Tip menjawab panggilan telefon daripada parent, ejen tuisyen dan pengusaha pusat tuisyen

Share

Apabila kita mula diketahui oleh seluruh dunia bahawa kita menjalankan khidmat mengajar tuisyen, maka senjata paling utama yang perlu kita kuasai adalah skil menjawab panggilan telefon daripada pelanggan. Pelanggan yang saya maksudkan adalah ibu bapa pelajar, ejen tuisyen dan pengusaha pusat tuisyen. 3 golongan ini adalah pelanggan utama anda dalam bidang tuisyen.

Daripada mana mereka mengetahui nombor telefon anda? Sudah tentu jika anda sedang menjalankan sesuatu servis (perkhidmatan tuisyen), maka anda perlu membuat promosi. Topik promosi akan saya sentuh di post yang akan datang ya.

Kita terus tumpukan kepada apa yang perlu anda jawab dalam perbualan telefon dan apa pula yang perlu anda tanya kepada 3 golongan diatas sekiranya mereka menghubungi anda untuk bertanyakan tentang khidmat tuisyen yang sedang anda jalankan.

“Hello, ini ini cikgu XYZ ke? Saya mencari cikgu tuisyen untuk mengajar anak saya darjah 6 tahun depan. Saya ada nampak nama dan nombor telefon cikgu, itu yang saya terus call. ¬†Cikgu boleh ajar anak saya? Cikgu ni mengajar fulltime ke? Subjek apa yang cikgu boleh ajar? Berapa cikgu caj untuk ajar anak saya tuisyen? Bila cikgu boleh datang ajar? Biasanya berapa lama cikgu ambil masa untuk sekali datang mengajar tuisyen?” Ini adalah antara soalan yang bakal diajukan oleh mereka.

Baiklah, anda telah bersedia nak tahu tip berkesan cara menjawab soalan-soalan diatas? Nampaknya anda sedang memberikan tumpuan sekarang ini tanpa menyedari kawan sebelah anda sedang memanggil anda dan ajak untuk belanja makan :-) .

Sebelum itu anda perlu tahu kenapa mereka menghubungi anda. Objektif panggilan telefon yang dibuat adalah untuk bertanya tentang khidmat tuisyen anda. Dan bagi pihak anda pula, objektif untuk menjawab panggilan tersebut adalah untuk mendapatkan offer job tersebut. Fahamkan?

Pertama, gunakan pendekatan yang profesional dengan membahasakan diri mereka tuan/puan. Ini penting kerana mereka akan rasa dihargai dan dihormati dengan gelaran tersebut. Namun jika diawal panggilan mereka telah memperkenalkan diri mereka “Hello, saya Datin R boleh bercakap dengan cikgu X?”. Maka kenalah kita panggil gelaran datin kepadanya.

Kedua, intonasi suara perlu jelas dan yakin. Tak perlu rasa gementar untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka. Keyakinan jawapan daripada anda sebenarnya memberikan keyakinan untuk mereka menerima anda. Kejelasan dan keyakinan suara anda juga mencerminkan bahawa anda memang seorang cikgu tuisyen yang berkaliber walaupun anda masih baru dalam bidang ini.

Ketiga, berikan jawapan yang bernas. Jika perlu, gunakan teknik ‘berfikir pantas‘ untuk mencantas pertanyaan mereka. Sebagai contoh “Berapa cikgu caj untuk mengajar tuisyen?”. Sebelum menjawab pertanyaan ini, anda perlu tahu 2 perkara iaitu jarak rumah dan level pelajar tersebut. Rate semasa untuk level UPSR adalah RM20-RM30 per jam, PMR RM30-RM40 dan untuk SPM RM40-RM60 per jam. Namun jika jarak agak jauh dengan rumah/kawasan anda, maka anda boleh request untuk mengenakan caj tambahan. Ini tak salah.

Keempat, jangan sesekali mengeluarkan kenyataan ‘menipu’. Ini akan memerangkap anda suatu hari nanti. Berlakulah jujur kerana pasti anda akan memperoleh keuntungan daripadanya.

Kelima, andai kata kelas anda telah padat atau tempat tuisyen tersebut terlalu jauh untuk anda terima tawaran job tersebut, maka tolak tawaran tersebut dengan berhikmah. Jika anda mempunyai rakan kenalan cikgu tuisyen yang lain, anda boleh cadangkan kenalan anda kepada parent tersebut. Contohnya “Maaf tuan, kelas saya dah penuh. Tetapi saya ada kenalan cikgu tuisyen yang boleh saya rekemenkan kepada tuan.” Parent akan suka dan respek kepada anda kerana anda mempunyai kenalan cikgu tuisyen yang ramai. Dan kerja mereka untuk cari cikgu lain juga telah digantikan oleh anda :-) . Ini salah satu cara untuk membina hubungan baik dengan parent.

Dan yang terakhir. Semasa di panggilan tersebut, nyatakan kepakaran anda. Contohnya “saya hanya fokus kepada subjek Fizik sahaja. 5 tahun saya berpengalaman dalam subjek Fizik.” Ini adalah untuk meninggalkan kesan kepada pemanggil tersebut. Mungkin mereka akan rekemenkan khidmat anda kepada kenalan mereka.

Anda ingat lagi apa objektif kita menjawab panggilan telefon? Huh tengok tu, sekejap je dah lupa. Saya ulang semula, objektif menjawab panggilan telefon tersebut adalah untuk mendapatkan tawaran job tersebut. Ingat dah!

Maka tak perlu terlalu lama anda menerangkan ditelefon. “Jika tuan berminat, mungkin kita boleh bincang lanjut tentang hal ini. Tuan boleh tinggalkan alamat penuh dan saya akan datang ke rumah tuan untuk saya jelaskan apa yang kita boleh mulakan.” (pastikan anda membuat catatan alamat yang diberikan, elakkan daripada meminta mereka mesej ke handphone anda).

Selamat maju jaya!

Penulis: Master Yus, 7 Disember 2009.

p/s: Pernah suatu ketika dahulu, saya mendapat penggilan telefon yang bertalu-talu daripada pelanggan untuk bertanyakan khidmat tuisyen. Sampai tak menang tangan nak terima kesemuanya. Ini membuktikan permintaan tuisyen sememangnya sangat banyak. Mereka sedang menanti khidmat anda juga!

Share

Related Posts

About The Author

6 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.