Tip bagaimana meletakkan harga khidmat ‘home tuition’.

March 14, 2010 by admin

Selamat sejahtera pembaca sekalian.

Antara soalan yang sering diajukan kepada saya adalah bagaimana cara terbaik untuk meletakkan harga khidmat tuisyen yang kita jalankan. Berapakah pula kadar semasa dikawasan bandar dan luar bandar?

Kita lihat dahulu beberapa faktor penting sebelum kita meletakkan harga khidmat tuisyen.

Pertama, anda tinggal dikawasan mana. Bandar atau luar bandar? Tidak boleh disangkal lagi, dibandar kita boleh meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Cuba lihat disekitar anda tinggal, bagaimana gaya hidup penduduk dikawasan sekitar. Jika ala-ala mewah gitu, maka disitulah lubuk anda.

Namun jangan dipersalahkan jika diluar bandar, harga khidmat tuisyen lebih rendah. Kerana harga-harga perkhidmatan yang lain juga mengikut kemampuan penduduk sekitarnya. Contohnya perkhidmatan dobi, bengkel kereta & motosikal, gunting rambut dan lain-lain.

Harga ’standard’ bagi ‘home tuition’ di bandar adalah RM10-RM30 untuk level sekolah rendah. RM20 - RM60 untuk level sekolah menengah. Dan RM50-RM100 untuk level universiti dan setaraf dengannya. Semua harga yang telah saya letakkan adalah berdasarkan jam yang kita mengajar. Dan ianya tidak tetap, kerana proses meletakkan harga adalah fleksibel. Noktah..

Kedua, pengalaman dan kepakaran anda. Semakin lama pengalaman anda semakin tinggi bayaran yang boleh anda kenakan. Semakin unik dan pakar anda dalam sesuatu subjek, maka harga perkhidmatan anda juga semakin tinggi.

Jika anda masih baru dalam bidang tuisyen ini, harga anda mungkin rendah sedikit daripada 2 golongan diatas. Maklumlah, orang baru.. Walaupun harga lebih rendah sedikit, anda masih berpeluang untuk menaikkan harga khidmat anda dimasa akan datang. Dan yang paling penting anda dapat job tuisyen tersebut. Jadikan ianya suatu pengalaman dan proses pembelajaran yang amat berharga untuk anda dimasa hadapan.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ibu bapa pelajar tiada masalah untuk membayar anda dengan harga tinggi sekiranya anda memang mempunyai kredebiliti, kemahiran, pengalaman dan pakar dalam subjek anda. Mereka tidak kesah untuk membayar berapa harga yang anda letakkan sekiranya anda berjaya membantu anak-anak mereka faham dengan subjek dan seterusnya berjaya dalam pelajaran mereka.

Ketiga, faktor jarak rumah anda dengan tempat tuisyen. Saya bagi contoh, anda tinggal di Cheras dan dapat job tuisyen di Petaling Jaya. Anda boleh ‘extra’kan caj tuisyen anda untuk ‘cover’ duit minyak. Tiada salahnya. Namun saya sarankan, terima job tuisyen yang anda rasa berbaloi. Jangan pula dah terima, selepas seminggu dua muka monyok sebab jauh la, ‘traffic jammed’ la, tak ‘cover’ duit minyak dsb. Cuba berikan keutamaan kepada job tuisyen yang lebih dekat dengan rumah anda.

pstt kawan…saya cadangkan anda dapatkan kawasan yang banyak kondominium & pangsapuri. Cuba anda buat sedikit kajian, berapa ramai penduduk disana. Ribuan tuu… Jadi peluang tuisyen sangat besar. Dan strateginya, jika anda dapat satu job tuisyen disana, kembangkan lagi untuk dapatkan beberapa job tuisyen yang lain. Masa anda semakin jimat, tak perlu ke kawasan lain dan anda boleh jadikan kawasan tersebut sebagai kawasan jajahan anda!

Yang terakhir, ingin saya jelaskan dan terangkan disini, dalam memberikan khidmat tuisyen kepada orang ramai, kita perlu ada sikap ‘give & take’ dimana kadang-kadang khidmat tuisyen kita itu boleh dibincangkan. Pengalaman saya sendiri, pernah mengajar di tempat anak-anak yatim, rumah kebajikan, masjid, persatuan penduduk dan lain-lain. Apabila dalam isu khidmat masyarakat, kita tak perlu melihat kepada faktor wang semata-mata. Itulah sumbangan kita kepada masyarakat dan anak bangsa. Kita perlu relevan dalam hal ini.

Dan apabila khidmat kita diperlukan oleh ramai orang diluar sana, isu meletakkan harga boleh dibawa berbincang antara cikgu tuisyen dengan ibu bapa pelajar. Kedua-dua pihak perlu saling memahami dimana pihak ibu bapa perlu faham, cikgu tuisyen yang datang ke rumah mereka adalah untuk membantu & membimbing anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka datang membawa ilmu, khidmat nasihat, kaunseling, motivasi dan kos-kos lain yang perlu dibayar. Anak mereka juga hanya duduk belejar dirumah, isu keselamatan telah terjamin. Maka bayarlah harga setimpal dengan usaha mereka untuk tujuan membantu tersebut. Dan ada juga dikalangan cikgu tuisyen yang sepenuh masa, maka itu adalah sumber pendapatan utama mereka.

Kepada cikgu tuisyen pula, kita boleh pertimbangkan dari sudut kemampuan kewangan ibu bapa itu sendiri. Kita dah boleh lihat dari mata kasar kemampuan mereka. Lihat sahaja kerjaya, rumah dan kereta mereka. Namun jika ada ibu bapa pelajar yang minta kita mengajar anak-anak mereka sedangkan mereka dikalangan golongan sederhana, maka anda boleh letakkan harga yang anda rasa ianya berbaloi buat diri anda.

Kesimpulan yang boleh saya buat disini adalah, bagaimana hendak meletakkan harga khidmat ‘home tuition’, adalah dengan melihat sama ada harga tersebut berbaloi untuk anda ataupun sebaliknya.

Penulis,
MasterYus.com

Share/Save/Bookmark

Comments (42)

 

  1. Farhan says:

    Salam.

    MY,saya mengenakan caj RM45 sejam bagi subjek matematik tambahan.Adakah jika ada 2 pelajar yang ingin mengambil khidmat saya,bolehkah saya mengenakan caj RM90 sejam?

    • admin says:

      W’slm Farhan. Ya boleh.

      Namun cadangan saya, apabila ada penambahan pelajar, kita boleh kurangkan caj per jamnya. Contoh, Jika seorang kita caj RM45/jam, apabila ada penambahan seorang pelajar, maka kita buat tawaran RM35-40 per jam seorang. Dan apabil tambah seorang lagi, boleh berikan ‘less’ RM5 lagi.

      Kita masih untung besar apabila buat cara ini :), semoga berjaya!

      • cikguafezi says:

        pernah dulu ngajar add math juga..parent tu invite anak rakan..sy terus beri rate diskaun..dia pulak nasihatkan sy..biasanya tutor dtg rumah tak buat gitu..biasanya dia kata kurangkan pada total amaun..al maklum masa tu belajar di uia lagi..

  2. Am says:

    Salam…sy bercadang utk berpindh ke kulim n membuat kelas tuisyen di sana..pd pendapat master yus berapa bayaran yg bleh dikenakan utk individu atau sec berkumpulan…utk pengetahuan master yus sthn dua ini saya sudah berjinak2 mengadakan hometuition bg subjek math n add math n insyaAllah selepas ni sy ingin kembangkan kepada subjek2 lain seperti sains,sej dan bahasa melayu pula..

    • admin says:

      W’slm Am.

      Pendapat saya telah dinyatakan di post atas :), ianya bergantung kepada kawasan sekitar dan sama ada Am rasa berbaloi atau sebaliknya.

      Tiada salah untuk melakukan percubaan harga. Ianya akan memberikan gambaran kepada kita ‘market’ dikawasan tersebut.

      Selamat maju jaya Am!

  3. Nor Azlina says:

    Assalamualaikum MY,

    Saya dah berkecimpung dlm bidang tuisyen dah hampir sepuluh tahun. Saya boleh mengajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dlm subjek matematik, science, english dan bm. Student saya pun ada yang sudah mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, dan PMR. Soalnya, pendapatan saya terlalu kurang berbanding dengan job. Adakah sebab yuran saya murah atau lokasi tak sesuai?

    • admin says:

      Waalaikumussalam saudari Nor Azlina. Terima kasih dengan soalan yang bagus ini.

      Pertamanya, tahniah saudari seorang yang amat berpengalaman dalam bidang tuisyen. 10 tahun adalah satu jangkamasa yang sangat lama dan pastinya banyak pengalaman manis & pahit saudari telah temui.

      Berkenaan dengan kenyataan saudari, ada perkara yang saya kurang jelas iaitu ‘Pendapatan saya terlalu kurang berbanding dengan job’. Mungkin saudari boleh jelaskan/detailkan apa yang saudari hendak maksudkan?

      Pendapat saya, jika kita banyak job tuisyen, maka pendapatan ‘posible’ untuk tinggi. Pengalaman saya sendiri pernah terima 12 job tuisyen di tempat yang berlainan. Jadi pada waktu itu ‘income’ memang tinggi.

      Berkenaan dengan lokasi, saya telah nyatakan di post diatas.

      Terima kasih.

  4. Cikgu Hazar says:

    Farhan: Dalam kes dua pelajar, pendapat MY itu sangat praktikal dan saya gunakannya…walaubagaimanapun pastikan parent pelajar bayar terus kepada kita dan bukan melalui parent perantara (biasanya tuan rumah)…

    Am: Cuba hubungi pusat tuisyen berhampiran dan tanya owner pusat tuisyen berapa bayaran yang mereka bagi pada cikgu-cikgu mereka…

    Nor Azlina: Sepatutnya job banyak pendapatan pun banyak…mungkin apa yg anda maksudkan adalah pendapatan selepas tolak kos utilities bulanan anda…Saya pernah mendapat RM2800 sebulan secara sambilan pada tahun 2008 dengan hanya 6 job sahaja…jika anda buat full time mungkin boleh mendapat job yang banyak sehingga 15 job seminggu atau lebih dan pendapatan juga boleh mencapai RM5k hingga RM7k…kalah gaji engineer petronas…he he

    • Farhan says:

      Cikgu Hazar : Dalam kes 2 pelajar, saya ingat hendak mengenakan bayaran awal bulan. Maksudnya sebelum kelas bermula. Praktikal ke?

  5. azrul says:

    Cikgu,

    Saya merupakan bekas guru (Gstt) dan sekarang berkhidmat sebagai eksekutif di kawasan taman tun. Saya dah cuba untuk memasarkan tuisyen saya melalui online, tapi hampa.

    Saya memang berminat dengan home tuition sebagai extra income saya, tetapi bagaimana cara terbaik untuk saya memasarkan kemahiran saya? ini kerana ibubapa lebih gemar mengambil tutor yang berpengalaman

    • admin says:

      Saudara Azrul, memang benar dalam apa kerjaya sekalipun, pengalaman adalah menjadi pilihan utama. Namun kita perlu lihat dari sudut yang berbeza, apa kelebihan dan kekuatan yang kita ada jika nak dibandingkan dengan yang berpengalaman? Ini yang pertama.

      Keduanya, teknik pemasaran adalah satu seni yang perlu kita belajar dan lakukan secara berterusan. Bukan istilah hampa, namun belum kena cara yang berkesan. Pemasar yang hebat adalah apabila mereka telah menjumpai cara yang paling mudah dan berkesan. Itulah yang dinamakan seni yang perlu dilakar.

  6. Dura says:

    Saya bru terjumpa dgn website ni, bru saya tahu cikgu tuition juga blh di jadikan kerjaya. Saya nak tanya apakah kelayakn yg diperlukan utk memulakn job in? Perlukah apa2 sijil/ approval drpd pihak kementerian pendidikan? Atau hanya perlukn pengalaman atau kemahiran dlm sesuatu subjek itu shj sudah memadai? Berkenaan caj per jam seperti yg tlh diterangkan, berapa kali dlm semiggu/ sebulan kelas akan diadakan? Katakn sekali seminggu, bagaimana pengiraan nya? 4 jam x rm30 = rm120 sbln satu subjek? (cth rm30 sejam)

    • admin says:

      Dura, untuk pengetahuan anda, kelima-lima soalan yang diajukan semuanya ada saya jelaskan di dalam buku saya ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’, mungkin anda boleh dapatkan dipasaran atau pinjam sahaja rakan-rakan yang memilikinya :)

      Namun saya akan kongsikan juga disini:

      1. Kelayakan adalah anda tahu silibus dan topik subjek yang hendak diajar.

      2. Tidak perlu sijil kahs untuk menjadi Cikgu Tuisyen.

      3. Pengalaman dan kemahiran adalah 2 aspek yang berbeza dan ianya boleh dipupuk.

      4. Kelas bergantung kepada persetujuan antara pihak ibu/bapa pelajar dan cikgu tuisyen tersebut.

      5. Katakan seminggu kelas 2 kali selama 8 jam dan sejam kita caj RM40. Maka caj bulanan adalah 8jam x RM40 x 4minggu = RM 1,280 pendapatan sebulan.

      Terima kasih.

  7. Assalamualaikum MasterYus,

    pertamanya saya nak mengucapkan terima kasih, sebab buku MasterYus antara buku pertama saya baca tentang cara membuat duit dengan membuat Home Tuition.

    dan nyata terbukti selepas saya melaksanakannya! Alhamdulillah.

    dan, saya ada soalan.

    1. Tak salah ke kita charge yuran yang berbeza pada ibu bapa yang berbeza, Contoh parents A, kita charge Rm25/1 jam parents B, kita charge Rm30/1 jam.

    MasterYus ada pengalaman tak di mana ibubapa mempertikai charge yang MasterYus bagi kat ibubapa yang lain.

    kalau ‘kantoi’ kenakan yuran berlainan, camne tu?

    Terima kasih, =)

    • admin says:

      Waalaikumussalam saudara Syafiq.

      Tahniah dan terima kasih kerana telah mendapatkan buku saya, semoga perkongsian pengalaman dan ilmu dalam buku tersebut dapat membantu saudara dalam mengembangkan kerjaya tuisyen.

      1. Tiada masalah jika kita caj harga berbeza kerana ibu/bapa tidak kenal antara satu sama lain (melainkan mereka saudara/jiran dsb).

      Kantoi hanya apabila kita yang beritahunya dan pengalaman saya tak pernah berlaku perkara ini kerana persetujuan harga antara saya dengan ibu/bapa tersebut. Tiada pertikaian jika mereka setuju.

  8. anis says:

    salam MasterYus… saya baru posting sebagai guru, lulusan luar negara, awal bulan ni saya mula adakan home tuition di rumah sendiri… mengajar di kawasan pekan kecil.
    saya mengadakan home tuition pun atas permintaan students n parents. 1 minggu hanya sekali selama 2jam untuk subject maths.
    hari ni selepas hntar tuition, parents tanya saya tentang bayaran…saya memang letakkan harga sendiri (bukan parents y cakap nk bayar berapa). saya kata..saya ambil RM5 satu jam…. 1minggu=2jam, 1bulan=8jam so 8×5=rm40 seorang… mula2 parents smua kata ok…tp bl dh ambil anak masing2 n sampai rumah(i think;) seorang penjaga msg saya dan minta kurangkan dari RM40 ke RM30 sebulan… bagaimanakan cara untuk saya menjelaskan kepada mereka dengan ayat yang baik dan sopan untuk meletakkan harga rm40 dan tiada pengurangan?

    • admin says:

      W’slm Cikgu Anis. Pertamanya tahniah kerana telah berjaya memulakan tuisyen hanya dari rumah.

      Berkenaan dengan harga, cikgu perlu beritahu dengan jelas apa yang cikgu bakal berikan kepada anak-anak mereka dengan harga tersebut. Apa kelainan & kelebihan Cikgu Anis jika hendak dibandingkan belajar dengan cikgu lain. Dan kenapa mereka perlu membayar khidmat tuisyen dengan harga yang setimpal dengan ilmu yang bakal diajarkan.

      Apabila keyakinan mereka timbul, maka tiada isu dalam pengurangan harga.

      Selamat maju jaya!

  9. azrul says:

    Cikgu,

    Alhamdulillah..berkat kesabaran, saya telah mendapat panggilan telefon dari seorang ibu yang meminta saya untuk mengajar anaknya.

    Walaupun masih belum pasti saya akan menjadi tutor kepada anaknya, tetapi saya yakin peluang untuk mengajar masih ada.

    Cuma saya ingin meminta nasihat dan tips dari cikgu, bagaimana saya ingin letakkan harga kepada situasi berikut:

    1. Saiz kumpulan 3 orang
    2. Subjek - 4 jenis ( 3 subjek PMR dan 1 subjek SPM).
    3. Tiga orang pelajar berlainan tahap ( seorang f3, f4, dan f5).

    Adakah wajar saya meletak harga per sesi dan mengajar 3 orang serentak? ( walaupun tidak sesuai, tetapi murah).

    Ataupun..meletak harga berlainan, dan mengajar setiap orang berlainan sesi? (seorang per sesi)

    Mungkin cikgu boleh membantu saya berdasarkan pengalaman cikgu yang ada.

    Terima kasih

    • admin says:

      Tahniah Cikgu Azrul telah diberi kepercayaan untuk mengajar tuisyen.

      Ini kes adik beradik?

      Ok begini, cikgu boleh asingkan yang PMR dengan f4 & f5. Buat 2 sesi. Harga mengikut jam mengajar. Perlu diingatkan disini, khidmat ‘home tuition’ akan dibayar mengikut jam.

      Namun sekiranya berlaku kes berkumpulan, maka perundingan harga boleh dilakukan. Dan ianya bergantung kepada cikgu sama ada berbaloi atau sebaliknya.

      Dan bagi saya, tak salah untuk cikgu laksanakan apa sahaja yang cikgu rasakan perlu. Sekiranya kurang sesuai, pasti cikgu akan jadikannya sebagai pengajaran di masa akan datang.

      Semoga berjaya!

  10. Mila says:

    Salam,

    MY, saya nak tanya…saya amat2 berminat nak jadi cikgu tapi takde rezeki dah 10 kali mintak KPLI tapi tak dapat jugak, bagi memenuhi impian nak jadi cikgu saya ingat nak buat tuisyen di rumah, tapi saya tak yakin dengan diri sendiri. Buat pengetahuan MY, saya kelulusan Ijazah Perbankan Islam UiTM dan penah keje di Kementerian Pelajaran dan sekarang nie dah menganggur selama 5 tahun.

    Apa nasihat MY?…saya memang nak sangat jadi cikgu nak curahkan ilmu.

    Terima kasih MY.

    • admin says:

      W’slm.

      Oh dasat tu dah 10 kali minta tak dapat-dapat. Nampak sangat ada kekejaman disitu. Saya sendiri pernah 2 kali hendak mohon, namun setiap kali hendak mohon, tarikh telah tutup. Memang sangat frust, salah saya juga lambat bertindak :)

      Namun, cikgu tuisyenlah sebagai penggantinya hingga hari ini.

      Nak jadi apa sekalipun perlu ada keyakinan sendiri. Jika tak, susah jadinya.

      Nasihat saya, cuba sahaja lakukan dan mulakan. Selagi ianya tak bermula, maka kita susah hendak menilai potensi sebenar yang ada pada diri masing-masing.

      Jangan takut kepada kegagalan, kerana ianya amat membantu dalam membina kejayaan.

      Semoga saudari terus berjaya dengan apa yang sedang dilakukan sekarang.

  11. Mila says:

    Salam,

    Tima kasih MY sebab reply cepat, yelah nak buat macammana ye, takde rezeki.

    Insyaallah, betul jugak tu kalau kita tak mencuba selamanya kita tak tahu kebolehan diri.

    Terima kasih ye MY, semoga MY beroleh rezeki dan diberkati Allah s.w.t. sentiasa.

    Doakan saya berjaya ye!

    • admin says:

      W’slm saudari.

      Saya percaya rezki tuhan amat banyak dan luas. Saya juga percaya rezki tuhan akan jatuh melimpah ruah kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas.

      Selamat maju jaya!

  12. she says:

    saya graduated (diploma) dan sekarang meneruskan pengajian diperingkat ijazah dan masih belum selesai pengajian (tahun terakhir),sambil belajar, saya ingin menjalankn kerja sambilan sbg guru tuisyen dirumah saya sendiri (area shahalam)
    tp belum pernah m’punyai pengalaman mengajar tuisyen.. mungkin ingin mengajar beberapa subjek untuk pelajar sekolah rendah.. brapa rate yg sesuai sy berikan per jam? apa lg keperluan di rumah yg perlu saya sediakan? dan berapa pelajar yg disarankan/sesuai diajar dalam satu masa2 tertentu.. TQ

    • admin says:

      Terima kasih she sudi singgah disini.

      Untuk rate sekolah rendah, sekitar RM10-RM30 per jam. Namun ianya mungkin boleh jadi lebih tinggi dan rendah bergantung kepada perbincangan dan persetujuan antara pihak parent dengan tutor.

      Keperluan seperti meja, kerusi, kipas, papan putih, buku latihan dan lain-lain peralatan yang dirasakan perlu dan sesuai untuk digunakan.

      Bilangan pelajar, dinasihatkan sekitar 3-5 orang untuk sesuatu sesi. Untuk personal mentoring, paling ramai adalah 2 orang.

      Harap dapat membantu!

  13. she says:

    Terima kasih atas info yang diberikan..
    Lupa pula nk tanye pasal syarat ape yang diperlukan jika nak buat part time tuisyen di rumah sendiri ni?
    Contohnye perlu ke kita minta permit/lesen dari mana2 jabatan? saya mungkin akan mengedarkan flyers, atau post iklan di website tapi agak risau jika dipertikaikan tentang permit atau lesen..
    TQ

    • admin says:

      Tiada sebarang syarat yang diperlukan jika lakukan tuisyen dari rumah. Tak perlu minta lesen/permit. Dan tiada isu disini melainkan ada premis perniagaan dan tiada lesen, itu memang salah. Rumah bukannya premis perniagaan.

      Harap membantu. Terima kasih.

  14. she says:

    sgt2 membantu… terima kasih…

  15. maz says:

    Jika Encik Yus ingin buka tuition centre di Kota Kinabalu, i want to be a part of it. I’m a S’porean living here plus a tutor as well. Gaji boleh runding. Minimum RM1000.

  16. ellyn says:

    salam MY..sy ada degree English dan diploma pendidikan.. sy mmg minat mengajar dan pernah mengajar di sekolah rendah sbg guru KPLI tetapi berhenti atas sbb2 tertentu.. sy ingin mula mengajar semula tetapi tak tau mcm mn nk market diri..
    harap MY boleh bantu..

    • admin says:

      W’slm saudari Ellyn. Saya nampak saudari ada talent dan pengalaman. Jadi banyak permintaan di luar sana yang perlukan cikgu seperti saudari.

      Nak mula boleh beritahu jiran, saudara mara, kenalan yang saudari ada khidmat tuisyen. Nak mula memang agak susah, tapi bila dah mula memang susah pula hendak berhenti.

      Ada dapatkan buku saya ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’? Dalam buku tersebut saya kongsikan dengan panjang lebar bagaimana untuk mula perkenalkan diri sebagai cikgu tuisyen.

      Selamat maju jaya!

  17. CIKGU NAZA says:

    Akum master YUS, saya tertarik dan berminat nak buka servis “home tuition” kepada pelanggan2 dan komuniti saya. Macam mana kita nak uruskan sebuag “Center HomeTuition” ? Bagaimana nak charge customer? Bagaimana nak berurusan dgn ibu bapa? Bagaimana nak amik komisyen daripada tutor? dan perlukah ader peraturan2 yang kita perlu kenakan pada customer atau tutor?

    • admin says:

      W’slm Cikgu Naza. Bagus idea tersebut.

      Baik cara yang mudah seperti ini. Orang memang dah kenal dan tahu pusat tuisyen cikgu. Jadi kadang-kadang ada ibu bapa yang bertanya sekiranya kita ada juga khidmat untuk ‘home tuition’. Maka disini, kita juga boleh jalankan khidmat tersebut.

      Mulakan dengan mengumpul ‘database’ dan dengan serentak boleh mulakan khidmat ‘home tuition’ tersebut. Boleh juga wujudkan ‘personal tuition’ di ‘centre’ kita. Pembayaran pelajar, komisyen tutor dan sistem tersebut kita yang perlu wujudkan.

      Pendekatan promosi dan pemasaran, sama seperti yang saya kongsikan dalam seminar. Selamat maju jaya!

  18. fazwan yusof says:

    Salam tuan,
    Sy menaruh minat yg mendalam ttg tuisyen ini setelah meneliti pengalaman & perkongsian hebat tuan MY di web2 tuan. Soalan ringkas sy..memadaikah sekadar memiliki buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’, atau perlukah juga sy turut serta dlm seminar yg dianjurkan?? (jika tak silap bakal dilangsungkan ahad terdekat ini). Mohon bg pandangan peribadi..

    • admin says:

      W’slm Tuan Fazwan. Terima kasih sudi singgah di teratak buruk ini.

      Jawapan ringkas dan ikhlas daripada saya. Tak perlu dapatkan buku dan hadiri seminar pun boleh mulakan tuisyen. Ya benar, ini sebenarnya bergantung kepada apa keperluan seseorang itu sebelum bermula. Jika perlu baca buku, maka dapatkanlah buku. Jika masih tak cukup dengan buku, maka datanglah seminar.

      Fungsi saya jalankan seminar, bukan untuk buat duit daripada seminar. Jika saya tak buat seminar pun, saya masih lakukan tuisyen dan jana income daripada tuisyen. Saya jalankan seminar untuk berkongsi secara ‘Live’ kepada peserta. Dan disitu berlakunya dua hala perbincangan.

      Fungsi buku pula adalah untuk mereka yang berada di Sabah, Sarawak, Brunei dan lain-lain. Saya nak sebarkan perkongsian dan pengalaman saya dalam bidang tuisyen dengan lebih meluas. Ianya juga boleh membantu.

      Harap jawapan ini membantu. Selamat maju jaya!

  19. fazwan yusof says:

    Pandangan yg baik. Sbg seorang yg masih baru dlm bidang kepakaran tuan MY, sy kira sy perlukan kedua2nya. Harap tuan berkesudian menjadi mentor sy.
    Semoga kita bertemu.

    • admin says:

      Teruskan niat dan usaha yang baik. Semoga diberi peluang dan jalan yang sebaiknya. Saya juga ingin belajar daripada tuan.

      Selamat maju jaya!

  20. norehan says:

    Salam Master Yus,

    Saya bekas guru Bahasa Inggeris dan berpengalaman mengajar selama 14 tahun. Saya baru sahaja meletakkan jawatan atas sebab2 peribadi. Sekarang ini saya tinggal di kawasan Setiawangsa dan berminat untuk mengadakan tuisyen di rumah sendiri. Dan saya ingin menghadiri seminar Master Yus. Bilakan tarikh seminar yang seterusnya. Harap maklumkan kepada saya. terima kasih.

    • admin says:

      W’slm Cikgu Norehan.

      Seminar akan datang pada 31 Oktober 2010. Cikgu boleh lihat di website. Terima kasih dengan minat untuk hadir.

      Selamat maju jaya!

Leave a Reply