Wang, Ruang dan Peluang

Share

Pada Sabtu kelmarin, dalam Buletin Utama TV3 jam 8 malam, ada satu paparan yang amat menarik. Bukan pasal bola sepak, bukan juga tentang Virus H1N1, bukan juga soal artis kahwin cerai tetapi cerita tentang seorang anak muda yang baru berusia 20-an digelar Didie, hanya berkelulusan PMR tetapi mampu menjana RM24,000 secara kasar sebulan. Hanya sebagai seorang Usahawan Roti Canai.

Seperti yang disampaikan oleh pembaca berita tersebut, pendapatan kasar Didie sehari adalah RM 800. Dimana lebih 1000 roti canai dapat dihasilkan sehari dan dijual RM0.80 sekeping. Maka 1000 x RM0.80 adalah RM800 pendapatan kasar sehari. Jika RM800 x 30 hari, maka pendapatan kasar beliau adalah RM24,000 sebulan

Yang saya amat kagum adalah perniagaan beliau sungguh laris dan mendapat sambutan walaupun hanya dengan berbekalkan ‘Rahsia Roti Canai Didie‘. Saya tak mahu cerita panjang tentang beliau, anda boleh lihat sendiri disini: www.RotiCanaiDidie.Com  (seluruh dunia boleh akses pernigaan beliau tuuu..)

Fuh memang dahsyat dan hebat, jual roti canai pun boleh sempat buat website.  Saya memang tabik spring dengan semangat dan kesungguhan Didie untuk mengketengahkan dan mengkomersialkan roti canai yang kita lebih maklum roti canai biasanya terkenal di kedai mamak sahaja. 

Namun segala tanggapan ini meleset. Orang Melayu kita juga boleh berjaya dalam bisnes Roti Canai. Inilah yang saya boleh katakan pandai menggunakan ruang dan memaksimakan peluang yang ada.

Itu cerita tentang Didie. Saya nak kongsi pula tentang seorang lagi anak muda iaitu Natasha. Saya pun tak kenal perempuan ini, tetapi malam tadi sempat saya menonton rancangan realiti Mentor 3 di TV3 tentang wanita ini.

Ada slot/persembahan Bonus yang disampaikan oleh Natasha ini. Beliau tidak berjaya untuk menjadi Protege kepada Lah Ahmad (Ex VE) semasa sesi audition berlangsung.

Namun apa yang menarik dengan Natasha ini, walaupun tidak berjaya menyertai rancangan Mentor 3, namun beliau berjaya menggunakan peluang untuk mengedarkan ‘Pamplet’ dan mempromosi bisnes beliau.   

“Joinlah bisnes ini, dalam masa 1 tahun setengah boleh jadi Jutawan macam ayah saya”. Itu yang sempat saya dengar daripada mulut beliau (bisnes apa tak dinyatakan).

Fuh..memang sempoi dan persembahan Natasha malam tersebut boleh tahan juga la…Satu Malaysia tengok tuu..

Point disini, dia amat bijak menggunakan ruang dan peluang yang ada. Tak kira malu, tak takut salah, dan yang penting dia dapat mengembangkan bisnesnya. Semoga berjaya saya ucapkan kepada Natasha dan Didie.

Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Mei. Pekerja sektor Awam, akan tersenyum lebar dan bersemangat datang kerja minggu ini. Almaklumlah, gaji masyuk..

Sektor swasta dan seangkatan dengannya, tunggu minggu hadapan ya. 

Saya juga tak lepas daripada gembira menerima income. Minggu ini dan minggu hadapan adalah minggu untuk saya ‘collect’ yuran tuisyen daripada parents. Rasanya macam baru sahaja lepas ‘collect’, dah nak terima lagi habuan tuisyen.

Saya kira-kira, income tuisyen saya bulan ini memang meningkat secara mendadak. Boleh dan cukup la untuk cover 2 bulan income biasa. Pendapatan tuisyen, saya boleh target berapa kita boleh dapat.  

Nak lebih wang, kena la buat masa tuisyen lebih dengan strategi yang canggih. Jika dulu saya peroleh RM40-50 sejam, tetapi kini sejam saya mampu memperoleh hingga RM100++.  Memang berbaloi lakukan tuisyen.

 Saya akan gunakan segala Ruang dan Peluang yang terhidang untuk memperoleh Wang yang besar. Saya tak boleh abaikan perkara ini, kerana tuisyen adalah periuk nasi saya. Dan setakat hari ini, isteri saya bangga dengan pencapaian yang telah saya lakukan. Saya masih maintain untuk banyak masa bersama anak-anak dan isteri tersayang.

Anda pula? Boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

Share

Related Posts

About The Author

8 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.