Wabak Demam + Virus H1N1

Share

Post semalam saya ada kongsikan kepada pembaca tentang bagaimana nak mulakan tuisyen. Tetapi hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang isu semasa yang sedang hangat berlaku pada masa kini.

Hari ini satu dunia kecoh bercerita tentang wabak Influenza H1N1 aka Selsema Babi. Memang membimbangkan kerana wabak ini terbukti telah mengorbankan beberapa nyawa.

Di Malaysia tak lepas topik hangat ini. Tenggelam seketika isu gawat, walaupun sebenarnya isu gawat ini juga sangat berbahaya kerana terbukti telah membunuh kerjaya seseorang dan status kewangan mereka.

Bila cerita bab wabak ini, saya juga terasa bahangnya. Manakan tidak, dikawasan rumah saya boleh dikatakan setiap petang akan ada orang datang sembur (kes denggi).  Kes denggi sekarang ni pun hot juga. Meremang bulu roma saya fikirkan benda ni.

Nak ditakdirkan, penasihat kanan saya telah disyak terkena wabak denggi ini. Orang tersebut tak lain tak bukan, isteri saya. Sejak Khamis minggu lepas lagi beliau MC hinggalah Jumaat ini. Seminggu lebih beliau diberi rehat.

Saya makin cuak bila setiap hari isteri saya kena diambil darahnya untuk lihat progress. Sejak Khamis lepas, bacaan platlet semakin menurun hinggalah ke tahap kena admitted ke wad. Namun beliau enggan dan kini sedang terus berehat di rumah.

Setiap hari saya akan hantar ke Private Clinic untuk ambil darah. Saya harap ada peningkatan bacaan platlet beliau.

Apa yang amat saya bimbangkan adalah, tenaga beliau yang agak lesu dan lemah. Jangan menjangkit kat anak-anak dah la, na’uzubillah.

Saya terpaksa beli berbotol-botol air mineral dan 100 Plus untuk berikan kepada isteri saya. Orang kena denggi kena minum air banyak-banyak. Dan petua orang tua, suruh makan isi ‘Ketam Rebus’. Semuanya saya ikhtiarkan demi kesihatan isteri saya.

Disini saya nak kongsikan kepada pembaca semua, dalam aspek kesihatan ini memang sangat penting. Semua kerja tak mampu dilakukan bila kita sakit. Saya selalu ingatkan dan nasihatkan isteri saya, bila sakit ini bermakna tuhan minta kita berehat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Mungkin banyak masa yang kita peruntukkan untuk kerja harian di pejabat dan dirumah. Masa kita dengan tuhan hanya suku sahaja daripada 24 jam masa sehari.

Itu pun ada manusia di luar sana yang langsung mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

Kesimpulan disini, sesiapa sahaja layak untuk dipilih Tuhan sebagai pembawa dan penghidap sesuatu penyakit. Tak kiralah orang tersebut seorang pemimpin hebat, seorang Doktor Pakar, seorang atlit angkat berat malah seorang bomoh juga tak lari darpada dapat penyakit.

Jadi, hargailah diri anda dan jagalah kesihatan dengan menitik beratkan segala aspek.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment