Tip bagaimana meletakkan harga khidmat ‘home tuition’.

Share

Selamat sejahtera pembaca sekalian.

Antara soalan yang sering diajukan kepada saya adalah bagaimana cara terbaik untuk meletakkan harga khidmat tuisyen yang kita jalankan. Berapakah pula kadar semasa dikawasan bandar dan luar bandar?

Kita lihat dahulu beberapa faktor penting sebelum kita meletakkan harga khidmat tuisyen.

Pertama, anda tinggal dikawasan mana. Bandar atau luar bandar? Tidak boleh disangkal lagi, dibandar kita boleh meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Cuba lihat disekitar anda tinggal, bagaimana gaya hidup penduduk dikawasan sekitar. Jika ala-ala mewah gitu, maka disitulah lubuk anda.

Namun jangan dipersalahkan jika diluar bandar, harga khidmat tuisyen lebih rendah. Kerana harga-harga perkhidmatan yang lain juga mengikut kemampuan penduduk sekitarnya. Contohnya perkhidmatan dobi, bengkel kereta & motosikal, gunting rambut dan lain-lain.

Harga ‘standard’ bagi ‘home tuition’ di bandar adalah RM10-RM30 untuk level sekolah rendah. RM20 – RM60 untuk level sekolah menengah. Dan RM50-RM100 untuk level universiti dan setaraf dengannya. Semua harga yang telah saya letakkan adalah berdasarkan jam yang kita mengajar. Dan ianya tidak tetap, kerana proses meletakkan harga adalah fleksibel. Noktah..

Kedua, pengalaman dan kepakaran anda. Semakin lama pengalaman anda semakin tinggi bayaran yang boleh anda kenakan. Semakin unik dan pakar anda dalam sesuatu subjek, maka harga perkhidmatan anda juga semakin tinggi.

Jika anda masih baru dalam bidang tuisyen ini, harga anda mungkin rendah sedikit daripada 2 golongan diatas. Maklumlah, orang baru.. Walaupun harga lebih rendah sedikit, anda masih berpeluang untuk menaikkan harga khidmat anda dimasa akan datang. Dan yang paling penting anda dapat job tuisyen tersebut. Jadikan ianya suatu pengalaman dan proses pembelajaran yang amat berharga untuk anda dimasa hadapan.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ibu bapa pelajar tiada masalah untuk membayar anda dengan harga tinggi sekiranya anda memang mempunyai kredebiliti, kemahiran, pengalaman dan pakar dalam subjek anda. Mereka tidak kesah untuk membayar berapa harga yang anda letakkan sekiranya anda berjaya membantu anak-anak mereka faham dengan subjek dan seterusnya berjaya dalam pelajaran mereka.

Ketiga, faktor jarak rumah anda dengan tempat tuisyen. Saya bagi contoh, anda tinggal di Cheras dan dapat job tuisyen di Petaling Jaya. Anda boleh ‘extra’kan caj tuisyen anda untuk ‘cover’ duit minyak. Tiada salahnya. Namun saya sarankan, terima job tuisyen yang anda rasa berbaloi. Jangan pula dah terima, selepas seminggu dua muka monyok sebab jauh la, ‘traffic jammed’ la, tak ‘cover’ duit minyak dsb. Cuba berikan keutamaan kepada job tuisyen yang lebih dekat dengan rumah anda.

pstt kawan…saya cadangkan anda dapatkan kawasan yang banyak kondominium & pangsapuri. Cuba anda buat sedikit kajian, berapa ramai penduduk disana. Ribuan tuu… Jadi peluang tuisyen sangat besar. Dan strateginya, jika anda dapat satu job tuisyen disana, kembangkan lagi untuk dapatkan beberapa job tuisyen yang lain. Masa anda semakin jimat, tak perlu ke kawasan lain dan anda boleh jadikan kawasan tersebut sebagai kawasan jajahan anda!

Yang terakhir, ingin saya jelaskan dan terangkan disini, dalam memberikan khidmat tuisyen kepada orang ramai, kita perlu ada sikap ‘give & take’ dimana kadang-kadang khidmat tuisyen kita itu boleh dibincangkan. Pengalaman saya sendiri, pernah mengajar di tempat anak-anak yatim, rumah kebajikan, masjid, persatuan penduduk dan lain-lain. Apabila dalam isu khidmat masyarakat, kita tak perlu melihat kepada faktor wang semata-mata. Itulah sumbangan kita kepada masyarakat dan anak bangsa. Kita perlu relevan dalam hal ini.

Dan apabila khidmat kita diperlukan oleh ramai orang diluar sana, isu meletakkan harga boleh dibawa berbincang antara cikgu tuisyen dengan ibu bapa pelajar. Kedua-dua pihak perlu saling memahami dimana pihak ibu bapa perlu faham, cikgu tuisyen yang datang ke rumah mereka adalah untuk membantu & membimbing anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka datang membawa ilmu, khidmat nasihat, kaunseling, motivasi dan kos-kos lain yang perlu dibayar. Anak mereka juga hanya duduk belejar dirumah, isu keselamatan telah terjamin. Maka bayarlah harga setimpal dengan usaha mereka untuk tujuan membantu tersebut. Dan ada juga dikalangan cikgu tuisyen yang sepenuh masa, maka itu adalah sumber pendapatan utama mereka.

Kepada cikgu tuisyen pula, kita boleh pertimbangkan dari sudut kemampuan kewangan ibu bapa itu sendiri. Kita dah boleh lihat dari mata kasar kemampuan mereka. Lihat sahaja kerjaya, rumah dan kereta mereka. Namun jika ada ibu bapa pelajar yang minta kita mengajar anak-anak mereka sedangkan mereka dikalangan golongan sederhana, maka anda boleh letakkan harga yang anda rasa ianya berbaloi buat diri anda.

Kesimpulan yang boleh saya buat disini adalah, bagaimana hendak meletakkan harga khidmat ‘home tuition’, adalah dengan melihat sama ada harga tersebut berbaloi untuk anda ataupun sebaliknya.

Penulis,
MasterYus.com

Share

Related Posts

About The Author

122 Comments

Add Comment

Leave a Reply to raudhah Cancel reply

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.