Teknik berdoa dan Salam Eidulfitri, maaf zahir dan batin.

Share

Semalam saya ada chat dengan seorang sahabat lama saya. Beliau meminta saya berkongsi teknik berdoa dengan cara yang berkesan di blog. Saya bukanlah seorang ustaz yang mahir dalam urusan ini, tetapi tak salah jika saya ingin kongsikan apa yang telah saya amalkan sejak bertahun-tahun lalu berkenaan dengan teknik berdoa.

Teknik ini dinamakan ‘Berdoa dengan Gambaran‘. Seingat saya diajarkan teknik ini semasa saya berada di sekolah menengah lagi. Mungkin ada antara anda yang telah tahu teknik ini, saya sekadar ingin mengingatkan kembali jer.

Caranya, semasa kita menadah tangan berdoa, cuba bayangkan/gambarkan apa permintaan tersebut. Sebagai contoh, jika anda berkehendakkan berjaya memperoleh 5A UPSR (saya pernah katakan kepada student saya), maka semasa berdoa gambarkan bahawa anda menerima sekeping sijil yang mencatatkan keputusan 5A dengan ‘Jelas’. Saya ulang, pastikan gambaran anda ‘Jelas’ dan ‘Khusus’. Cuba latih diri anda untuk nampak dengan jelas gambaran tersebut dan buat permintaan yang khusus. Ini kerana jika anda samar-samar dengan gambaran tersebut, sebenarnya hubungan doa dengan jiwa anda tak seimbang. Itu sebab kekuatan doa tersebut tidak berhasil.

Nak contoh lagi? Jika anda hendak memperoleh pendapatan yang besar, semasa berdoa mintalah “Ya Allah kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah, semoga dengan kekayaan yang akan Engkau berikan akan mendekatkan diriku kepadaMu”. Dan pada masa serentak, gambarkan yang anda memperoleh income 5k, 10k atau berapa pun yang anda inginkan. InsyaAllah segala impian bakal menjadi kenyataan. Saya telah amalkan dan praktikkan teknik ini lama, hasilnya memang memberangsangkan.

Dengan acuan doa dan gambaran tersebut sebenarnya memberikan kekuatan dan aura kepada kita untuk menjadikannya kenyataan. Sekali lagi saya ingatkan, permintaan perlu khusus dan gambaran tersebut mesti jelas ya! Nak contoh lagi? Baiklah, saya tengah baik hati ini, maka tak salah untuk saya kongsikan 🙂  . Jika anda berimpian untuk memiliki kereta, semasa berdoa “Ya Allah aku menginginkan kenderaan iaitu kereta. Kereta impian aku Toyota Caldina. Dengan kenderaan tersebut, semoga aku dapat berbakti dan mudah menyampaikan ilmuMu keserata tempat”. Gambarkan bentuk kereta tersebut, dan lebih khusus warnanya sekali. InsyaAllah anda bakal memiliki kereta tersebut suatu hari nanti 🙂 .

Waktu yang paling sesuai untuk berdoa, saya rasa anda semua maklum. Sekadar berkongsi, masa mustajab untuk berdoa adalah ketika berpuasa (bulan ini paling sesuai untuk memperbanyakkan doa), selepas Solat Fardhu, selepas Solat Hajat, ketika hujan, sebelum berbuka puasa, antara 2 khutbah (time ni kesian kepada kaum hawa kerana tak berpeluang Solat Jumaat, tetapi jangan kecewa raya nanti pun ada khutbah juga).

Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa ini, membantu anda untuk memperoleh ilmu baru. Yang penting adalah cuba untuk amalkan.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan “Salam Eidulfitri, Minal Eid Wal Faaizin” (susah betul nak rumikan Arab) “Maaf Zahir & Batin” jika ada penulisan saya yang tak memuaskan anda. Dan sebagai manusia biasa, pasti saya tak terlepas melakukan kesilapan dan dosa. “Maafkan saya ya!”. Semoga dengan kemaafan daripada anda semua, melayakkan saya memperoleh keampunan dan keredhaan daripada Allah.

Berhati-hati dijalan raya untuk saya juga. Ingatlah diri dan keluarga yang tersayang. Lakukan pemeriksaan yang teliti kenderaan anda. Pastikan tidur yang cukup ketika memandu (macam kempen pula, sedangkan setiap tahun sama jer). Tahun ini ‘turn’ berhari raya di kampung saya di Kuala Selangor & Teluk Intan. Selepas itu baru ke Kulim, Kedah sebelah mentua pula. Tema kami tahun ini ‘Merah & Kasual’ mudah untuk pengudaraan 🙂 . Kami akan mula balik ke kampung pada Sabtu (kampung dekat jer) dan bercuti seminggu sehingga 27 September 2009.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

10 Comments

Add Comment