Transformers vs The Last House on The Left

Share

Saya dan isteri baru balik daripada Kuala Lumpur Convention Centre. Seperti anda semua maklum disana sedang berlangsung Ekspo Mega, Beli Barang Buatan Malaysia yang berakhir hari ini (Ahad 28 Jun 2009). Perlbagai barang hasil buatan tempatan yang dipamerkan dan ada juga jualan-jualan murah. Antaranya produk makanan, pakaian, kesihatan, automobil, elektrik, kewangan, hartanah, perabot, elektronik dan bermacam-macam lagi.

Disamping ekspo jualan dan pameran, terdapat juga beberapa acara yang diadakan dipentas utama bagi menghangatkan suasana seperti pertandingan, peraduan, persembahan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi. Ada la juga beberapa orang artis yang turut serta seperti Tan Sri Jins Samsudin, Azwan Ali, Zahida Rafik.

Selepas ke Ekspo Mega tersebut, saya dan isteri berdating sambil jalan-jalan di taman KLCC (anak-anak tak bawa :-)). Dan kami mengambil peluang dating ini dengan menonton wayang cerita ‘The Last House On The Left’. Memang best giler. Mendebarkan dan suspen habis. Asalnya bercadang nak tengok Transformers tetapi disebabkan full book dan kena tunggu lama, maka tukar plan. Kami pilih cerita the last house ini sebab sebelum ni pernah tonton wayang ‘Friday The 13th’ daripada pengarah yang sama. Memang bijak pengarah ni buat cerita. Cara pembunuhan memang kejam dan real. Penuh panggung orang tengok cerita ni (mungkin penuh sebab Ahad kot). Tapi memang puas hati tengok, siap ada yang menjerit tengok cara pembunuhan yang sungguh brutal. Siapa yang belum tengok, saya memang rekemen.

Sampai rumah saya terus terfikir tentang satu perkara. “Kaya raya betul siapa yang buat filem. Orang yang buat filem memang seorang yang kreatif.” Kenapa saya cakap mereka kreatif, sebab daya tarikan yang mereka cipta memang berkesan. Karya yang kreatif pasti berjaya dan mampu menarik minat ramai orang.

Kenapa pula saya timbulkan isu kreatif? Sebabnya sebelum kami masuk ke panggung wayang, seorang bakal peserta yang akan datang ke seminartuisyen.com hujung minggu ini, menelefon saya.

“Master Yus, saya Rosli bakal protege Ahad ni. Nak tanya MY sikit, saya baru dapat offer tuisyen di Johor. Murid Tahun 2. Parents dia nak 2 subjek. Berapa harga yang wajar saya boleh letak ya?” Soalan yang diajukan oleh En Rosli Sariman (anda boleh lihat nama beliau di nombor 6 dalam web SeminarTuisyen.Com).

Maka saya pun bagilah pandangan tentang harga yang sesuai untuk kelas tersebut. Dalam hati saya pun terus berkata “Belum datang seminar lagi, dah dapat job. Kat Johor plak tu.” Ada beberapa lagi soalan yang beliau ajukan kepada saya. Dan salah satunya ada kaitan dengan kreatif.

Jadi sebenarnya, tips yang boleh saya kongsikan kepada pembaca semua, untuk berjaya dalam apa jua bidang sekalipun mesti ada unsur kreatif dalam diri kita. Kreatif berfikir untuk menjadikan diri kita lain daripada orang lain. Jika orang lain berfikiran sehala, kita perlu berfikiran dua tiga hala. Saya rasa, kenapa diri saya boleh kekal sehingga ke hari sebagai Cikgu Tuisyen sepenuh masa, kerana mungkin dalam diri saya memang ada unsur kreatif. Saya suka berfikir di luar kotak daripada biasa.

Oh ya, bila menulis tentang isu kratif ini, saya perlukan komen dan pendapat anda yang telah menonton cerita Transformers. Apa unsur kreatif yang anda rasa ada dalam cerita tersebut? Dan berikan vote anda tentang cerita itu? Skala 10 saya berikan yang tertinggi. Mungkin dengan respon anda, saya teruja nak tengok wayang lagi cerita Transformers ni.. Jom vote!

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment