Aku sungguh teruja nak share sesuatu yang membuatkan kehidupan aku semakin hari semakin gembira.
Perkongsian ini sebagai inspirasi buat aku, anak-anak aku dan sesiapa sahaja yang membacanya.
Jika korang rasa meluat, bengang, sakit hati dan apa perasaan negatif pun, jangan baca & lihat statement dibawah.
Ini adalah kehidupan aku sebagai seorang ‘Silent Trader’. Aku berdagang di Bursa Malaysia secara senyap. Tak perlu kecoh. Untung pun senyap, rugi pun senyap.
Tapi kenapa aku menulis di blog ni?
Suka hati aku lah. Ini blog aku. Aku boleh tulis apa yang aku nak tulis. Sekurang-kurangnya bila anak-anak aku besar nanti dorang tahu apa abi dorang buat untuk sara kehidupan dorang.
Ni aku nak share sikit pasal encik market. Encik market tidak pernah tewas. Encik market selalu menang. Encik market tak pernah salah.
Siapa Encik Market? Bursa Malaysia lah geng.
Bila kita trade, kita pasti kalah. Namun bila kita menang, terus ambil profit. Tak perlu tunggu.
Bila kita kalah, kena redha dan bersyukur. Tak perlu salahkan sesiapa. Memang totally kita yang salah. Bukan salah guru yang mengajar, bukan salah teknik yang diajar, bukan salah ekonomi malah bukan salah mana-mana pihak.
Totally kita yang salah. Emosi kita tewas. Keputusan kita salah.
Bila kita menang ambil profit tu. Bila kita kalah cut loss. Itu sahaja.
Bila kita menang, beri reward pada diri. Bila kita kalah, pergi mandi garam dan muhasabah diri.
Nak jadi trader yang berjaya, perlu kesabaran dan disiplin yang tinggi. Kesabaran menunggu peluang. Disiplin berdagang dan pengurusan risiko.
Ukur baju dibadan sendiri. Ukur minda dikepala sendiri. Dan ukur emosi dinafsu sendiri.
Dibawah ini adalah hasil dagangan selama seminggu dipasaran merah. Syukur Alhamdulillah dalam setiap kemerahan pasti ada kemeriahan.
Hidup sebagai sumber inspirasi bukan sebagai punca depresi.
Sekian.
– Silent Trader –