hanya untuk syok sendiri. Disebabkan coretan saya untuk dikongsi kepada umum, maka kenalah ayat skema sikit..tak gitu?…

Baiklah, kegembiraan kami di Bejing tak dapat nak diungkapkan hanya dengan kata-kata. Maka gambar-gambar dan video yang sempat dirakam ini menjadi bukti kata-kata saya. Buat tatapan semua, silalah komen apa yang anda rasa patut komen ya!

Flight jam 12 tengah malam waktu Malaysia

6.30 pagi, Isnin 4 Januari 2010

6.30 pagi, Isnin 4 Januari 2010

Menuju ke bas, sangat sejuk...nampak tu mulut MY keluar asap

Menuju ke bas, sangat sejuk...nampak tu mulut MY keluar asap

6 malam kami menginap disini

6 malam kami menginap disini

Restoran makanan halal

Restoran makanan halal

Bengkok-bengkok badan & tulang mereka. Tak sakit ke?

Bengkok-bengkok badan & tulang mereka. Tak sakit ke?

5 buah motosikal berpusing-pusing dalam gelung..wow..

5 buah motosikal berpusing-pusing dalam gelung..wow..

Jawapannya adalah pearl aka mutiara

Jawapannya adalah 'pearl aka mutiara'

Rasa macam nak kunyah je ais ni

Rasa macam nak kunyah je ais ni

Cam nak baring tapi sejuk tahap gaban...

Cam nak baring tapi sejuk tahap gaban...

di tempat keajaiban dunia, Great Wall

di tempat keajaiban dunia, Great Wall

Telah menjadi pahlawan China

Telah menjadi pahlawan China

Sungguh ajaib dan amat besar tembok ini

Sungguh ajaib dan amat besar tembok ini

Amacam boleh kena dengan selera anda?

Amacam boleh kena dengan selera anda?

Comey betul panda-panda macam amoi :-)

Comey betul panda-panda macam amoi :-)

Gaya fight minta harga murah

Gaya fight minta harga murah

Abby mithali mendandan anak-anak

Abby mithali mendandan anak-anak

kekenyangan selepas pekena masakan panas

ada gaya seorang model tak?

ada gaya seorang model snow tak?

Keberangkatan pulang ke Malaysia Negaraku

Keberangkatan pulang ke Malaysia Negaraku

Share

Related Posts

About The Author

30 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.