Teknik belajar SMART & EASY

Share

Salam sejahtera pembaca semua. Kali ini saya nak kongsikan sesuatu daripada emel yang saya terima daripada salah seorang protege SeminarTuisyen.Com.

Kandungan emel tersebut:

Pertamanya, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Cikgu Juliana Karso dengan perkongsian ikhlas emel tersebut. Terima kasih dengan ucapan dan doa tersebut 🙂 (saya suka).

Saya amat bangga dengan perkembangan dan pencapaian Cikgu Juliana. Terbukti bahawa sambutan dan permintaan tuisyen di luar Lembah Klang telah mula dirasai. Saya dapat merasakan industri tuisyen sedang menular dan merebak di luar sana. Ini kerana salah satu sebabnya adalah dengan adanya sumber rujukan tentang industri tuisyen ini yang telah memasuki pasaran kedai-kedai buku utama seperti MPH, Popular dan lain-lain. Sumber rujukan utama industri tuisyen ini tak lain dan tak bukan bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘. Buku saya ini mendapat tempahan sehingga ke Sabah & Sarawak menerusi laman web www.CikguTuisyen.com

Saya tak dapat nak luahkan emosi kegembiraan saya dalam penulisan. Namun apabila dalam seminar saya, maka peserta sama sekali dapat merasai apa yang saya rasakan selama saya berkecimpung dalam industri tuisyen ini. Bukan saya seorang sahaja, malah kadang-kadang saya tampilkan beberapa orang protege saya yang telah memulakan tuisyen untuk berkongsi pengalaman mereka secara langsung diseminar. Maka daripada itu peserta dapat berkongsi emosi betapa nikmatnya dapat mengajar manusia dan membantu pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya adalah berkenaan dengan CARA. 2 malam berturut-turut saya dapat layan cerita ‘James Bond’ di TV2. Apa yang menjadi tarikan dan contoh adalah bagaimana si ‘Bond’ TAHU CARA untuk menyelesaikan misi dan menangani musuh yang mendatang. Beliau tidak mempunyai senjata, namun senjata utama beliau adalah ILMU yang ada pada MINDA HEBATnya.

Dengan menggunakan MINDA HEBAT itu, maka segala masalah yang mendatang amat mudah untuk diatasinya. Banyak yang saya belajar daripada cerita tersebut. Antaranya jangan mudah mengalah, jangan bertindak melulu dan ambil peluang yang datang. Kesemuanya adalah reaksi bagaimana MINDA mengawal anggota dan pergerakan badan kita.

Dan yang terakhir adalah berkenaan dengan teknik dan cara mengajar yang berkesan. Saya bukanlah Malaikat yang boleh memandaikan pelajar. Saya hanya seorang Cikgu Tuisyen yang menunjukkan CARA dan MEMANDU pelajar saya untuk tahu cara belajar yang berkesan.

Cadangan saya, wahai cikgu-cikgu diluar sana, cuba hadiri mana-mana kelas atau seminar berkenaan dengan teknik belajar Smart & Easy. Terlalu banyak sumber untuk kita belajar. Dulu saya juga bermula dengan ikut guru-guru hebat. Lihat cara mereka mengajar dan lihat juga bagaimana mereka ‘handle’ pelajar untuk memberikan tumpuan dalam kelas. Banyak faktor yang menyebabkan pelajar kurang fokus dalam kelas dan kadang-kadang cara pengajaran kita juga boleh mempengaruhi tumpuan mereka. Ini semua perlu belajar secara ‘hands-on’. Dan kita pula akan praktikkan kepada pelajar-pelajar kita. Dan pembawaan setiap cikgu berbeza-beza. Gunakan setiap kelebihan dan kekuatan yang kita ada.

Saya amat yakin, setiap daripada kita diberikan kelebihan dan kekuatan tersendiri. Keistimewaan tersebut hanya diri masing-masing sahaja yang lebih mengetahui. Pastinya ia akan membantu kita dalam memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar kita.

Semoga berjaya semua!

‘Tiada perkara yang MUDAH dalam sekelip mata, dan tiada juga istilah SUSAH kepada PEMBURU KEJAYAAN’.

Ikhlas,
Master Yus
Pelopor Industri Tuisyen di Malaysia

p/s: Tawaran Bonus Gila ini akan berakhir minggu hadapan. Ada diskaun kenapa perlu bayar lebih? http://masteryus.com/besday/besday.htm

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment